Salam. Hari ini aku agak sedih jugak lah cam tak ada respon je pasal mimpi aku 2. Haha. Aku taw tak da sape nak layan perangai jiwang aku nie tapi bila sedih2 atau ada masalah, aku jugak yg dicari! Owh! Itu memang tidak adil! *tak kesah lah, niat di hati sebab nak tengok kawan jd happy balik. 2 jer. Hehe
Hari 2 Iznie tag aku. Aku cakap nanti ar dulu sebab aku tengah buzy sgt skunk nie. Tak ada masa nak jawab tag 2. Then tadi Farah Syuhada lak cakap aku telah di tag. Aduyai! Kenalah jawab. Dah ada orang bagi kite kenalah menerimanya. Haha.
tag itu cakap :
senaraikan 25 perkara yg anda buat mase kecik yg org len tak taw
taarrraaaa! Inilah die tuan empunya blog ini semasa muda2 dulu. Haha! Akhirnya rahsia ku semasa kecik2 dulu akan terbongkar.. ~ Huhu
01 ~ Masa ayah aku tengah drive kereta, aku *dengan niat yg mahu bersuka2 dengan ayah aku telah menutup mata ayah aku dan berkata "..aucakk..!!" Lepas 2 satu kereta bising sambil tarik tangan aku. Mak aku lak dah bising. Haha. Giler punyer kerja.
02 ~ Aku masuk dalam tandas lelaki lepas 2 celup tangan aku dalam mangkuk tempat org lelaki kencing berdiri 2. Aku tengok ada air dalam mangkuk 2 so aku main2 lah dengan air 2. Bila ayah aku tengok, cepat2 dier tarik tangan aku dan basuh bersih2 tangan aku 2. Mak aku? Bising lagi. Haha
03 ~ Pagi raya. Aku tengok ayah aku bercukur dan letak pencukur 2 kat tandas. Aku pown amik pencukur 2 dan cukur kening aku. Bila mak aku tengok, satu rumah bising. Yelah. Satu kening ada, satu lagi tak ada. Cacat kan? Dah lah pagi raya 2. Last2 mak aku lukis kening aku. Haha
Gambar pagi raya ketika kejadian aku mencukur kening ku! *sila tengok kening sebelah kiri
Location : Rumah tok
04 ~ Mak aku belikan Barbie Doll. Ayah aku pown sama jugak. Mula2 dapat Barbie Doll 2, jaga elok2 jer. Lama2 aku pown mula buat jahat. Aku bukak baju dier dan ajak dier mandi sekali dengan aku. Rambut Barbie Doll 2 pown jadi kusut-masai. Aku akan campak ke tepi dan cakap "..mama, nak beli Barbie Doll yang lain!!.."
05 ~ Caya tak aku cakap aku hisap ibu jari kanan aku? Sampai kecut2 ibu jari aku 2. Akibatnya? Hah! Gigi aku yg 2 batang kat depan 2 lah akibat dari menghisap ibu jari. Gigi Besar! Huh. Tapi aku suke sebab unik. Jarang2 je orang ada. Haha.
06 ~ Sebelum tidur, aku akan cari bantal2 yg best. Bantal2 yang best? Haha. Bantal kan ada 4 bucu kan? Aku akan cari mana2 bantal yg ada bucu yang 'sedap' untuk aku gentel2 kan sebelum aku tertidur. Haha. Aku pown tak taw kenapa aku buat macam 2
07 ~ Mak aku cakap dari dulu sampai sekarang aku sangat suke bergaya ketika bergambar. Bila amik gambar je ada je aku nak buat gaya. Itu lah ini lah. Haha. Dan sikap ini masih terbawa2 sehingga aku sudah besar sekarang. Hehe. Ada can nak masuk American Next Top Model nie. Haha
Location : Melaka!
08 ~ Sangat tidak suka makan! Bila time makan je mesti kena paksa. Bila mak aku campurkan nasi dengan sup, 10 minit kemudian mak aku akan bising sebab supnya dah tak ada tp nasi masih ada lagi dalam mangkuk. Haha
09 ~ Kat badan nie da banyak jugaklah parut2, kesan dari main mercun dan jatuh. Paling teruk pernah aku jatuh ialah bila main kejar2. Kawan aku terpijak kain baju kurung aku dan aku terjatuh. Dah jatuh 2 aku dengan dier sama2 terseret kat atas jalan raya. Haha. Muka aku penuh calar2 time 2. Bila ayah aku tanya kenapa, aku jawab "..kena gigit dengan nyamuk.." Bodoh punya jawapan. Tapi ayah aku dapat trace lah kelenting aku 2.
10 ~ Pernah kena kejar dengan anjing. Masa 2 tengah berangan2 lah sambil kayuh basikal. Aku taw dah rumah Cina 2 ada anjing tp aku wat rilex je lah sebab selama ini anjing 2 tak pernah kejar. Ntah camana 3 ekor anjing kejar aku. Masa tengah kejar 2, nasib baiklah jiran aku nmpak dan dier baling spanar dier kat anjing 2. Aku campak basikal aku terus masuk rumah. Haha. Berapa hari jugak lah aku tak keluar berbasikal. Takut lah.
11 ~ Masa Darjah 1, aku meniru masa exam. Aku mintak dengan kawan aku 2 sebab aku ingat exam ni boleh lah meniru kan? Kawan aku bagi lah kertas. Masa tengah sedap2 meniru 2, guru kelas aku *India dan perempuan tp tak ingat nama die datang kat aku dan PANGG!! berbekas dan kebas sekejap pipi aku hari 2. Haha. Kenangan terindah weh!
12 ~ Bukan nak berlagak ke apa taw. Tapi ramai cakap aku kiut masa aku kecik. Hehe. Nak2 time pakai skirt dan dengan gaya rambut Lady D aku 2. Haha. Memang ramai lah SA aku time 2. Haha. Tapi bila dah besar? Anda nilai lah sendiri ok? Haha
13 ~ Dulu2 aku pakai tudung masa tadika. Masuk Darjah 1 aku tak pakai tudung. Hehe. Lepas 2 kitorang pindah ke Besut Terengganu masa aku Darjah 5. Masa aku pergi sekolah 1st day, terkejut beroook aku sebab aku sorang je tak pakai tudung. Haha. Itulah titik permulaan dimana aku berjinak2 dengan tudung. Hehe
Sebelum nak pergi ke Tadika Yayasan Islam di Permint Jaya *betol ke tak nama sekolah nie?Location : Perkarangan rumah tok
14 ~ Seumur hidup aku, da sekali je parents aku buat birthday party untuk aku. Seingat aku lah ~ hehe. Masa 2 kitorang stay kat PD lagi. Haha. Memang bestlah masa 2 sebab hadiah banyak! Haha. Yang tak best kena kemas rumah. Lepas 2 langsung tak buat sampai sekarang. Huhu. Tapi aku tak kisah. Aku nie jenis yang tak demand sgt. Setakat wish dan hulur duit pown dah ok dah bagi aku.
15 ~ Jeng jeng jeng! Mula jatuh chenta masa aku Darjah 4. Haha. Masa 2 aku masuk pidato wakil sekolah. Team aku ada seorang senior aku. Aku ingat lagi nama dia Amirul Aftar. Haha. Aku dengan kawan2 aku panggil die AA jer sebab awek dier *act bukan awek tp cuma gosip jer nama Achenta. Haha. Pantang ada masa aku dengan kawan2 aku akan kira nama aku dan AA nie. Alah, yang kira huruf A ada berapa, huruf B ada berapa sampailah ke huruf Z. Then tambahkan nombor2 2 balik sampai tinggal 2 angka jer. Dua angka 2 lah yg melambangkan berapa peratus kita minat kat dier. Haha. Bengong kan?
16 ~ Aku rapat giler2 dengan sedara-mara aku. Kalau kitorang jumpa sure lah memang kecoh lah satu rumah. Nak2 kalau kitoranng kumpul ramai2 dan gelak sakan bersama2. Hampir 3 buah rumah jiran tok aku boleh dgr. Haha! Bila diorang dah balik memang sunyi jer. Hehe. Dan sampai sekarang aku dengan sedara-mara aku yang lain still masih macam dulu lagi. Haha.
16 ~ Aku rapat giler2 dengan sedara-mara aku. Kalau kitorang jumpa sure lah memang kecoh lah satu rumah. Nak2 kalau kitoranng kumpul ramai2 dan gelak sakan bersama2. Hampir 3 buah rumah jiran tok aku boleh dgr. Haha! Bila diorang dah balik memang sunyi jer. Hehe. Dan sampai sekarang aku dengan sedara-mara aku yang lain still masih macam dulu lagi. Haha.
Duapupu ku! From left ; Azrul, saya *ehem2x, maaf. seksi sikit adik ku dan Epy
Location : Kuala Terengganu, rumah tok aku!
Location : Kuala Terengganu, rumah tok aku!
17 ~ Ada satu teddy bear yg kecik jer. Teddy bear nie aku suka sangat2 gentel kat bahagian perut dier. Akibatnya mulalah 'isi perut' teddy bear 2 terburai. Mak aku pown akan jahit dan aku kan gentel semula dan 'isi perut' dier terkeluar lagik. Haha. Ada sekali 2 aku tertinggal teddy bear aku kat Pekan, rumah pak sedara mak aku. Bila dapat tahu, aku merengek2 dalam kereta dan ayah aku terpaksa patah balik ke Pekan semata2 nak amik teddy bear 2. Haha. Memang kejam giler! Dan bila mak aku basuh teddy bear 2, aku akan amik balik teddy bear 2 kat ampaian walaupun tak kering lagi. Hehe
Teddy bear, aku dan ayah ku!
Location : Butterworth, Penang!
Location : Butterworth, Penang!
18 ~ Aku suke sangat hisap botol susu. Dalam botol susu 2 lah macam2 air pernah aku minum. Especially air milo dan air susu. Haha. Dah habis minum aku suke sangat gigit puting botol susu 2 sampai die pecah. Haha. Lepas aku puas hati aku kan campak botol susu. Bila nak guna botol susu balik, mula lah tercari2 botol susu 2 balik. Tapi bukan aku yang carilah. Hehe
19 ~ Dulu sangat alergik dengan makanan laut! Kalau makan kerang, 3minit lepas 2 mulalah tergaru2 dekat tangan, mata dan hidung. Yup! Aku ada resdung lah ~ Tapi sekarang ini dah tak ada alergik 2. Semua seafood aku bantai dan makan! Haha. Aku paling suka makan udang dan sotong. Owh, sungguh mengasyikkan! Dan aku juga suka makan aiskrim. Haha. Satu kon aiskrim Cornetto 2 aku nak makan untuk aku sorang je. Tak nak dah kongsi dengan orang lain. Habis lah jugak. Tapi habis baju aku 2 lepas aku makan aiskrim. Haha.
20 ~ Yang nie mesti korang tak boleh bayangkan. Masa 2 dalam kereta. Ayah aku buka tingkap kereta. Seingat aku lah, masa 2 kitorang on da way dari Butterworth ke Kuala Terengganu. Then ada kesesakkan lalu lintas. Aku ni nak jugak tahu benda apa yg berlaku kat depan 2. So aku pun keluarkan kepala aku. Entah macamana entah hilang pertimbangan, aku jatuh ikut tingkap yang aku intai 2. Parents aku memang terkejut giler ar. Orang sekeliling semuanya panik tahap babun sebab ada budak jatuh. Budak 2 aku lah kan? Haha. Nasib baiklah tak teruk sangat sebab aku hanya cedera kat dahi jer. Haha.
21 ~ Masa kecik2 lagi, rambut aku nie jarang2 je. Kalau orang tak tahu, mesti orang ingat aku lelaki sebab tak ada rambut. Sebab 2 setiap kali nak pergi keluar, mak aku akan pakaikan aku dengan topi sebab nak bagitaw "..aku wanita, aku kaum hawa!.." *sila nyanyi ikut lagu Siti Nurhaliza. Haha. Dan seingat aku, aku tak pernah pakai seluar masa kecik2 dulu. Mesti pakai skirt atau gaun. Haha. Ayu gitu!
Location : Kota A Famosa Melaka
22 ~ Mudah sangat terikut2 dengan orang lain. Contohnya lah, masa aku pergi Melaka, aku tengok ramai orang pakai topi dan sunglazz. Haha. Biasalah, pelancongkan? Nak lindungkan kepala dari panas dan mata dari silau. Aku pun apa lagi. Nak jugak! Nak jugak! Haha. Parents aku pun belikan untuk aku. Hehe. Memang rasa cam megah ar time 2. Haha
Aku rasa setakat 2 je kot yang mampu aku ingat. 2 pun kena tengok gambar2 nie baru lah aku ingat satu-persatu. Haih, jenuh kepala otak aku berpikir. Haha. Anyway, memang rindu giler masa zaman aku muda dulu. Yelah, masa 2 aku bebas nak buat apa sahaja. Dunia aku hanya bersuka ria dan bergelak ketawa.
Masa aku tengah sibuk pilih gambar tadi, aku dengan mak aku gelak2 sebab tengok gmbar2 masa aku dan mak aku masa muda2 dulu. Haha. Mak aku cakap "..Nakal betul masa kecik. Mu nie tak banyak cakap tapi suke buat perangai. Tak boleh nak duduk diam.." Haha. Agaknya betullah 2 apa yg mak aku cakap. Tapi ada sedikit pembetulan sikit "..aku nie nakal, suka buat perangai dan bannnnnyyyyyyaaaaaakkkkkkkkkk cakkkkappppp.." Haha
8 comments