Salam. Semalam semasa berjalanjalan di blog orang lain, aku terjumpa gambar ini
Aku terus tersentap dan tengok gambar ini lama-lama dan kemudian, aku sendiri yang menangis. yess ~ aku menangis semalam, sorangsorang depan lappy, pukul 4 pagi
Aku tak tahu kenapa tapi bila tengok muka budak ni, aku tahu dia sedang memendam perasaan. Dia kecik dan tak mampu nak bersuara. Apa yang dia boleh buat hanyalah simpan dalam hati sahaja.
Sedih. Sumpah sedih. Bila tengok airmata dia yang hampir nak terjatuh tu, aku tahu die sedang mengalami konflik dalam diri dia. Dia nak sesuatu tapi mungkin kehendak dia ditolak atau ada sesuatu yang bermain dalam jiwa die dan menyebabkan die terpaksa melepaskannya dengan menangis
Aku rasa sedih sebab aku rasa tak patut seorang budak kecil seperti budak nie menangis. Sepatutnya budakbudak macam ini, kita berikan kegembiraan kepada die. Biarkan die ketawa dan bermain dengan riang, bukannya menangis dan memendam perasaan.
Aku rasa macam nak cari je budak ni dan hug die kuat-kuat. Aku nak die lepaskan semuanya dekat aku. Biar aku sakit asalkan die tak sakit. Biar aku menangis sebab aku nak tengok dia gembira
Aku tahu ada sesuatu yang bermain dalam diri budak kecil ini sebab tu dia menangis. Dan aku tahu die sedang menyimpan satu rahsia sebab kalau tak, tak kan lah die menangis seorang diri dan tidak meronta-ronta macam kanak-kanak yang lain yang sebaya dengan die?
Dan setiap kali tengok gambar die, aku rasa seperti aku sedang melihat diri aku sendiri
1 comments