Yeahhhhhhh ~
err ASAL GAMBAR JADI TERBALIK NIE?!
Haaaaaaaa ~ Tu tajuk debat kitorang hari ini. Semalam aku tak pergi sebab aku oversleep. Lepas je habis Tadarus Al Quran semalam dekat Pusat Hidayah UiTM Dungun, terus aku terbongkang atas katil, tidur, topup balik tidur untuk dua minggu yang lepas. See? Dua minggu kan? -.-
Bangun bangun ~ dah pukul 4 dah -.- Tak pernah aku tidur selama tu -.-
So hari ni aku bersemangat nak pergi debat sebab aku dah dapat tidur yang secukupnya. Haha ;D So Hana suruh kitorang research pasal Perdagangan Karbon. Ok apa itu Perdagangan Karbon? Meh sini aku cerita :)
Perdagangan Karbon adalah satu perjanjian dari 161 buah negara kecuali Amerika Syarikat dan Australia dalam usaha untuk memelihara alam sekitar. Seperti yang kita tahu, iklim dunia sekarang ini sedang berubah-ubah dan bumi kita sedang tenat
Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, Perdagangan Karbon ditandatangani termasuk Malaysia dengan mengurangkan jumlah pelepasan karbon bermula 2008 sehingga 2012 ke satu tahap yang lebih rendah daripada tahun 1990
Jika had yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara itu telah mencapai had limitnya, negara tersebut boleh membeli karbon dari negara yang lain. Contohnya, had limit karbon bagi Negara A adalah 40% namun pada satu ketika, pelepasan karbon Negara A telah mencapai tahap maksimumnya. In order to overcome this problem, Negara A boleh membeli peratusan karbon itu dari Negara B. Faham tak? :)
Haaaaaaa ~ Itulah secara kasarnya yang aku tahu tentang Perdagangan Karbon. Ni pun aku baru dapat tahu sebab kena buat research. Kalau tak, sumpah aku tak tahu. Haha :D
Err ~ kalau ada yang salah, bagitahu taw :)
Ok gotta go ~ Nak buat research dan facts sheet lagi :)
2 comments