Mereka Membahagiakan Aku :)

By Mysara Newrie - Monday, August 08, 2011



Salam. Malam malam cenggini, buat aku suka nyanyi sorangsorang depan lappy. Hajat nak buat Costing tapi soalan tu tak lengkap. Haihh ~ Potong stim betul lah ~ Aku tengah ada semangat nak buat nie :)


Lately ni kan, aku rasa happy sangat. Tak tahu kenapa. Aku rasa hati aku gembira dan aku dapat rasa ada je semangat baru dalam diri aku nie :) Mungkin berkat puasa di bulan Ramadhan yang mulia nie :)


Aku bersyukur aku ada parents aku yang sumpah sporting sejak aku dah besar nie. Dorang memang memahami betul jiwa remaja lanjut usia macam aku nie. Oh ~ bahagianya. Then kalau dorang bagi nasihat ke apa ke, aku senang je nak terima :)


Dan sejak start puasa ari tu sampai sekarang, parents aku selalu tanya aku bukak puasa makan apa, buat apa. Syukur alhamdulillah ~ Mama ayah, cant wait for you this 23 August ! :D


Adik aku, Hakim amik SPM tahun ini. Study kat Dungun jugak, SM Sains Dungun. Tiap kali dia mintak kredit dengan aku, aku topupkan je. Aku tak nak bagi adik aku stress so selagi apa yang die mintak tu, aku boleh bagi, aku bagi.


Aku rindu nak keluar bandar dengan kau, dengar lawak bodoh kau dengan kawan-kawan kau, buat aku mama ayah gelak dengan kau. Study elokelok Kim! Aku doakan kau berjaya dalam SPM dan dapat apa yang kau nak. Buat mama ayah bangga dengan kau Kimm ! :')

Aku happy dapat kawan-kawan yang faham dengan aku. Bila aku susah, dorang ada untuk sentiasa hulurkan bantuan. Bila aku menangis, dorang ada untuk bagi aku hug supaya aku rasa lega. Bila aku gembira, dorang ada untuk kongsikan kegembiraan aku tue. Bila aku gelak, dorang pun akan gelak jugak.


Dan kepada gay-gay aku, HAHA :D aku tahu korang suka kutuk aku kan? takpelah ~ kutuklah kawan kau ni. Tapi aku tetap sayang korang sebab koranglah kawan lelaki aku yang terhebat! Yang sentiasa cari pasal dengan aku, yang suka kenakan aku kaw kaw, yang suka buat lawak bodoh, yang suka bising dalam kelas or mana-mana meeting kita, yang sentiasa dapat tolong aku kalau aku perlukan bantuan, yang sentiasa dapat yang yang yang ~ apa apa je lahh ~ HAHA :D



Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana di saat hambaMu ini sedang jatuh, Kau bawakan mereka mereka ini untuk bagi semangat dekat aku. Kau ceriakan aku dengan kehadiran mereka yang sentiasa memberi aku semangat dan nasihat. Syukur kepadaMu Ya Allah ~


Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa nak bagitahu dekat korang semua, aku sayang korang korang korang korang korang korang korang yang baca blog aku nie :)


Tak ada kata-kata yang mampu gambarkan betapa bersyukur dan gembiranya aku dengan kehadiran kalian dalam hidup aku :')


Syukur kepadaMu Ya Allah. Aku mohon kepadaMu, jangan Kau bawa mereka pergi sebelum aku bersedia untuk kehilangan mereka. Aminn ~


  • Share:

You Might Also Like

10 comments