Beberapa malam yang lepas, aku terbuang layout blog aku kat customize. Haha. Aku nak letak benda lain dan secara tidak sengaja dan tidak berfikir panjang aku terbuang lah layout blog aku 2. Hehe. Terkedu sekejap masa 2.
*ok gambar ni tipu jer!
Patutlah masa aku view blog aku semuanya jadi warna putih jer. Aku pelik gak, apasal nie? Lepas selidik punya selidik, oh patutlah!
Aku pun terus lah mencari2 layout blog aku. Cari punya cari, terjumpalah yg korang nampak ni. Nak pilih layout blog ini pun bukannya senang, Mau nya dekat setengah jam jugak lah aku memilih mana2 yang berkenan di hati. Tapi ini pun aku tak berapa nak suka sangat tapi untuk masa ini biarlah dulu
Entah macam mana aku pun terpikir. Blog aku bakal berusia setahun dalam masa beberapa hari lagi. Wah, dah setahun lah! My baby dah boleh jalan dah kot! Haha. So aku decide nak tukar mana2 yang aku rasa aku nak tukar. Hehe. Tengoklah nanti.
Aku pun rasa nak tukar link blog aku ni tapi setakat ini tak ada lagi perkataan-perkataan yg mampu menarik perhatian aku. Nantilah aku nak tanya sesape. Maybe diorang boleh bagi idea kot! Hehe
Aku rasa itu sahajalah setakat ini. Ada apa2 nanti, aku update lagi ok!
p/s : kawan2, tolonglah sumbangkan beberapa tajuk lagu yang anda rasa tengah hot sekarang ini ok?
Tetiba rasa nak upload gambar nie sebab masa ni dorang gelak2 tanpa sedar yang aku dah amik gmbar ini. So happening!
Lokasi kejadian : betul2 depan SMK Dato' Razali Ismail aka SMK Bandar. Masa ini ada kem selama 3 hari berturut-turut. Orang lain boleh balik rumah masa ini tapi kitorang dipanggil untuk mengikuti ke kem ini. Oh ya! Tengah lepak2 atas jalan raya sebab tunggu Pok Yie amik kitorang balik asrama. Wua! Rindu giler kat korang semua
1 comments