Lesen Hantu??

By Mysara Newrie - Friday, January 29, 2010

Salam. Memandangkan hari Selasa baru-baru ini aku off day, so aku mengambil kesempatan dengan tidur lambat dan bangun lamabt. Haha. Bukannya senang nak buat macam 2 taw sebab jadual harian aku makin padat! Huhu


Pagi Selasa, masa aku tengah syok-syok tidur, aku dapat rasa handphone nombor Maxis aku bergetar. "..alah, sapa die yang call nie??.." *aku jarang-jarang je guna nombor Maxis sebab kredit cepat tamat tempoh! Haha! Dengan mata yang nak buka tak nak buka dan suara yang serak-serak basah ala-ala Ella, aku pun angkat. Owh, rupa-rupanya Nik, kawan aku yang baru kenal masa belajar driving kat GSA hari tue. Die tanyalah pasal lesen L aku tapi aku jawab tak dapat lagi. Then mulalah aku dengan dier melalut tak tentu pasal.


Aku tengok jam "..baru pukul 10.15.." Haha. Lewat giler bangun tidur kan? Kalau lah si Nik tue tak call aku rasa mau dekat pukul 11 aku bangun. Bangun tidur dan jumpa dengan mak aku. Aku baru nak cakap kat mak aku pasal masalah Nik *private conversation! tak boleh nak cakap kat sini! Haha Tapi terbantut sebab mak aku tengah call office GSA. And guess what??


"..Oh, Maisarah dah dapat dah Lesen L. Baru je sampai tadi. Boleh lah datang ambik dan arrange kan jadual belajar nanti.."

MyEm0.Com



Oh yeay! Berbunga-bunga hati aku masa 2! Sukalah weh dah dapat lesen L! Hehe. Tengahari sikit 2, aku dan mak aku geraklah ke GSA. Dekat je dengan rumah. Dalam perjalanan 2, aku mulalah sibuk hantar mesej dengan kazen aku, Baby dan kawan-kawan seperjuangan aku dalam menunggu lesen kereta dan motor. Haha


Lepas dah dapat jadual memandu, balik rumah. Aku tenung-tenung lesen L aku. Pergh! Mengancam giler muka aku! Haha. Nak tengok? Nah, korang tengok lah sendiri


Owh sangat-sangat hot!!

Aku tahu aku ni unik sebab aku tahu tak ada orang pun kat muka bumi ini ada muka macam aku kan? Hehe

Yang paling aku nak gelak ialah, tue tue tue! Tengok tue! Tengok bulatan merah yang aku bulatkan 2. Pakai stepler je weh nak laminate aku punya lesen! Haha. Memang khidmat anda terbaekk lah! Haha. *Err ~ lesen L ni buat sementara je kan??

Aku rasa setakat 2 je kot. Sebenarnya, lepas aku dapat lesen L nie aku ada buat satu projek baeekkkk punyer! Memang mendapat sambutan mengalakkanlah dari satu kampung aku. Tetiba je aku rasa Famous Amos! Haha.

Tapi aku tak boleh nak update sebab ada sebablah! Tak kan itu pun nak taw! Hish, nakal taw! Hehe.

Ok! Itu sahaja

MyEm0.Com

p/s : Sudah dapat lesen L menandakan jadual harian aku akan teramat-amat padat. Lepas balik kerja terus pergi belajar memandu. Letih lah dik oii!

MyEm0.Com

  • Share:

You Might Also Like

8 comments