[Topik] Jangan Nilai Seseorang Itu Dari Luaran Sahaja :)
By Mysara Newrie - Tuesday, August 02, 2011
Salam. Alhamdulillah ~ 1st day Ramadhan sudah pun berlalu. Itu bermakna, kita ada lagi 29 hari lagi nak raya! HAHA :D YEAH YEAH ! :D
Ehem ehem ~ bukan itu yang aku nak cakap. Cuma entahlah ~ rindu nak tulis kat blog sendiri tapi aku tak tahu nak tulis apa -.-
Cuma aku nak bagi peringatan je dekat sesetengah orang yang ingat aku ni lembik ke, lemah ke ~ Think twice lah ~ Ni Mysara Newrie lahh ~
Orang tengok aku menangis, orang tengok aku murung, orang tengok aku sorangsorang. Dengan hanya TENGOK itu, dah beranggapan aku macam-macam?
Cik abang, cik akakk ~ Fikir banyak kali ehh? Aku menangis teresakesak sebab itu tandanya selama ini aku dah cukup lama bertahan dan ada satu tahapnya aku tak tahan maka aku lepaskannya. Air mata itu ibarat sudah tak mampu aku tanggung lagi
Kalau tengok aku sorangsorang itu bukan bermakna aku loser ke apa. Itu maknanya aku mungkin perlukan masa bersendirian untuk berfikir tentang masa depan aku, tentang diri aku. Kadang-kadang kita kena duduk dan termenung, fikir pasal diri kita.
Hidup ini bukan untuk kegembiraan semata-mata kerana Allah swt pasti akan turunkan dugaan dan cabaran kepada kita sebagai tanda keimanan kita kepadaNya :)
Kalau tengok aku marah, itu tandanya aku dah lama bersabar. Mungkin orang tu dah banyak kali buat onar dengan aku dan aku sabar. Dan sampai satu tahap, aku pasti akan tinggikan suara. Bukan bermakna aku emosi ke apa ke cuma aku tak tahan dengan perangai kau ok? :) Tapi selagi aku boleh bersabar, aku sabar lagi :)
Cuma jangan sampai menjatuhkan maruah aku taw :)
Kalau terdengar sindiran pedas dari mulut aku, itu tandanya aku nak bagi korang sedar. Tak payahlah nak terasa dengan aku ke apa ke ~ Kalau aku buat macam itu, itu tandanya kau ada masalah dengan aku jugak. Aku tak kan buat kacau dengan orang kalau orang tak kacau aku. Deal eyhh? :)
Malam ini aku rasa puas sangat sebab aku dah berjaya tunjukkan yang aku ini bukan lemah dan lembik. Syukur Alhamdulillah ~ Allah swt bagi aku kekuatan untuk hadapi semua ini :)
Bukan nak marah, bukan nak jatuhkan sesiapa cuma jangan lah nilai seseorang itu dari luaran nya sahaja. Kenal dulu dalaman seseorang itu kemudian baru cakap ok? :)
p/s : Just be yourself and people will love you ;)
12 comments