Tidur Yang Lena Please?

Thursday, August 04, 2011



Malam makin berganjak perlahan dan aku masih teguh lagi menaip entry untuk kali ini


Sebenarnya mata ini dah hampir terlelap tapi aku gagahkan jua :)


Banyak sangat benda yang berlaku kebelakangan ini. Pasal study, assingment, test dan quiz yang aku ada salah buat, bulan puasa, kewangan yang sekarang ini macam mengalir macam air sungai, kawan-kawan aku yang ada 1001 masalah, itu ini ~ haih ~ sampai esok pun aku tak habis lagi nak cakap


Apa yang aku nak cakap? Aku penatlahh ~ dah genap dua minggu aku tak ada rehat yang betul-betul. Pagi kelas, petang koko, malam sibuk study untuk test. Kalau ada free time, aku nak habiskan kerja-kerja yang berkaitan dengan dinner, assignment. Dikala orang lain tengah sibuk diulit mimpi, aku duk bersengkang mata duk siapkan kerja kerja


Penat sangat-sangat. Nak menangis pun ada tapi aku masih dapat kawal lagi. Tolonglah ~ Aku rasa aku nak sangatsangat tidur yang betulbetul sempurna. Sekarang ini kan, kalau aku tidur 10 minit aku rasa macam bahagia sangatsangat walaupun aku tahu tidur aku tu tak cukup


Kepala aku lately ini pening sangat-sangat. Rasa macam nak pecah pun ada. Bila duk terfikir something, mesti kepala ini berdenyut-denyut. Migrain ke apa? Hmm ~ entahalahh. Rasa macam nak pergi klinik jer


Apa lagi? Hmm ~ Nak tidur lah. Dah mengantuk sangat ni. Esok kelas pukul 8 pagi


Erkk? Kena bangun awal lagi lah nie -.-


You Might Also Like

0 comments