[Topik] 5 Kesalahan Yang Kita Selalu Buat Bila Menjelang Hari Raya

By Mysara Newrie - Sunday, August 28, 2011



Salam. Maaflah ~ Hari ini aku tak dan nak online sebab aku banyak keluar ke Bandaraya Kuala Terengganu yang sumpah macam sardin -.- Traffic jam meratarata tempat, situ sana sini -.- Ya Allah ~ Mak ayah aku tak bagi aku bawak kereta buat masa ni T.T


Ok ok lah ~ Sejak aku balik hari Khamis hari tu sampailah ke hari ini, tiaptiap hari aku keluar. Ada sahaja benda yang nak kena buat. Pergi bank lah ~ Itu lah ~ Ini lah ~ Nak bayar tu lah ~ Nak tengok benda ni lah ~ Aku rasa kitorang lah penyumbang kepada kesesakan jalna raya di Kuala Terengganu. Haha ;D


Bila dah pergi kat tempat crowded, aku selalu perhatikan orang ramai. Aku suke tengok gelagat manusia dan senyum bila tengok orang ramai dengan peel perangai masing-masing. Haha ;D Kadang-kadang rasa kelakar pun ada jugak


Dalam pemerhatian aku, aku ada jugak lah perasan beberapa kesalahan yang sering orang ramai iaitu KITA buat bila menjelangnya hari raya. Eh eh ~ Ini aku cakap based on my knowledge dan apa yang aku perhatikan tawww :)


  • Shopping sakan sambil tak ingat dah kat anakanak
Haaaaaaaaaaaaa ~ kes ini memang tak boleh nak dielakkan. Selalu sangat lah ! Jap jap bunyi pengumuman kat speaker Giant or Mydin Mall tu, "Kepada ibubapa/penjaga sekian sekian sekian, sila tuntut anak anda di kaunter" Amboi ~ Tuntut anak taww? HAHA :D


Bila mak bapak dah sibuk shopping, anakanak yang kecik ni pun dah dilupakan. Sedar sedar dah tak ada. Haaa ~ Masa tu baru kelam kabut nak cari. Kalau dapat jumpa, takpelah. Kang kalau tak dapat jumpa, haaa ~ menangis tak berlagu lah duk menangisi anak yang hilang. Ish ish ish ~ -.-


Sepatutnya mak ayah kena SELALU jaga anak tu walaupun tengah sibuk shopping. Kalau tak pun, atleast make sure ada orang dewasa yang jaga anak tue. Haa ~ Yang akak dengan abang pun janganlah duk biarkan adik korang sorang-sorang je. Bahaya. Sekarang ni kan macam-macam benda yang boleh berlaku. Ok guys? Take notes about this :)


  • Shopping sakan sampai tak ingat dunia
Amboiii ~ Sakan bebenor aku tengok orang shopping. Beli tu beli ni ~ Aku rasa satu rumah nak ditukar dengan benda baru. Apatah lagi, bila kita bayar dengan credit card. Pergh ~ Zass zass zass saje kad tu erk? Sekali bila dah sampai surat dari bank, zass zass zass otak kau nak fikir macamana nak bayar hutang tue. Huhu


Sepatutnya kita berhari rayalah dengan kadar yang sederhana. Ye ~ Aku faham kalau kita semua ada nafsu nak beli barang-barang baru, baju baru, beg baru, seluar baru. Pendek kata semua baru. Aku pun macam tu jugak. Tapi kita kena fikir jugak samada benda tu penting atau tak? Releven atau tak kita nak beli tue.


Kalau ada benda yang boleh guna, guna je dulu. Kalau dah takda, baru beli. Sekarang ini kita memang ada masalah dengan ekonomi dimana harga barang naik. So kita kenalah fikir mana satu keperluan dan kehendak ok? :)


  • Jumpa saudara mara tengah jalan lepas tu block orang lain
Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ~ Yang ni memang aku pantang gilergiler ! Weyhh ~ Aku faham kalau korang tengah shopping sekali terjumpa dengan sedaramara yang dah lama giler tak jumpa. Ya yaa ~ Aku faham. Tapi tolonglah faham dengan orang lain yang tengah bersesaksesak belakang korang nie -.-


Kalau nak borak panjang pun, atleast ke tepilah sikit kan? Bagi laluan kat orang lain yang nafsu nak shopping tengah membuakbuak nie. Kang kalau barang yang nak dibeli tak sempat dibeli, tak pasal pasal pertumpahan darah berlaku. Haha :D


Orang tengah ramai waktuwaktu macam nie. Semua orang turun bandar sebab nak beli barangbarang untuk raya ini. So janganlah block jalan orang lain. Kesian kat kitorang ni hah yang terpaksa bersesak dengan orang ramai dan terpaksa berhenti semata-mata nak dengar perbualan kau dengan sedaramara kau -.- Haihh~ Lain kali jangan block jalan orang lain yer :)

  • Sombong
Yang ni pun aku pantang jugak -.- Aku tahulah kita ni tengah berpuasa, penat. Bukan kau sorang je. Tapi atleast senyumlah ~ Ni tak, bila orang senyum, kau boleh buat bodoh. Eh eh ~ Lepas tu boleh pulak dahhh siap jeling lagi. Amboi ~ Cantiknya jelingan manja tuuu -.-

Kita ni saudara sesama Islam. Senyuman tu kan tandanya sedekah. Apalah salahnya kalau senyum dekat orang yang memandang anda? Atleast kalau kau senyum, kau dah bagi impression kat orang lain yang kau ni tak sombong. Walaupun orang tu baru 1st time tengok kau tapi kalau kau dah senyum, orang tu tahu kau ni budak baik. Eh budak baik ker? HAHA :D

Kalau kau senyum kat orang lain, manalah tahu kan ~ Orang lain tu mungkin saudara kau yang duludulu ker ~ Yang jauh terpisah. So dari situ, kau sebenarnya dah bagi presepsi yang baik kepada orang yang baru kau kenal tue. Err faham tak nie? -.-


So lepas ni kalau jumpa orang yang sedang tengok anda, atleast senyum lah tauu :) Jujurlah aku cakap, kalau aku senyum kat orang lain dan orang tu balas senyuman aku, aku rasa sejuuukk je hati aku ni hahh ~ Aku nak marah pun tak jadi. Haha ;D So senyum tau :) Kalau tak senyum, aku tarik mulut kauu -.-


  • Parking kereta ikut suka hati lepas tu habis traffic jam disebabkan kau sorang je
Ya Allah ~ yang ni memang dah tak boleh nak dielakkan dah -.- Bila nak raya, kereta memang macam baru keluar dari kilang. Banyak betul ! Esp kat Kuala Terengganu nie -.- Kalau dah termasuk area Pasar Payang, Bandar, Pasar Chabang Tiga, Mydin Mall dan Giant, Sabasun mau dekat 2 jam kau boleh stuck kat situ -.-


Tapi yang aku panasnya lah ada orang tu parking kereta ikut dan die jee -.- Lepas tu habis semua kereta tak boleh nak bergerak disebabkan kereta dia sorang je. Eh ~ Mana bolah macam tue. Kena fikir jugak kat orang lain esp timetime raya macam nie. Carilah parking kereta yang betul betul dan pergilah manamana pun. Tak da ehh orang nak marah kau bila kau buat macam nie -.-


Takpun, atleast kalau nak keluar, bawak lah lebih dari sorang dalam kereta tue. Kalau kau tinggalkan kereta, atleast ada orang tunggu dalam kereta atau orang lain yang akan tolong alihkan kereta tu bila korang tahu korang telah block jalan orang lain. Ingat ~ Jalan raya ni hak kita bersama tauu :)



Aku rasa tu je lah kesalahan yang aku selalu dapat tengok dan alaminya sendiri bila aku keluar bila dah nak dekatdekat raya macam nie. Kalau korang turun ke Bandaraya Kuala Terengganu nie, konfem korang boleh jadi giler sebab ramai sungguh orang dengan keretanya yang bersimpang siur. Boleh bikin migrain tauuu -.-


p/s : Takut nak masuk Mydin Mall buat masa ni sebab konfem aku akan pening kepala lepas keluar -.-

  • Share:

You Might Also Like

6 comments