Salam semua! Hye kawan2! *tiru ayat Yus, Pemenang Raja Lawak Astro Musim Pertama. Hehe. Akhirnya dapat jugak aku berblogging kembali! Haha. Dengan tiadanya internet di rumah atok aku nie, akhirnya novel Twilight sudah berjaya aku jelajahi dengan penuh sempurna dan asyik! Sekarang nie novel New Moon pulak. Tapi dah nak habis dah. Kat area yg Edward, Alice dan Bella pergi ke Volturi 2 *sape yg phm 2, angkat tangan yer ~
Ok. Tengok tajuk entry aku mesti nak tahu kan camana pengalaman aku bekerja tadi. Haha. Yup. Aku start kerja pada 5 Januari 2010 iaitu pada hari jadi ayahku! Di kesempatan nie, Sara nak ucapkan "..Happy Birthday Ayah!.." Semoga ayah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. Amin ~ dan dan dan semoga kita semua dapat menjalani hidup ini dengan penuh gembira dan diredhai oleh Allah. Amin ~
Aku anak perempuan tunggal ayah! Haha. Bangga sih!
Aku bekerja di Kedai Kasut Viss di Bandar Kuala Terengganu. Jadi salesgirl jer. Apa?! Ingat aku kerja kerani or SU ker?Tapi aku tak kisah sebab aku nak dapatkan pengalaman bekerja 2. Mana lah tahu kan? Berguna untuk masa depan nanti. Aku buat part time jer. Mana lah larat nak buat full. Lagipun aku terikat dengan jadual kelas memandu. Haha. Yup! Dalam masa yg sama aku amik lesen kereta dan motor. Kosnya RM 1081. Mahal kan? Tapi nak buat macam mana ~ Huhu. Pelaburan untuk jangka masa panjang lah katakan ~
Dalam pukul 4 ptg tadi aku dah ready dah. Siap pakai tudung lagi. Haha. Awal giler sedangkan aku masuk kerja pukul 5.30 ptg. Haha. Duduk depan TV, terlelap sekejap. Then gerak ke bandar, sampai dalam pukul 5.15. Aku masuk kedai. Say hye to the tokey.
Tokey : U tengok jam sudah pukul brape? *muka serius giler!
Aku : Pukul 5.15 *aku terlewat ker? Cuak gak!
Tokey : U taw U kena masuk kerja pukul brape?
Aku : Pukul 5.30
Tokey : Apa pasal U datang awal?
Aku : Tak pe lah tokey. Boleh saya belajar sikit2 dulu
Apalah. Tokey 2 sengaja je nak wat suspen kan aku. Haha. Try ar! Ingat aku takut sangat ke? Haha. Act takut gak sebenarnya. Hehe
Then 2 Chinese Girl ajar aku sikit2 camana nak kerja kat situ. Dorang tunjuk tempat letak barang, cara2 nak cari kasut yg customer nak, nak letak price tag kat kasut 2 dan nak tutup kedai. Hehe. Credit to Gim May dan Siew Ting! Thanx lah sebab byk bg tnjuk ajar kat aku for my 1st day nie. Hehe.
Dan dan dan tak lupa juga kepada 2 orang budak lelaki yg bekerja skali dengan aku. Aku tak taw nama dorang tp dorang da jugak ajar aku. Hehe. Opss! Dah mula menggedix pulak dah! Haha.
Ok. Mari kite sama2 masuk kelas Matematik!! Mengikut tokey kedai 2 *act bukan tokey lah, dier just supervisor jer part time hanya bekerja 4 jam sehari. 1 jam dapat RM 3. Jadi 4 jam darab RM3 dapat RM12. RM12 darab dengan 30 hari dapat RM360++ kerana tidak termasuk lagi dengan komisen *hentam sajalah eja macam mana pown! 1st day sahaja aku dh dapat jual barang kepad 4 customer. Haha. Terror tak? Hehe. Dapat RM300 lebih dalam sebulan kira ok lah bagi aku. 2bulan dapat RM600++. Alhamdulillah. Dah lepas dah nak beli handphone baru. Haha.
Mak aku amik masa balik tadi dan bermula lah peluru pistol yg tak berhenti2 menuju ke arah ku. Haha. Mak aku lah tanya tu, tanya nie. So aku jawab soalan2 die dengan senyuman di bibir. Seronok lah weyh! Bekerja dan kerja 2 pulak tak membosankan aku sangat. Hehe.
Lepas 2 aku call ayah aku. Cakap dengan dier
Ayah : Sara kat mana nie?
Aku : Baru balik kerja lah ayah
Ayah : Haha *tergelak
Sumpah cakap! Aku rasa pelik sangat2 bile aku cakap "..baru balik kerja lah ayah..". Nak taw sebab apa? Sebab selama nie kan kiter cakap "..baru balik sekolah lah ayah.." tapi sekarang nie dah tukar dah. Dan dan dan aku dapat rasakan aku dah meningkat dewasa dan bakal meninggalkan zaman remaja. Haih. Semakin meningkat dewasa, semakin banyak tanggungjawab yg harus dipikul.
Ok. Aku rasa setakat nie je kot yg mampu aku tulis. Hehe. Nanti kalau ada cerita, aku tulis lagi kat sini. Hehe. Ok. Bubye kawan2 ku. Opss! Jangan lupakan doakan kejayaan saya dalam SPM, bidang salesgirl dan lesen memandu ye. Haha.
>> Love at the 1st sight masa isi minyak kat Petronas Batu Burok. Haih. "..bila kita boleh jumpa lagi?.." <<
5 comments