[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Saturday, January 16, 2010

Lagu Panas dan Badan Hangat

Salam. Malam semalam, kazen aku msj "..Sara, wat masuk lah lagu2 baru dalam pendrive. B nak burn dalam CD.." Aku ok jer sebab CD 2 boleh lah pasang dekat kedai kitorang nanti. Haha. Dah muak dah dengan lagu2 yg sama terpaksa dipasang setiap hari. Even lagu Cina pun aku taw dah. Haha.
So lepas makan tadi, aku menghadap lappy nie. Aku tengok Music Library aku dan aku betul2 tersentak! Weh, aku baru sedar aku dah lama tak download lagu baru! Hish, tak boleh jadi nie.
So aku pun mula terfikir-fikir lagu apa yg tengah hot dan popular sekarang ini. Dah jumpa tapi ada problem pulak nak download. Aiseyman ~ Memang leceh lah. Susah jugaklah nak cari. Haih ~ Tapi aku dah lega sebab lagu Nidji, Sang Mantan 2 aku dah dapat. Haha. Best lah lagu dier. Oh ya! Tuan empunya blog ini kuat berjiwang sikit. Hehe

So di kesempatan ini aku nak tanya kat sesape yg tahu lagu apa yang tengah meletup2 hah? Aku malas nak perahkan otak aku untuk berfikir sebab aku ada banyak lagi benda yg nak kena pikir. Hehe. *wah mengalahkan PM lah.. Haha.

Oh ya! Malam tadi aku dah 'sembur' 2 orang lelaki pangkat rakan sebaya. Haha! Padan muka kat korang. Aku YM dengan lelaki yang 1st nie. Baru start YM die sibuk2 cakap pasal couple. Ok. Aku admit aku single sekarang ini. Lepas 2 die macam nak menafikan yang aku tgh single skarang ni.

Aku pun apa lagi! HOT lah weh! Lebih panas dari biasa. Aku pun mula 'sembur' die. Yelah, kalau korang jadi aku mesti lah hot sebab tiap2 kali aku kontek dengan die mesti tak sah kalau tak cakap pasal couple couple couple! Weh, tak ada tajuk lain ker? Tanyalah pasal study ker, masa depan ker. Baru best skit nak YM.

Ada sekali 2 aku cakap aku tengah single. Then lepas 2 dia cakap die nak link blog aku sebab makwe die nak baca! WTF??!! Hey dude, aku tak kenal pun makwe kau 2 dan makwe kau pun sama.

Bila aku tanya kawan aku nie, samada makwe die tahu tak pasal kiter berkawan nie die cakap "..aku tak pernah pun cakap pasal kau dekat dier dan die tak tahu kita berkawan.." Dah 2, apa pasal lak makwe kau nak baca blog aku?! Walaweh, kalau kau nak cakap yang kau dah ada makwe, bagitaw straight forward je lah! Tak payahlah nak tipu tapi orang dapat trace. Buat malukan diri sendiri dan ia menampakkan kebodohan anda! Paham?!

Lepas aku sembur dier dan bagitau yang aku tak suka perangai dier, aku buat invisble kat YM aku. Pukul 12 lebih aku YM dengan kawan sepermainan aku masa kecik lagi. Mula2 ok lah. Lepas 2 kitorang photo sharing. Tetiba lak die hantar gambar orang yang pernah aku minat dulu. Serius cakap! Aku betul2 bengang time 2. Aku dah lupakan dier dan aku terima kenyataan yang die memang bukan untuk aku. Tapi hanya dengan sekeping gambar 2 telah mengingatkan aku kepadanya.

Aku cakap kepada die, perkara yang lebih kurang sama dengan kawan aku 1st tadi. Lepas 2 aku menangis. Seriuslah weh! Aku tak tahan dah. Yang sorang ini sibuk duk tanya dan force aku dengan soalan couple sejak tahun lepas lagi! Giler ar ~ Dan tiap2 kali aku cakap aku single mesti die nak menafikan.

Dan lelaki yang 2nd ni kembali mengingatkan aku kepada Dia. Aku dah lupa kan die. Sambil menangis yang hampir2 nak menjadi aku cakap dengan dier "..Kau tak berada kat tempat aku. Kau tak tahu apa yang aku alami. Bagi kau senang jer tapi aku yng tanggung semua nie. Aku pun macam orang lain jugak, nak jugak berteman tapi buat apa bagi hati kita kat orang yg tak nak hati kita 2. Sedih sangat2 taw sebab orang buat macam ini kat kita. Aku nekad dah. Lepas ni aku nak simpan hati aku baik2 dan aku akan bagi dekat orang yang betul2 ikhlas dengan aku. Biar orang yang datang kat aku dan Insyallah aku akan sayang dier sepertimana dier sayang aku.."

Lepas 2 aku rasa sedih giler. Aku menangis je lah sorang2. Sambil 2 aku teringat balik semua perkara2 yang dah lepas. Memang aku tak tertanggung semua 2 tapi aku sabar je lah. Tapi aku lega sebab 2 orang lelaki tersebut dah tak cakap pasal hal ni dan aku harap benda ini akan berlanjutan sampai bila2.

Lelaki yang 1st, Veni *nama tipu2 dier lepas nie kalau aku couple aku hebohkanlah kat FB FS dan MS aku! Kau tak payah risaulah!

Lelaki yg 2nd, Ward *nama tipu2 jugak aku harap lepas nie kau janganlah nak ingatkan aku kepada benda2 yang boleh buat aku bengang dengan kau. Aku harap kau paham

Aku lega lepas aku cakap terus terang apa yang aku simpan dalam hati selama 2tahun lebih ini.

Gotta go!

p/s : oh ya! Jangan lupa erk bagitahu pasal lagu apa yang tengah panas sekarang ini. Thanx!


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts