Results Intersession ; Mari Kita Lepaskan Perasaan Bersama-sama

Friday, June 15, 2012


 Assalamualaikum


"Mai kau dah cek results?"


tercekik air milo yang aku tengah-tengah syok duk minum tengahari tadi. Hadoi lah ~ apa pasal lah timetime aku tengah nak makan ada je benda nak kasi aku kurang selera makan?


So aku pun cepatcepat pergi Mydin sebab nak buang masa dekat sana. Balik je dari Mydin, terus online sat. Eh tak tak ~ Kita solat Zohor dulu :) Kasi tenangkan sikit hati dan jiwa tu sebab nak tengok results. Mueheh ~

Intersession results

Jujur aku cakap, aku rasa sedih. Tu je ~ Sebab sebab aku pun tak tahu lah ~ Maybe sebab aku high expectation kott? Tapi sebenarnya dah set dalam minda dah yang IR memang akan tak akan seperti aku harapkan sebab Madam pernah sms aku tanya "Mai final tak boleh buat ker?" Terus jadi bad mood sepanjang hari sebab hati berdebar duk fikir pasal results. Huhu


Aku tak tahulah kenapa. In fact my parents pun cakap tahniah sebab dapat tahu pasal nie tapi aku tak happy pun. WEYH KENAPA KAU TAK HAPPY HAH? Sebab kadang-kadang aku rasa aku boleh buat lebih dari tue. Aku rasa  aku boleh dapat DA A dan IR tu boleh je kasi dapat A+ sebab masa test dalam kelas, boleh pulak aku dapat highest marks, dua kali berturut-turut pulak tu tapi kenapa tidak dalam final? -___-


Tapi takpelah ~ Kadang-kadang Allah swt tarik sesuatu dalam hidup kita sebab Dia nak bagi sesuatu yang lebih baik kepada kita pada masa akan datang. Insyallah :)


Bila aku fikir baik-baik kan, bagus jugak results keluar masa awal semester sebab atleast aku dapatlah berusaha bersungguh-sungguh untuk 4 paper aku lagi untuk semester nie. So lepas ni kau jangan berangan nak ponteng kelas lah Sara -.-


Taip mesej dari Atyn lah yang buat aku rasa macam lega sikit. Dia cakap janganlah aku duk bersedih dan bermuram durja sebab kita kan dah berusaha dan itulah yang dinamakan tawakkal ;) Mesej tu buat aku rasa tenang sikit rasanya hehe :) Thank you Atynn :)


Bur still aku rasa sedih dan bersyukur at the same time :') Perasaan aku sekarang ni lebih kepada macam kecewaaaaaaaaaaaaaa :O


Kepada kawan-kawan aku yang lain, tahniah aku ucapkan :) You all deserve it very well :)

Pernah main benda nie?

Mari kita main alat permainan dekat atas ni yang aku sendiri tak tahu nama penuh die apa sebagai tanda melepaskan rasa sedih dan kecewa sebab results intersession. Sengaja aku kasi kuat sound dia biar satu level dengar bunyi boom boom boom, petanda yang aku tengah feelingless -___-


 

You Might Also Like

2 comments