Salam. Tadi jalan2 kat blog bezfren ku, Cik Azreen Malek aka Wiwin *nama glamor dier, huh! Entah camana entah die post satu entry yg ada err cam puisi or something like that lah ~ da plak dier mention nama aku. Wiwin, aku taw lah aku ni kuat berjiwang tapi jangan lah mention nama I pulak! Jatuh saham I taw. Hehe. *gelak malu2 weh!
So aku copy and paste benda alah 2. Sapa nak berjiwang dengan saya 2, jum jum kite menghayati bersama
Ketika perempuan menangis
pujuk la dia...
Ketika perempuan berkata ketika itu dia lemah
berikanlah dia kata semangat...
Ketika perempuan mengaku dia tidak bahagia
berusahalah semahumu membahagiakan nya..
Ketika perempuan masih mengharapkan kamu
hargailah dia...
Ketika perempuan sudah berputus harapan terhadap kamu
sila pergi jauh dari hidupnya...
Kerana kau hanya akan menyeksa hati
jiwa dan dirinya walau hanya dengan sepatah perkataan pun
perempuan mudah untuk berfikiran negatif,
jadi
pujuk la dia...
Ketika perempuan berkata ketika itu dia lemah
berikanlah dia kata semangat...
Ketika perempuan mengaku dia tidak bahagia
berusahalah semahumu membahagiakan nya..
Ketika perempuan masih mengharapkan kamu
hargailah dia...
Ketika perempuan sudah berputus harapan terhadap kamu
sila pergi jauh dari hidupnya...
Kerana kau hanya akan menyeksa hati
jiwa dan dirinya walau hanya dengan sepatah perkataan pun
perempuan mudah untuk berfikiran negatif,
jadi
peranan lelaki adalah untuk
positifkan fikiran perempuan..
Hari ini sudah 15 Januari 2010. Dah sampai ke pertengahan bulan Januari sudah pun. Rasanya baru semalam kita sama countdown tahun baru kan? *aku tak buat countdown pun! Malas! Haha. Bermakna lagi 16 hari lagi aku kena bekerja dan dan dan aku akan terima gaji pertama aku! Huahuahua! Bangga weh dapat duit atas hasil titik peluh kita! Haha *err act tak ada lah peluh sgt pun jaga kedai 2. Hehe.
Tapi habis bulan Januari bermakna makin dekatlah dengan results SPM! Owh Tidakk!! Aku takutlah bila terpikir pasal results SPM. Aku takut aku akan fail macam Ujian Teori Berkomputer aku baru2 nie. Ok ok. Aku fail untuk kali pertama. Tapi aku amik for the 2nd time dan results nya ialah
*wah, bangga weh! Haha
Macam mana pun, aku akan tetap berdoa moga2 results SPM aku tak teruk.
"..Ya Allah, Kau berilah kami keputusan yang terbaik. Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah. Setidak-tidaknya Engkau berikan lah kami lulus Ya Allah dan janganlah Engkau berikan kegagalan.." Amin ~
Cakap pasal gaji, aku dengan Baby *kazen aku Siew Ting dan Gim May *teman sekerja aku dah start dah buat list nak buat apa dengan gaji kitorang. Haha. Tapi yang lebih teruja mestilah diorang bertiga sebab gaji diorang lebih tinggi dari aku. Aku buat part time jer. Hehe. Cukuplah 2 weh! Tak mau tamak-tamak! Haha. Tengoklah nanti aku nak buat apa dengan gaji aku 2. Maybe aku akan beli sandal dan kasut, beli baju sehelai dua, belanja family aku makan. Yang lain-lain tertakluk kepada keadaan semasa. Haha. Owh ya! Tak lupa jugak kepada Teh Herba Orang Kampung! Aku akan beli engkau sebab aku akan jadi kurus setelah minum engkau selama stok engkau masih ada. Haha. The Results after drink that tea is *aku tak mau cakap. Haha
Dah lama dah aku beli Garnier Pure Self-Heating Sauna Mask 2 tapi bilah nak pakai. Haha. Wah macam mak datin gitu. Haha
Sebelum aku mengakhiri entry kali ini, aku nak tanya korang semua nie Sapa die tahu nama dan tajuk lagu bagi lagu ini? Aku tak berapa ingat sangat lah lirik2 lagu itu tapi antara yg aku dapat tangkap ialah
mana janji mu mau sehidup semati
then die jugak ada sebut
akulah sementan
akulah sementan
*pebenda sementan 2?
Lagu ini selalu keluar kat Hotfm dan agak malang juga kerna aku tak dan jugak nak taw sape penyanyi dan tajuk lagu dier Huhu. Dan sapa tahu kat mana nak download lagu? Sila2 bagi link kat saya! Stok lagu saya sudah basi dengan lagu2 lama!
Sekian, wassalam.. ~
*post kali ini penuh dengan kartun2 yang bergerak. Haha. Tetiba rasa teruja bila tengok kartun yg comel sedang bergerak2. Haha
6 comments