Salam. Insiden pagi tadi aku memang nak mengamuk. Sumpah sakit hati dan sakit jiwa.
Susah kan kalau dapat kawan yang macam err ~ pentingkan diri sendiri. Sumpah susah. Susah nak deal dengan orangorang yang macam nie. Orang yang bila nak dan harapkan pertolongan die sangat-sangat, die tak ada. Habis tu, fungsi kau datang dalam hidup aku untuk apa kalau bukan untuk tolong sesama kawan?
Aku tak tahu nak cakap apa. Aku rasa nak menangis pun ada sebab aku dah banyak kali kena macam tue. Bukan dengan die sahaja tapi dengan orang lain pun secara general nya pun ada jugak. Aku pendam dan sabar je ~ Tapi tu lah ~ tahap kesabaran manusia pun ada limited nya dok?
Aku manusia, bukan robot. Bukan manusia yang boleh kau expect utnuk siap cepat dalam masa 15 minit dan pergi ke kelas yang nun jauhhhhhhhhh di sana. Aku mengharapkan kau faham dengan aku tapi sebenarnya aku rasa kau memang tak faham
Dah lah ~ Sem depan aku nak cari orang baru, insyallah ~ Cuma mengharapkan simpati kawan-kawan yang lain yang selalu mendengar luahan dan perasaan aku tiaptiap pagi bila nak pergi kelas. Entahlah ~ Jujur aku cakap, aku tak tahan dengan perangai kau -.-
Sakit jiwa aku bila kau buat macam nie. Sakit hati aku sebab duk pendam dengan kau. Nak cakap kau ni budak-budak, kau dah besar panjang dah. Nak cakap tak ada otak, kau dah pun masuk U. Dah tu, kenapa kau tak boleh nak berfikiran matang?
Aku rasa aku tak boleh nak tengok muka kau buat masa nie. Done.
p/s : Apa nak buat eh kalau ada kawan yang macam nie? Dah cakap dengan dia banyak kali dah tapi die tetap tak faham. Dan yang paling sakit sekali ialah aku sorang je yang kena dengan dia. Kawankawan aku yang lain tak punn -.-
0 comments