Ingatlah Wahai Kawan,

By Mysara Newrie - Tuesday, August 09, 2011



Salam. Hari ini cuaca Dungun macam macam tomato yang diblend dalam blender, ributlah tue -.- (analogi apa entah yang aku guna nie)


Anddddd cuaca itu menggambarkan apa yang tersimpan dalam hati sebenarnya. Dah lama aku pendam. Tapi akhirnya hari ini terluah jugak.


Apa yang aku pendam selama ini, aku luahkan. Tak ada airmata yang mengalir, cuma keluhan dan perasaan sedih sahaja yang berbunyi sepanjang penceritaan aku itu. Mungkin diri aku ini dah terbiasa di lukai macam ni, sehinggakan airmata pun sudah tak mau keluar, agaknya :)


Aku perasan, kadang-kadang bila kita mengharapkan orang itu, maksud aku, orang yang kita nak berada, tak ada di sisi kita. Malah mungkin sedang bergelak ketawa tanpa memikirkan kita di sini.


Tapi orang yang kita tak ingin untuk berkongsi, orang yang tak pernah langsung terlintas dalam fikiran kita bila kita ada masalah, sentiasa ada di sisi kita, untuk mendengar, untuk memberi nasihat, untuk menangis bersama-sama dengan kita dan yang paling mengharukan, memeluk kita di kala kita sedang rapuh, luar dan dalam


Percayalah, kita akan rasa lebih tenang apabila ada seseorang yang memeluk kita dan kita tahu, dia akan berada dengan kita :)


Hidup ini macam roda, adakalanya kita di atas, adakalanya kita dibawah. Tapi manusia tu kadang-kadang selalu lupa perkara ini. Yang ada dalam fikiran adalah "Bila aku dah berjaya, aku akan berjaya untuk selama-lamanya" Salah tue :)


Allah itu Maha Berkuasa. Kalau Dia nak bagi, Dia bagi saja tanpa krompomi kepada sesiapa pun. Kita yang sebagai hambaNya hendaklah sentiasa ingat Dia yang satu, Dia yang berkuasa terhadap kita


Dengan helaan nafas yang berat, aku rasa aku nak pergi dulu, kepala aku dah berat sangat dah nie -.- Kepala aku selalu berdenyut-denyut lately ni -.-


p/s : Allah tak kan turunkan dugaan itu kepada hambaNya sekiranya Dia tahu kita tak kan dapat menghadapinya ;)


p/ss : peringatan kepada diri aku jugak :)


  • Share:

You Might Also Like

2 comments