Hari Ini Punyer Cerita

By Mysara Newrie - Wednesday, January 06, 2010

Err kasut macam nie tak da jual kat kedai tempat aku kerja 2. Harap maaf!


Salam. Hari ni aku shift pagi. Shift pagi dari pukul 10 pagi hingga pukul 2 petang. Dan shift petang pula dari pukul 5.30 petang hingga pukul 10 malam *hanya untuk hari Jumaat dan Sabtu shj. Hari2 lain pukul 9.30 malam. Aku terlewat bangun pagi tadi. Pukul 9.15. Giler bapak! Cepat2 mandi dan makan. Masa nak pergi kedai 2, mak aku bawak kereta giler r. Memang laju! Kalah pemandu pro kat luar sana 2. Haha!


Sampai2 jer, aku tengok kazen aku da kat kedai 2. Lah, kazen aku sekali shift dengan aku ker? Haha. Oh ya, aku dan kazen ku bekerja di tempat yg sama. Hehe. Letak beg dan duduk shj kat kaunter 2 sambil duk bercakap2 dengan die. Macam2 lah duk borak. Tp most of the topics is about our family. Haha. Macam best sgt cz dapat lepak2 dengan dier. Dah lama tak hang out bersama. Hehe.




Menjelang tengahari, ramai customer datang. Semuanya makcik2 dan kakak2 yg bekerja berdekatan dengan kedai aku 2 *wah! macam lah aku nie tokey kedai. Haha. Yelah, masa 2 kan lucnh hour. So agak ramailah customer 2.


Tapi dalam byk2 customer 2, aku kesian giler kat sorang akak nie. Die nak saiz 5 tapi kebanyakkan saiz 5 dah habis dah. Ada yg berkenan tapi tak da saiz. Ada yg ada saiz dier tapi bukan taste dier. Dan ada yang dier berkenan tapi kotak kasut 2 tak ada dalam stok. Haih, memang lenguh ar nak layan dia sorang. Tapi aku enjoy. Memang lah penat tapi aku ok jer. Haha. Baik kan aku nie?


Before nak balik 2, my new friend, Gim May mintak tolong dengan aku, suruh bank in kan duit hasil jualan semalam. Haih, takut gak aku bawak duet 2 kat bank. Banyak jugaklah duet 2. Aku bagitaw kat mak aku. Then mak aku ajar aku lepas 2 aku buat je lah semuanya dengan sendiri. Then balik semula ke kedai sebab nak bg resit bank in 2. Hehe.


Lepas 2 g makan. Perut memang lapar dan dahaga yg teramat2 sangat. Haha. Masa on da way nak balik rumah 2, aku tertdo dalam keta. Kesian kat aku kan? Dan dan dan yang paling best skali ialah bila mak aku cakap, "..baru dua hari kerja dah nampak letih. Boleh jadi kurus nie kalau buat hari2.." Oh yes! Tak payah lah aku nak pergi berjogging. Hanya dengan melayan customer dan berulang-alik untuk mencari kasut yg customer nak dah boleh menguruskan badan aku nie. Haha. Nie yg bersemangat lagi nak bekerja nie! Wakakaka!


Err ~ 2 je kot yg mampu aku tulis. Act aku tak taw nak tulis per. Hehe. Insyallah nanti aku update lagi k. But honestly aku betol2 enjoy dengan kerja yg aku buat sekarang nie. Harap2 aku dapat something yg bermanfaat dari kerja nie. Hehe.

>> Tawaran awak untuk saya jadi gurlfren awak masih terbuka lagi tak?<<


  • Share:

You Might Also Like

2 comments