Serabut!!!

By Mysara Newrie - Sunday, January 24, 2010

Aku tak sangka apa yang aku buat selama ini menimbulkan perasaa kurang senang kau. Sumpah! Aku tak tahu pun!
Aku ingatkan dengan melakukan perkara tersebut mungkin dapat menghiburkan kau serba-sedikit. Tapi apa yang aku harapkan tidak menjadi.
Malah kau lebih agresif dan mula rasa menyampah dan benci dengan aku. Kenapa aku tak sedar selama ini??
Sebenarnya aku mengaku aku dah lama sedar. Tapi aku berfikir mungkin kau masih perlukan ianya lagi. Sebab itu aku masih tidak berganjak dengan keputusan aku. Malah aku tetap dengan niat aku untuk teruskan jugak.
Tapi kejadian tadi benar-benar telah menyedarkan aku bahawa apa yang aku buat selama ini yang aku fikir mungkin dapat menggembirakan hati kau telah salah sama sekali. Rupa-rupanya kau serabut dengan perkara tersebut.
Di kesempatan ini aku mengambil keputusan untuk berhenti dari melakukan perkara tersebut. Mungkin dengan tindakan aku ini, dapat mengurangkan rasa marah dan serabut kau kepada ku.
Aku juga ingin meminta maaf kerana telah menyusahkan kau selama ini.
Maaf kan aku ~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
********************************************************

.

.

.

.

.

Haha. Serius giler kan apa yang aku tulis tadi? Haha. Act ayat-ayat yang korang baca tadi adalah lahir dari otak benak fikiran aku semasa ingin menaip entry ini. It just come then I trasformed it into words! Hehe
Sebenarnya perkara yang dimaksudkan di awal entry ini ialah bukannya serius sangat pun. Small the pieces lah! Hehe
Sebenarnya aku dah buang music aku kat blog ini. Mula-mula aku letak music dengan niat untuk hiburkan korang lah yg mungkin sedang baca blog aku *ehem2, ada ker?? ~ atau yang sedang berblogwalking.
Tapi ada something happen yang telah menyedarkan aku bahawa kehadiran music di blog aku telah dan benar-benar mengacau ketenteraman korang untuk baca blog aku. So dengan langkah drastiknya, aku telah buangkan music dari blog aku! Haha
Ok kawan-kawan! Enjoylah kamu semua dengan membaca blog saya dan berblogwalking! Maafkan saya sebab music tersebut telah mengacau kamu semua ~
Adios amigos! Hehe

  • Share:

You Might Also Like

10 comments