Salam. Apa aku nak taip? Entah ~ Idea tak datang -.-
Aku tengok kawan aku baru putus cinta. Agak hard jugak lah aku tengok dia macam struggle giler-giler. Kesian pulak kat die -.-
Aku suruh die bersabar. Aku just cakap macam nie je dekat die
"Dugaan bulan puasa dan dugaan untuk mencapai kebahagian di lain hari. Smile :)"
Aku tarik nafas dalamdalam dan lepaskan perlahanlahan. Aku pernah berada di situasi kau, di tempat kau. Aku faham perasaan kau
Aku faham macamamna kau sayang seseorang tu tapi tetiba orang tu tinggalkan kau. Aku faham. Aku faham macamana kau rasa bila kau rasa ada lubang yang besar dalam dada kau sebab kau tahu kau dah hilang dia lepas nie. Aku faham
Aku pernah rasa benda tue. Aku tak ada banyak ex boipren tapi bila aku dah ada satu, sakitnya Ya Allah ~ sakit sekali. Sakit sangatsangat.
Kepada orang yang aku maksudkan, bersabarlah ~ Allah sengaja turunkan dia awal, kau bercinta dengan dia, kau sayang die dan akhirnya kau putus dengan dia dan kau sakit. Semua tu ada reason
Allah nak kau hargai seseorang yang mungkin lepas ni datang dalam hidup kau dan jadi suri dalam hati kau. Sebab kalau kau tak mengalami putus cinta, kau tak kan menghargai orang yang akan jadi suri hati kau nanti.
Allah bagi kau sakit dan menangis masa ini sebab Dia nak kau bahagia dan dan ketawa pada masa depan nanti. Allah nak kau jatuh masa ni sebab nanti ada orang yang akan bangunkan kau balik :)
Just sabar. Buat masa ini, kau banyakkan masa dengan Allah, dengan kawan-kawan dan sibukkan diri kau. Jangan kau duk pasang lagu sedihsedih and buang semua kenangan kau dengan dia walaupun kau sayang nak buang. Sebab kalau tak, pah ceroh lah kau duk nangis -.-
Lepaskan dia perlaha-lahan. Dia dah buang kau so buat apa kau nak terhegeh hegeh dekat dia lagi? Kau menangis sorang diri kat sini sampai bengkak mata tapi ada dia buat benda yang sama dekat kau? Tak da kan? So just forget her ~
Susah? Yeee ~ Aku tahu kau susah tapi kau kena cuba. Benda nie memang amik masa tapi kau kena gak cuba. Sebab kalau tak, kau akan merosakkan diri kau sendiri. Percayalah cakap aku
Walaupun kau single sekarang ni, jangan sedihsedih. Sapa cakap life single ni tak best? Kadangkadang best jugak sebab kau boleh buat apa sahaja yang kau nak, lantak kau lah sebab tak ada orang yang akan nak control kau.
Dan yang paling heaven, kredit dalam handphone kau akan bertahan dengan lebih lama sebab kau tak ada sape nak msj dan calling calling kau. Haha :D
Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Aku ni perempuan. Ini dari perspektif aku. Kau lelaki. Aku cuma seorang kawan yang boleh bagi support dekat kau dari belakang. Kalau kau perlukan bantuan dan telinga untuk mendengar, kau callingcalling je kitorang kat sini
Jangan jadi bodoh untuk menangisi sesuatu yang bukan milik kamu :)
10 comments