Manusia itu tak pernah sunyi dari masalah. Kalau satu perkara sudah selesai, timbul pula perkara yang baru. Dan begitulah seterusnya ~ Itu lah kehidupan
Sekarang ini aku memang ada banyak benda yang nak difikirkan. Dari pasal pelajaran aku, hal-hal yang berkaitan dengan dinner, masalah peribadi aku dan juga masalah dalaman aku
Tiap tiap hari ada sahaja benda baru atau lebih tepat lagi masalah baru yang akan timbul sampaikan buat aku takut untuk hadapi apa yang bakal terjadi seterusnya. Aku tak tahu macam mana dengan hari esok, lusa, tulat..
Tapi aku tahu, Allah tak kan turunkan dugaan kepada hambaNya jika Dia tahu kita tak mampu hadapinya. Aku percaya, dugaan dan cabaran yang Allah bagi dekat aku sekarang ini, tandanya Allah sayang dekat aku.
Aku akan cuba untuk bertahan dekat sini, demi orangorang yang aku sayang. Takpelah ~ Biarlah untuk kesekian kalinya aku akan berkorban demi mereka, Takpelah ~ Aku tahu kalau bukan aku yang buat, sape lagi yang mampu mereka harapkan?
Biarlah aku yang sakit kat sini. Biarlah aku yang memendam perasaan di sini. Biarlah aku yang hadapi semua ini seorang diri. Asalkan aku dapat melihat mereka tersenyum dan ketawa
Jujur aku cakapkan, dugaan ini terlalu berat untuk aku T.T
2 comments