Perempuan Ini Tabah :)

Saturday, August 20, 2011



Salam. Bila berborak pasal hati dan perasaan, semua orang suka. Semua orang minat nak dengar sebab lain orang, lain pandangannya


Aku? Aku sangatsangat open minded bila berbicara tentang hal ini, dan aku sangatsangat suka mendengar prespektif hal ini dari kawankawan lelaki aku.




"Mai, kau kena sabar Mai. Mungkin sekarang ini kau tak ada siapa tapi mana tahu Mai, satu hari nanti kau akan dapat seseorang yang lebih baik dari kitorang semua dan dapat jaga kau sampailah ke akhir nafas kau nanti"



Selama ini aku selalu berpegang pada ayat itu. Katakata itulah yang selalu aku sematkan dalam hati dan buat aku tabah dan tersenyum walaupun sebenarnya hati aku masih lagi tinggal lagi cebisan kisah yang lama


Aku tak kan jadi trauma atau fobia untuk bercinta sebab aku bukannya lemah. Aku kuat. Aku tahu tue. Kalau tak, kenapa aku masih mampu menaip entry ini sambil tersenyum dan tanpa air mata yang mengalir?




Aku tak kan memerlukan orang lain yang sudah membuang aku daripada hidup mereka :)



Dan mungkin aku sudah mula membuka hati aku untuk orang lain :) Insyallah ~

You Might Also Like

10 comments