[Search]

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Friday, November 30, 2012

Day 6 - A Song To Match Your Mood


Assalamualaikum


Selamat pagi semua :) Malam tadi pukul 1 tidur, pukul 5.30 pagi bangun. Aku rasa normal HAHA :D


Okay mari kita sambungkan permainan yang tak rasmi aku nie -__-



Okay ~ Tak payah fikir panjang, aku terus fikir lagu Beggin by Madcon sebab sekarang ni aku rasa mood aku macam okay dan bersemangat sebab masih awal pagi lagi.




Pergh ~ tiap kali aku dengar lagu ni mesti aku rasa macam bersemangat. Ada sekali tue, dekat Kota Kinabalu, aku nak cek rate jantung aku berapa lah untuk pemeriksaan kesihatan percuma dekat City Mall


Akak kaunter tu dah try banyak kali untuk cek tapi tak jadi selalu. Sekali tetiba ada orang pasang lagu Beggin ni dekat area legar shopping complex tue. Terus jadi yoo dan resultsnya rate jantung aku laju giler HAHA :D


Act aku dengar lagu ni masa kawan aku tunjukkan video hasil kompilasi semua gambar-gambar aktiviti kolej kitorang. Masa tu 1st time aku dengar lagu Beggin ni sebab kawan aku jadikan lagu ni sebagai latar untuk video tue. So masa tu aku dah macam suka giler lagu nie tapi tak tahu tajuk lagu dia apa


Sekali masa aku tengah lepak dengan Shiro, dia pun ada lagu ni. Haaa apa lagi! Terus lah aku bluetooth dengan dia lagu Beggin ni dan sampai sekarang kot kalau aku dengar lagu nie, mesti aku jadi semangat. Kalau tetiba mengantuk, pasang lagu ni terus jadi macam segar sikit lah ~ 


Dah nak tulis apa yer? Aku rasa macam ada nak tulis something tapi lupe HAHA :D


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Thursday, November 29, 2012

Isu Pasal Clearance, Kad Siswa 1Malaysia dan Kemasukkan Degree


Assalamualaikum


Semalam, awal giler aku bangun. Ehem ~ nak bagitahu, Alhamdulillah sekarang ni aku dah tak ada masalah tidur langsung! HAHA :D Pukul 9 atau pukul 10 aku dah menguap macam singa dah. So ke katil lah jawabnya dan bangun awal pagi dengan sendiri tanpa ada paksaan HAHA :D Yeay! :D Aku rasa normal! HAHA :D


Dipendekkan cerita pukul 9 pagi aku dengan mama pergi bertolak ke Dungun dengan satu tujuan dan satu harapan. HAHA :D Panggg! Ayat memang nak kena penampor je. Sepanjang nak ke Dungun tu, macam-macam lah berlaku antara aku dengan mak aku dalam kereta, biasalah daughter to mother HAHA :D


Sampai dekat Dungun, terus pergi breakfast dulu jap dekat Kedai Pagar Kuning. Kedai ni femes okay even aku pun dah banyak kali terserempak dengan lecturer-lecturer aku kalau tengah makan. Even kawan-kawan aku pun cakap makanan dekat kedai ni sedap.


Dan aku tak tahu apa nama kedai dia dan sebab tu memandai je aku letak nama kedai dia 'Kedai Pagar Kuning' kerana sebabnya sudah tertulis dekat namanya dan perlu ke aku nyatakan sebabnya kalau korang dah tahu sebabnya? Pening jap baca ayat sama banyak kali yang berakhir dengan bab bab bab bab bab  je HAHA :D



Isu pasal Clearance

Mula-mula aku pergi ke Hah Ehwal Akademik (HEA) dulu untuk tanya pasal clearance. Akak tu cakap "Okay sekarang ni clearance dah boleh buat pakai online je. Adik cari dekat Google dan settlekan pasal clearance tue sebab atleast awak yang duduk jauh-jauh tak payah lah datang Dungun"

Aku : Kalau yang ada saman tu, macam mana kak? 
Akak : Awak datang lah ke Dungun untuk settlekan tapi macam yang akak cakap tadilah, kalau awak duduk jauh, awak mintak tolonglah kawan awak yang masih dekat sini bayarkan untuk awak dan lepas tu awak bayar balik dekat dia. Tapi apa-apa pun, awak kena cek lah dulu awak ada saman ke tak. Contoh, kalau awak ada saman dengan library, cek dengan library dulu ada ke tak saman atas nama awak


Okay kemudian aku pun amik sijil Dekan aku yang Part 4. Pelik aku, yang Part 3 punya sijil Dekan tak jumpa-jumpa lagi sampai sekarang. Masa Part 3, kita exam bulan berapa yer? Guys, help me. Sijil Dekan Part 5 tak sampai lagi


Bagi aku, terpulang kepada korang lah nak datang Dungun atau tidak sebab tak nak datang, tak kisah sebab dah boleh buat online. Kalau nak datang, punnnnnnnnnnnnn tak pe sebab atleast korang boleh pergi HEA, HEP, Library, Pejabat Polis Bantuan (PB) sebab nak dapatkan apa-apa sijil ke, nak settlekan pasal saman ke dan yang penting sekali, boleh buat mini reunion ke dengan kawan-kawan korang kan? So depends pada diri sendiri lah macam mana :)


Dan ini adalah link kepada clearance online yang aku cakapkan tadi. Klik SINI dan aku harap kawan-kawan boleh sebarkan kepada kawan-kawan yang lain sebab aku rasa tak ramai yang tahu pasal nie. Website clearance ni khas untuk student UiTM Terengganu sahaja! UiTM lain kita tak tahu lah :p


Tapi website tu akan dibuka pada Januari 2013 sebab sekarang ni kan tengah berlangsungnya Konvokesyen UiTM yang ke 77. So sabar yer kawan-kawan? Tahun depan ~ tahun depan baru buat clearance :)



Isu pasal Kad Siswa 1Malaysia

Kemudian, jeng jeng jeng ~ perkara yang paling penting yang buat aku pergi ke Dungun jugak dalam keadaan yang tak berapa nak sihat sebab baru lepas baik demam! THIS!

Kad Siswa Pelajar! :D

Yeay yeay yeay! Dah dapat Kad Diskaun Pelajar! HAHA :D Yeay yeay yeay! Happynya kitaaaaaaaaa! Even though dah tahu tak banyak kedai yang participate dengan kad diskaun ni but atleast ada jugaklah manfaatnya kan untuk kita as a student kan? 


Okay sebenarnya aku hairan giler bila ada yang masih tak tahu apa itu kad siswa. Oh my ~ where have you been dude? Mana kau hilang sekarang nie? Kad siswa ni aku rasa semua orang dah kecoh dan semua orang tahu dan how come kau tak tahu? Dude ~ wake up! :O


Kalau korang nak tahu info lebih lanjut pasal kad siswa, kedai mana yang boleh kita gunakan kad siswa, berapa diskaun yang kita dapat dan macam-macam lagi info dan maklumat pasal kad diskaun, boleh klik dekat SINI dan klik je lah dekat tab menu dekat atas tu untuk menjawab segala persoalan korang :)


Macam mana nak dapatkan Kad Siswa?

Okay dekat sini aku nak bagitau cara-cara nak dapatkan kad siswa sebab kang aku takut ada yang pergi tapi banyak kali kerja nak kena buat. First thing first, korang kenalah download borang yang mengesahkan korang memang layak untuk dapat kad nie sebab dekat borang tu ada num siri yang dah dikhaskan untuk korang. So tak ada borang, tak ada num siri = tak ada kad siswa untuk kau. Gituuu ~


Dekat mana nak dapatkan borang tue? Pergi dekat iKolej UiTM Dungun dan cari tajuk entry "Kad Siwa 1 Malaysia" dekat sebelah kiri macam yang aku tunjukkan dekat gambar bawah nie

Ikut anak panah yang aku tunjuk tu

Okay nampak tak? Tak nampak tekan gambar tu. Sekali lagi aku ingatkan, ni adalah procedure untuk budak-budak UiTM Dungun sahaja. UiTM lain, aku tak tahu sebab aku dengar lain caranya kan? So hehe ~ :B


Lepas dah download borang tue, isikan num pelajar korang dan tengok num siri tue dan printkan borang tue. Lepas dah print, turunkan tanda tangan korang dan bawak pergi ke Pejabat Bendahari UiTM Dungun, dekat dengan Dewan Aspirasi tue. Alaaa bangunan HEP yang lama tue. Tak kenal? Kalau aku sebut satu bangunan dengan ATM BSN tahu tak? HAHA :D


Num siri tu penting sebenarnya sebab setiap num siri tu mewakili pegawai bertugas yang berlainan dan mereka inilah yang pegang dan simpan kad siswa korang. Kalau tak ada num siri, kau tak kan tahu kad kau dengan siapa. Okay faham?

Tiliklah num siri korang dalam lingkungan yang mana :p
Fuh ~ debor aku takut-takut akak yang simpan kad tu tak bagi aku amik gambar dekat atas ni tapi nasib baik dia bagi lepas aku mintak kebenaran dari dia :) Yelah ~ sebab aku fikir pasal korang, nak memudahkan kerja korang :)


Kalau korang nak amik kad siswa ni tapi tak ikut tarikh-tarikh seperti di atas pun boleh sebab akak dekat Pejabat Bendahari cakap boleh amik bila-bila masa je tapi korang kena WAJIB jugak bawak borang yang dah diprintkan tue. Tapi bagi aku, baik amik cepat-cepat sebab boleh diskaun! HAHA :D Tarikh luput kad siswa ini adalah Disember 2015


Dan please please pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeee tolong jangan lupa bawak kad pelajar korang semasa nak amik kad siswa nie! Tak bawak kad pelajar, atleast bawak IC pun takpe! Sebab in case kalau akak tu nak kan pengesahan, atleast korang ada buktikan? So apa salahnya nak bawak kan kan kan? 


Dan kalau nak guna kad siswa nie, kenalah bawak kad pelajar jugak? So yeah ~ simpankan dua ruang dalam beg duit anda untuk kad siswa dan kad pelajar! Kalau tak, tak dapatlah diskaun tue :p Hehe


Pasal results degree pulak, aku cek cek memang tak kan keluar lagi. Tak ada keluar tarikh yang dapat disahkan lagi so tunggu je lah dulu. Pasal bila kita nak berkonvo pulak, aku tak sure tapi rasanya maybe tahun depan bulan 5 kott ~ Pasal bila kita nak masuk degree pulak, maybe akhir bulan Feb sebab kita akan maybe ada MDS lagi (wah MDS HAHA :D dan start kelas pada awal bulan March. Itu sahaja yang mampu aku buat ramalan sendiri


Dan bagi mengesahkan samada ramalan aku ni benar belaka atau dusta belaka, aku pun Google dan terjumpalah Kalendar Akademik dan kan betul kan apa yang aku cakap? Hehe :)


Kalendar Akademik 
So mengikut tarikh dekat atas ni, kita dijangka akan masuk degree pada 23 Februari 2013. Tu je yang aku tahu, yang lain-lain aku tak tahu lagi. Huhu ~


Wallahualamm ~


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Tolong Guna Otak Sebelum Buat Apa-Apa!


Assalamualaikum


Malam tadi, lepas masak nasi goreng, terus aku duk menghadap TV nak tengok game Malaysia VS Laos sempena Piala AFF Suzuki nie. Hadoih haihh ~ kalaulah masa ni aku dekat U, mesti dah aku tengok bola dengan kawan-kawan aku. Lagi meriah tengok ramai-ramai sambil menjerit terpekik HAHA :D


Tahniah Malaysia sebab menang 4-1. Masin mulut mak aku yang cakap "Ni kalau dapat 3-1 ni pun bagus, tebus balik masa lawan Singapore" Alik alik dapat tembus 3 gol dan 1 lagi extra gol! Haha :D Bagus bagus! So lepas ni, Harimau Malaya, teruskan usaha anda, kuatkan semangat dan bermain dengan sepenuh hati anda yer?


Cuma bukan itu yang aku nak sentuh dan membebel pagi-pagi buta nie. Aku cuma nak sentuh pasal beberapa insiden yang selama ni dah banyak giler berlaku dekat FB dan jugak Twitter. Somehow aku rasakan dua social network ni je lah yang selalu macam panas dan meletup sikit dengan insiden-insiden yang bikin satu Malaysia panas

-________________________-"


Apo nak dikato? Apa nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang? Nak cari followers ramai ker? Attention seeker too much? Subhanallah ~ Adik adik ku, tolong bawak mengucap. Ingat Allah swt, ingat maruah diri dik ~ Sebelum buat apa-apa, tolong fikir dengan otak! Tolong fikir dengan otak!


Lepas dah teruk kena bash macam tue, tup tup muncullah ada yang mengatakan yang "Akaun ini telah di hack" Jujurlah, berapa orang dekat Malaysia ni yang nak percaya? Susah dikkk ~ Terlajak perahu boleh diundur, terlajar kata badan binasa. Betul ke tak eyh peribahasa aku nie? Aku ingat ingat lupa je nie. Correct me if I'm wrong



Kepada kawan-kawan yang memang suka jenis nak menghack orang je nie, dah tak ada cara lain ke nak kenakan member pun? Ni main-mainkan maruah die dengan orang ramai. Please lah ~ Guna otak sikit kalau nak buat apa-apa pun. Jangan main ikut sedap cakap je. Tak memasal kawan awak tu yang tak berdosa dapat maki hamun dari semua orang. Ada kau nak tanggung semua nie? Jawab lah kau dengan sana nanti


Dan kepada mangsa-mangsa yang kena hack tue, kalau betullah anda semua kena hack seperti di dakwa dengan akaun tue, tolong buat report polis atau tutup terus haaaa akaun tue. Sebab ini melibatkan maruah anda dan mungkin salah satu cara untuk anda bersihkan nama anda. Dengan cara itu, mungkin kami semua ; pengguna social network baru akan percaya yang memang betul akaun anda telah dihack. Jika tak, selagi itu kami masih akan percaya anda lah yang menulis status-status tue



Aku perhatikan, mostly budak-budak je yang selalu kena macam nie. Baru masuk sekolah menengah, baru nak kenal dunia. Please? Dulu masa aku Form 1, aku baru nak guna HP, tu pun berkongsi dengan adik aku. Dulu masa aku baru Darjah 5, aku duk main lagi benda alah getah sambil lompat-lompat duk menyanyi tue. Tapi budak-budak zaman sekarang? Fikirlah sendiri, dah boleh nampak dah dekat tepi kau sekarang nie


Memanglah "zaman dulu dengan sekarang dah lain kak!" Ye aku memang tahu tapi apa yang aku nak sampaikan dekat sini, tolong bertindak dengan otak. Jangan biarkan teknologi ni telan kau hidup-hidup dan kau tewas dengan dia. Tolonglah adik sayang. Awak tu bakal pemimpin negara. Tolonglah jaga diri awak tue baik-baik, fikir mak ayah awak tue. Jangan bertindak sesuka hati je


Bukan aku nak salahkan budak Darjah 6 pakai iPhone sebab yelah mungkin parents kau kaya dan mampu bagi kau kemewahan tapi cuba fikirlah ~ Budak 12 tahun pakai iPhone? Apa yang kau nak buat eyh? Hmm ~ Aku malas nak tulis sebab nak kasi korang berfikir. Nak kata guna GPS sebab nak memandu, lesen tak dapat lagi. Nak kata guna apa yer? Maaflah ~ application iPhone aku tak tahu sangat. Tapi kalau nak kata main games, PS3/PSP tu pun aku rasa macam dah memadai dah. PS3/PSP tu aku rasa macam boleh diterima lah oleh aku untuk budak Darjah 6 guna


So pokok pangkalnya, tolong guna otak sebelum buat apa-apa. Tolong fikir pasal mak ayah anda, fikirkan perasaan dia kalau benda-benda yang macam ni terjadi, tolong fikir pasal masa depan awak nanti kalau benda-benda yang macam ni terjadi. Tolong fikir fikir dan fikir. Fikirlah sampai masak-masak, sampai hangit pun takpe!


Agak-agak, dekat negara lain ada ke tak insiden seumpama macam ni terjadi? Atau dekat negara lain lagi teruk dari yang ini? Waallahualam ~



#PeringatanUntukDiriSendiri


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Wednesday, November 28, 2012

My Social Sites :)

Assalamualaikum


Tengah godek-godek blog, maka terhasillah benda nie. Aku tengok macam serabut je so aku ringkaskan jadi macam ni so nampaklah kemas sikit :) 


Suka tak? HAHA :D


Ada fanpage aku, twitter aku, instagram aku dan Google plus aku. Just click je benda tu dekat sidebar sebelah kanan aku tue. Aku tak paksa korang, nak follow, follow. Tak nak, sudahhh ~ 


Plus, meh lah follow aku dekat NuffnangX nie. Act aku tak tahu apa functionnya dengan NuffnangX ni dan apa keistimewaanya cuma apa salahnya cuba kan? Download apps ni dalam HP korang dan install. Lepas tu claim blog korang dekat website dorang. Papehal boleh rujuk tutorial Kak Ceeramoon pasal NuffnangX nie. Aku rujuk dia punya blog je :)


Peringatan ; aku tak pernah paksa korang untuk follow aku. Nak follow ke tak nak follow ke, suka hati korang. Tu je. Jangan pulak pergi report dekat mak korang cakap "Mak mak ~ akak ni paksa" Haaaaa ~ memang nak kena tarik rambut lah budak nie HAHA :D


Okay lapar. Nak cari maggi :E


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Friday, November 23, 2012

Day 5 - What Makes You Different From Everyone Else?


Assalamualaikum


Mari sambung lagi. Act aku tak sihat sebenarnya nie :/ Rasa nak muntah, angin naik. Nak makan tak ada selera tapi perut lapar.




Senang je jawapan aku ; pengalaman. Dalam hidup kita nie, tak semua orang pernah ada cerita yang sama dengan kita sebab Allah swt dah takdirkan sesuatu perkara yang berbeza antara kita satu sama lain. Dengan dugaan yang berlainan itu, itulah yang mematangkan kita dan itulah yang dipanggil sebagai pengalaman :)


Memanglah ada sesetengah perkara macam lebih kurang sama antara kita, macam putus cinta kan? Tapi cara kita dikecewakan, siapa yang dikecewakan dan sebagainya itulah yang berlainan. Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan dekat sini? Putus cinta ketika hari jadi kita dengan putus cinta semasa jawab final exam adalah tak sama walaupun pada dasarnya ianya adalah sama ; putus cinta


Jujurlah ~ sejak umur aku 16 tahun aku dah didedahkan dengan benda-benda yang macam tak sepatutnya seorang gadis Form 4 untuk hadapinya sebab benda tu too much for me. Yup ~ too much! Depan aku dengan mata kepala aku sendiri, aku nampak semuanya berlaku dan rasakan kepedihan tu semua. Benda tu terlalu dewasa untuk aku ketika tue


Sejak dari itu sampailah ke sekarang, benda yang sama asyik berlaku dan berlaku lagi. Walau sejauh mana pun aku lari, benda tu akan kejar jugak so whats the point aku lari kan? Slow slow aku hadapinya dengan tabah, hati yang tenang. Tiap kali benda yang sama berlaku ; satu je aku sematkan dalam fikiran aku ; macam mana nak selesaikan masalah nie sebab kalau aku biarkan dan duk bergaduh cari salah siapa, sampai ke sudah pun tak kan habis



Bila ada masalah, aku lebih suka gune pendekatan berbincang dari hati ke hati. Sebab aku benci bergaduh dan bising itu ini tapi tak ada jalan penyelesainya. Macam membazir masa sangat-sangat dan end up kita yang penat sebab bergaduh. Seriously, kalau bergaduh, memang badan jadi penat, stress tak tentu pasal. Nanti kita yang sakit hati sebab tak ada siapa nak dengar apa yang kita rasa. Masa tu mesti rasa nak meletup kan? 


Lepas tu, kalau ada masalah pape ke, aku selalu cuba set up kan minda aku untuk sentiasa berada dalam keadaan positif. Sebab aku tahu, Allah swt bagi dugaan dekat kita sebab Dia tahu kita mampu hadapiNya dan mesti mesti mesti ada hikmah di sebalik semua dugaan tue. Pasti ada! Tu lah yang aku ada duk sematkan dalam fikiran dari dulu sampai sekarang


Kadang-kadang kalau kawan-kawan aku duk cerita pasal masalah diorang dekat aku, pasal study ke, pasal awek/pakwe diorang ke, pasal family ke ; aku mesti bagi positifkan diorang balik sebab bagi aku, dugaan ni ada hikmahnya yang Allah nak bagi cuma tak sampai masa lagi. Tak tahu kenapa. Sebab dah terbiasa kot? Aku teringat lagi Angie pernah cakap dengan aku "Kau ni selalu fikir positif"


Aku selalu terfikir ; kalaulah masa aku umur 16 tahun tu aku tak didedahkan dengan benda-benda yang macam nie, aku tak kan jadi AKU seperti hari nie. Peristiwa tu buat aku totally change. Apa yang berubah tu, biarlah aku sorang je yang dapat rasa tapi yeah ~ I can feel the changes


Sebab tu aku cakap, perbezaan antara kita semua ; aku kau dia mereka kami adalah pengalaman. Pengalaman tu yang mendewasakan kita. Pengalaman tu yang menjadikan kau pada hari ni. Pengalaman tu yang mematangkan kau. Pengalaman tu yang buat kau jadi kuat. Pengalaman tu buat kau jadi lebih tabah. Semuanya kerana pengalaman


Kalau dalam life kita tak ada pengalaman, how come kau nak tahu kau ni kuat, tabah, matang? Bila ada masalah dalam hidup kau, bersyukur kepada Allah swt sebab kau antara orang yang terpilih untuk hadapi dugaan nie. Sebab kesannya akan bagi kau pengajaran yang baik, yang kau boleh bekal pada masa depan nanti.


Kadang-kadang kalau ada masalah, kita selalu fikir kan "Mampu ke aku nak hadapi semua nie? Macam mana aku nak hadapi nie? Apa yang aku nak buat nie" kan? Tapi percayalah cakap aku ; kau tak kan tahu kau kuat melainkan dengan hanya menjadi kuat sahaja pilihan yang kau ada



Dan pengalaman aku itulah yang membezakan antara aku dan engkau :)


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Wednesday, November 21, 2012

Day 4 - My Favorite Photograph of My Bestfriend

Assalamualaikum


Game kembali beraksi, hoyeah! :D



Sejujurnya, aku ada banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk giler gambar aku dengan kawan-kawan aku. Dah nama perempuan kan? Asal bosan dalam kelas, amik gambar. Asal masuk tandas, amik gambar. Asal nak makan cake dekat Hotel UiTM Dungun, amik gambar. Asal pergi Mesra Mall, amik gambar. Asal nak pergi kelas, amik gambar. Asal pergi pantai, amik gambar.


So boleh kau bayangkan tak betapa banyakkknya gambar? Dah sekali tu amik gambar, bukan sekeping je! Kadang-kadang sampai habis battery camera tau? Argh lantakk ~ asal semua orang puas hati :) HAHA :D


Dalam life aku, aku kawan dengan semua orang. Sebab tak rugi pun eyh kalau kawan dengan semua orang. The more, the merrier. Gitu ~ haha :D


So dekat sini korang akan tengok beberapa keping gambar yang mempunyai orang yang berbeza. Sebab dalam hati aku, diorang dah berjaya tempatkan diri mereka sebagai orang-orang yang palinggg aku sayang dan WAJIB datang kalau aku kahwin nanti HAHA :D Boleh pulak kan? -___-


Bukan bermakna yang tak ada dalam gambar tu, aku tak sayang. Aku sayang belaka eyh kawan-kawan aku cuma yang ni ada special place sikit dalam hati aku :)


Rindu korang :'/ Entah korang tu rindukan aku ke tak :'( Huaaaaaaaa!


Masa ceramah modul Part 2 :) HAHA :D

Masa ceramah In Person with Mejar Jen (B) Datuk Abdul Kadir :)

A day at Mid Valley dengan diorang :)

Family Day - Kami Ayam Merah HAHA :D

Berbuka puasa dengan diorang :)
Kaya bebenor masa part 1, every week bukak puasa dekat KFC -__- HAHA :D

Last picture after habis Final Exam Final Sem baru-baru nie :')

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Monday, November 19, 2012

Day 3 - My Idea of The Perfect First Date


Assalamualaikum


Bertangguh lagi permainan 30 Things aku tue -__- Lantok asalkan aku dapat buat sampai habis, pun sudeyy ~ 



Okay. Hmm ~ Ahhh ~ Tak tahu nak tulis apa sebab aku bukannya ada pakwe. Setakat ada crush dengan ex pakwe, adalah ~ HAHA :D Sejujurnya aku mengambil masa yang lama jugak untuk fikir sebab aku ada banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat perkara yang aku nak buat dengan orang yang tersayang nanti HAHA :D Tapi hanya yang satu perkara ini akan aku buat nanti, wajib!


As for me, kalau boleh lah kann, aku nak dia datang rumah aku, perkenalkan diri dia dan latar belakang dia kepada parents aku. Aku nak tengok dia macamana bila berdepan dengan parents aku dan seluruh kaum keluarga aku. Dan kedatangan dia ke rumah aku untuk berjumpa dengan parents aku adalah kehendak diri dia sendiri dan bukan atas desakan aku. Bagi aku, ini adalah cukup sempurna untuk satu langkah ke arah perhubungan yang halal :)


Simple as that kan? Memanglah cakap memang mudah tapi nak dibuatnya ; payah okay? Berdebar-debar, nervous, berpeluh-peluh. Yelah ~ nak jumpa dengan bakal keluarga mentua kan? So mestilah rasa tak duduk diam. But kenapa aku nak dia datang jumpa dengan parents aku?


Sebab bila dia nak bersama dengan aku, dia mesti bersama dengan keluarga aku jugak. Sebab aku sangat pentingkan keluarga aku esp parents aku. Aku tak nak nanti bila aku dah kahwin, hubungan aku dengan parents aku terputus macam tue. Aku tak nak nanti bakal suami aku ada masalah dengan keluarga aku. Aku tak nak nanti ada rasa canggung untuk mereka berjumpa. 


Apa yang aku nak ; bakal suami aku boleh hang out sesama dengan ayah aku, boleh duduk gelak-gelak dengan ayah aku, bakal suami aku nanti boleh layan karenah aku dengan mak aku yang suka jalan-jalan dan lepak dekat shopping mall berjam-jam lamanya, bakal suami aku boleh bergurau senda dengan parents aku dan seluruh kaum kerabat keluarga aku dan sebagainya.



Kenapa? Sebab bagi aku, once dia dah berkahwin dengan aku, dia pun kiranya akan berkahwin dengan semua kaum keluarga aku. Tu je. Plus, aku kan perempuan so mestilah berat untuk parents aku lepaskan aku kepada seorang lelaki baru yang bakal memikul tanggungjawab untuk pimpin dan jaga aku nanti. Jadi, aku nak dia yakinkan kepada semua kaum keluarga aku yang dia adalah lelaki yang benar-benar layak untuk memiliki aku. Ececehh ayat! HAHA :D



Dan Insyallah aku juga akan buat perkara yang sama dengan keluarga dia. Sebab nanti aku akan tinggal dengan keluarga dia. So aku pun cuba akan bina satu hubungan yang baik dengan keluarga dia. Aku pasti semua orang nak hubungan dia dengan keluarg mertua dia rapat dan mesra kan? So do I :)



Dan semua benda dekat atas ni berlaku atas kehendak diri dia sendiri, bukan sebab terpaksa. Macam contoh tengah makan dengan dia bersama kawan-kawan aku yang lain, tetiba dia cakap "Sayang I nak jumpa dengan parents you. Bila parents you free?" Bohh ~ boleh tersedak air teh o ais yang aku minum kalau dia cakap macam tu dan 1st reaction aku mesti akan "Eh you biar betul?!" HAHA :D


Bagi aku, bila dia yang dah tawarkan diri untuk datang berjumpa dengan parents aku, means dia dah bersedia untuk ke arah satu hubungan yang halal. Aku tak nak terlalu paksa dia sangat sebab nanti dia sendiri yang rasa tak selesa. Aku tak nak tue. Bagi aku, biar bakal suami aku nanti selesa berada dalam keluarga aku dan keluarga aku semuanya dapat terima dia dengan sebaik-baiknya :) 


Dan masa tu, barulah aku kan berasa bahagia. Jujurlah, tak ada perkara yang lebih membahagiakan kau selain daripada melihat orang yang paling kau sayang ; keluarga dan bakal suami kau tersenyum dan bergelak ketawa kegembiraan :)


Ya Allah, Kau makbulkan lah permintaan ku ini. Amin ~


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, November 18, 2012

Turn Your Instagram On! :D


Assalamualaikum


Instagram :)


Follow me :D Search je nama aku ; mysaranewrie or just simply click HERE


 
TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, November 17, 2012

In My Hand, Alhamdulillah :)


Assalamualaikum


"Awak nak apa?" 


Gulp! Terus rasa macam happy nak mampus bila ditujukan soalan yang begini. Act sebelum results keluar lagi, ayah aku dah tanya aku "Sara nak HP apa?" Dalam otak aku, aku sendiri blurr tak tahu nak HP apa tapi aku ada buat research dekat Google and tanya pendapat kawan-kawan aku pasal gadjet mana


Ramai suggest iPhone tapi sorry? Aku tak berminat dengan iPhone. Dont ask me why sebab entahlah ~ aku sendiri tak tahu apa dosa iPhone tu dengan aku sampaikan aku macam tak nak guna iPhone tue. Huhu ~


So after aku bagitahu dekat mama and ayah aku pasal results aku, diorang macam happy giler tapi aku macam wat lek wat cool je sebab kegembiraan tu dah berlaku pada saat aku tengok results lagi HAHA :D Ayah aku dah bising bising "Woo! Tingginya! Tahniah!" Mama pulak "Pandai anak mama"


Then after that, my dad asked that question and it takes so longggggggggggg for me to answer that. HAHA :D Sebab aku memang aim nak HP baru cuma aku tak tahu nak HP apa. So after a few suggestion(S) from my friends, googling this and there, reading the reviews, fikir macam-macam benda, ask the opinion from all the people that I knew (HAHA), so here I take this one ;



Kenapa amik S2 sedangkan ada yang keluar S3? Sebab aku dah berkenan dengan yang ni sejak aku tengok dia pada kali pertama. Nampak tak? Dah lama kan? So bolehlah dikatakan aku memang setia. HAHA :D Tak ada kaitan langsung! -__- Lagipun S3 macam besar sangat, kang susah pulak aku nak bawak ke hulu ke hilir. Yang S2 ni pun aku dah risau dah takut tak muat poket jeans -__-


Lagipun, kalau aku amik S3 ; harga lebih kurang sama dengan iPhone dan kawan-kawan aku cakap "Baik amik iPhone dari S3!" Masalahnya ; aku tak nak guna iPhone so here we goes ~ amik S2 pun cukup :)


Ni pun aku dah syukur alhamdulillah dah sangat-sangat sebab ayah aku belikan S2 dekat aku sebab aku ada jugak fikir yang HP ni mahal jugak tapi dah ayah aku cakap takpe sebab sebagai hadiah so yeah ~ lets take it! :D


Thank you mama! Thank you ayah! :D Hewhewhewhw ~


Tapi aku tak amik pape plan internet lagi sebab aku ingat just nak guna Wifi je mana-mana yang ada sebab aku kan dah ada broadband. Papehal pun ~ broadband aku tak kan TAKKAN stopkan perkhidmatan dia!  Tak ada broadband, tak ada entry baru dekat blog HAHA :D


So korang ada suggestion tak which internet plan yang macam bagus dan sesuai dengan status life aku seorang student? Sebab aku tak nak spend too much money on this credit-credit things sebab duit tu aku rasa aku boleh guna untuk banyak lagi benda selain dari credit-credit nie


And one more ; what are the important app yang memang WAJIB ada? Yang berguna pada korang selain dari FB, Tweet, Insta and Whats App? Contoh ; macam free map ker, free dictionary ker? Mind to share? :)


Adakah saya menjawab persoalan awak, wahai Cik Aiesha Amel? :)


     

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Friday, November 16, 2012

Mengubat Kekecewaan Skyfall ; 007


Assalamualaikum


Awal pagi 13 Nov aku dah dikejutkan adik aku sebab plan hari tu nak pergi KLCC sebab nak tengok wayang. Dah lahhhh malam tu lepas Subuh aku baru nak tidur dan dikejutkan oleh adik aku pada pukul 8 pagi adalah sebab besar kenapa ada eyebag bawah mata aku :/


After breakfast, kitorang terus siap-siap dan naik Rapid KL dekat Setiawangsa terus direct ke KLCC. Plannya ; aku dengan adik aku je. Last-last parents aku pun nak join HAHA :D Pun boleyy ~ the more the merrier! :D


Sampai dekat KLCC, terus pergi dekat wayang sebab nak amik tiket sebab sebelum pergi, ayah aku dah booking online. So aku nak tengok Skyfall, cerita James Bond tue



Urgh ~ cerita ni bagi aku macam kurang aksi lah! :O Tak best sebab tak ada lawan-lawan dan gadjet yang macam boleh impress kita macam filem-filem yang sebelum-sebelum nie. Dah lah aku pulak dengan tak cukup tidur ; 1st time kott aku tertidur dalam wayang! :O


Tapi lagu tema dia ; Skyfall nyanyian Adele memang sedappp :) Bila dapat tahu Adele yang nyanyi lagu Skyfall, spontan aku dengan adik aku cakap "Oh Adele! Patutlah sedap!" HAHA :D


Cerita dalam wayang pulak. Adalah orang sebelah aku ; seorang lelaki dengan 3 orang perempuan duk pot pet pot pet macam bertih jagung. Dari start movie sampai habis ; duk cakap dan tak pedulikan dah orang lain nie. Orang belakang aku pulak ; a family with their children. Yang kelakarnya ; masa mula-mula masuk, mak dia speaking London you olls! Speaking macam orang puteh betul-betul lah sebab marahkan anak die yang tak nak duduk and apatah lagi masalah dia HAHA :D


Sekali dalam duk mak die pot pet pot pet dalam English Language, marah dekat anak die, sekali anak die menjerit "Mana aiyak (air) Nordin?!" Satu wayang kot dengar. Aku dengan adik aku duk depan dorang ni dah duk tahan gelak macam hape dah. Lahh ~ orang utara rupanya! Aku ingatkan orang puteh mana tadi HAHA :D


So after dah tengok wayang, sekali ayah aku text suruh cepat sebab family Cik Duan dah sampai. ARHHHHHHHHH terus rushing pergi jumpa dorang! :D Yeayy! Dapat kumpul lagi macam hari tu walaupun tak ada Makdek dan Aishah. Alahai kami berlima ni pun dah kecoh macam hapeee -__-

Yeay ~ gather bersama mereka! :D

From left ; Aiman, Azrul, Hakim and Epy :)

Bayangkan lah ~ dekat tengah-tengah Suria KLCC tu, boleh pulakkan, kitorang berlima duk menjerit-jerit macam hape sebab masa tu kitorang berlainan tingkat. Diorang dekat Floor 2 dan aku dengan adik aku dekat Floor 3. Lepas tu menjerit "Hoi! Hoi!" HAHA :D


Tak faham? Nahh tengok gambar bawah nie

HAHA :D Comel dokk aku lukis nie? HAHA :D Macam hapee -__-

So lepas tu duk jalan-jalan dekat Suria KLCC. Kitorang borak-borak dan after that, kitorang semua gerak pergi ke Wangsa Walk sebab masing-masing macam dah gian nak karaoke HAHA :D Dekat Superstar punya karaoke tu, macam okay lah kot ~ Cuma bilik karaoke yang sempit atau kitorang yang pakat masuk bilik tu sampai 7 orang? HAHA :D


Tak ada gambar dan video di rakamkan sebab masing-masing macam dah tak kisah dah asalkan nak karaoke jugak! :D


Pukul 10 malam tu, dah habis karaoke. Lepas tu masing-masing dah mengadu perut lapar. Aku lagi lah ~ pagi tu je makan. Tengahari makan/minum sup kosong sahaja! Memang perut dah masuk angin dah masa tue -___-


So last-last kitorang pergi Restoran NZ Curry House tu ~ Alaaaa yang dekat area Wangsa Walk tu, so dekat je lah ~ Kitorang makan-makan then lepas tu borak-borak. Tau tak kitorang borak pasal apa? Pasal artis Malaysia! HAHA :D Tak boleh blah betul tajuk mesti nak up to date HAHA :D

Hakim and Aiman :)

Azrul, me and Epy :)
Then dalam pukul 11 malam, masing-masing pun balikk :) Overall, nasib baik ada diorang untuk hangout dan berkaraoke macam hape. Macam biasa ; lagu Dancing Queen menjadi lagu tema kitorang semua kalau berkaraoke sebab kitorang akan menyanyi (atau erti kata lain ; menjerit) dalam bilik karaoke puas-puas :)


Balik je dari keluar dengan diorang, tetiba aku dapat mesej macam ni dekat shoutbox aku ; 



Okay siapa awak wahai anonymous? Reveal yourself or I will tell her girlfriend! HAHA :D


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Wednesday, November 14, 2012

Day 2 - My Favorite Movie


Assalamualaikum


Okay berbalik kepada permainanan 3o Things tu. Semalam tak sempat nak update sebab sepanjang hari aku duk melepak dekat Suria KLCC dengan Wangsa Walk. Hani cakap "Ambui sejak dah duduk KL nie, asyik berjalan je kau yer?" HAHA :D




Memang ada banyak movie dekat negara kita nie, luar dan dalam negara. Aku ni jenis macam tengok dan macam layan macam-macam tu je lah ~ 


Aku suka tengok cerita komedi, cinta-cinta sikit, cerita sejarah, kisah-kisah benar, cerita perang-perang. Pendek kata semua jenis genre movie aku boleh layan kecuali KECUALI KECUALI KECUALI (aku dah besarkan KECUALI tu untk 3 eh 4 kali so maknanya aku tak suka tengok lah tue) cerita hantu


HAHA :D Sebab apa aku tak suka tengok cerita hantu? Baca SINI. Nak gelak dekat aku, gelaklah puas-puas. Aku tak kisah


Aku dah tengok banyak movie dan kannn aku dah cakap aku ni suka something yang macam lama-lama sikit kan? So datanglah movie macam mana pun, paling tetap di hati dan buat aku tersenyum, menangis dan sweet adalah cerita nie




Aku tak tahu kenapa cerita ni macam beri kesan mendalam pada aku. Dalam satu moment, aku boleh gelak, tersenyum dan menangis HAHA :D Cerita ni memanglah cerita lama, tahun 90-an lagi tapi aku dapat tengok cerita ni pun sebab aku copy dari member aku


Kenapa aku suka tengok cerita nie?


Sebab hero sweet giler! Even though pada mulanya hero dia sebenarnya nak pikat heroin die tu atas dasar bet dengan kawan-kawan dia, tapi end up dia jatuh cinta jugak. Aku dapat tengok kesungguhan lelaki tu nak pikat perempuan tu. Semua benda pasal perempuan tu, hero dia dapat tahu atas dasar pertolongan kawan-kawan dia. So bagi aku, hero dia ada effort untuk memikat perempuan tue sampaikan perempuan tu yang pada mulanya keras hati dan ego, last-last cair jugak dengan lelaki tue


Sebab hero dia double the sweet! HAHA :D Sebab masa perempuan tu merajuk, lelaki tu menyanyi depan orang ramai dan upah orang untuk main band untuk mengiringi lagu yang dia menyanyi. HAHA :D Bagi aku, sweet lah tu sebab willing nak buat macam tu dekat sekolah lepas tu kena tangkap dengan guard dan masuk ke kelas detention. Dekat situ pun, kita boleh tengok hero tu macam berusaha bersungguh-sungguh untuk pikat perempuan tue


Err ~ aku rasa yang tu pun dah cukup kot? Kang orang cakap aku melebih-lebih pulak. Yelah ~ dah nama filem kan? Memanglah semuanya nampak sweet je kan? Kadang-kadang filem ni mengkhayalkan kita jugak sebab mesti kita pun berangan nak hidup kita macam dalam filem yang kita baru tengok kan? Alaa jangan nak tipulah cakap kita tak pernah berangan macam tue! HAHA :D


Tapi tapi tapi ~ poem yang dibaca semasa last part cerita ni buat aku tersentuh giler-giler. Dekat sini aku copy past poem tu nak bagi korang baca :)


I hate the way you talk to me
and the way you cut your hair
I hate it the way you drive my car
I hate it when you stare

I hate your big dumb combat boots
and the way you read my mind
I hate you so much it makes me sick
it even make me rhyme

I hate the way you're always right
I hate it when you lie

I hate it when you make me laugh
even worse when you make me cry
I hate it when you're not around
and the fact that you didn't call

But mostly I hate the way I don't hate you, 
not even close
not even a little bit
not even at all




Mendalam kan poem dia? HAHA :D So disebabkan itulah aku suka tengok cerita nie :) Suka sangat-sangat ~


So what your favorite movie? :)



 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Monday, November 12, 2012

Day 1 - My Favourite Song


Assalamualaikum


Okaylah ~ memandangkan aku tak boleh nak tidur, so kita cepatkan sikit cabaran 30 benda dalam 30 hari HAHA :D Memandai je tukar nama game -__-



Lagu kegemaran aku? Hmm ~ aku tak ada specific yang aku suka giler-giler lah cuma ada beberapa lagu yang beri kesan kepada aku kalau aku dengar. Nak kata aku dengar selalu pun tidak lagu-lagu ni cuma once kalau aku dengar, aku jadi macam bersemangat, emosi tak tentu pasal, tersentuh. See? Emosi extra dah aku nie -__-


Lepas tu, aku ni bukannya jenis up to date dengan semua lagu dekat radio tue. Mana yang sedap, aku sukalah dengar. Kadang-kadang lagu-lagu lama pun boleh aku nak dengar kalau dah lagu tu sedap. So apa yang boleh aku simpulkan, tak ada lagu fav nokk ~ 


Cuma ni adalah antara list-list lagu yang berada dalam favourite playlist aku lah :) Maybe sebab lagu dia yang rancak atau lirik lagu tu yang best, bagi aku :)


  • Beggin -  Madcon
  • Broken Angel - Arash ft Helena
  • OST Sassy Girl Chun Hyang
  • Entah - Afgan
  • Glad You Came - The Wanted
  • Flaws and All - Beyonce
  • Kisah Hati - Alyah
  • Meet Me Halfway - BEP
  • Seperti Dulu - Exists
  • Kasih Berubah - Ferhad
  • Kenangan Lalu -  Flybaits
  • Andai Kau Mengerti - Vince
  • Ghost of You - MCR
  • Dealove - Once
  • The Only Exception - Paramore
  • Jangan Lupa Namaku -  Pompa Bensin
  • Pelangi Senja - Stacy
  • You Belong With Me - Taylor Swift
  • Here Without You - 3 Doors Down
  • Saat Kau Pergi - Vagetoz
  • Baik-Baik Sayang - Wali Band


See? Tak ada pun yang boleh dikatakan lagu yang macam baru dan latest kan? Semuanya macam lagu-lagu lama dan aku rasa lagu yang paling latest aku ada pun lagu Stacy tu je hah ~ Dalam playlist aku ada beratus-ratus lagu, tapi lagu-lagu yang dekat atas ni jugak lah yang aku duk dengar huhu


Dan lagu-lagu ini akan berubah mengikut masa, bulan dan tahun :)


Tetapi, alunan ayat-ayat al- Quran jugak yang dapat tenangkan hati dan jiwa kita kan?



 
TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

30 Things in 30 Days Challenge - Challenge Accepted! :D


Assalamualaikum


Sebenarnya aku tak tahu nak update apa dekat blog tapi jari aku nak sangat menari atas keyboard nie. Puas aku duk fikir, amendalahh aku nak tulis tapi idea tak datang-datang jugak. 


So aku godek-godek folder dan terjumpalah nie ; 



HAHA :D Macam best je kan? Act aku dah save benda ni lamaaaaaaaaaaa dah dalam folder Blogger cuma tak terbuat. So sementara aku tengah berlenggang-lenggang kangkung ni, better aku buat lah kan? Atlesat blog aku berupdate jugak dari tak update kan? Hehe :)


Punyalah bosan, sampaikan benda ni pun aku boleh edit dekat Photoscape -__- HAHA :D Okay lah, kalau aku rajin, aku akan berterusan update. Kalau tak, tak dapekk den nak menolong! HAHA :D


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Friday, November 09, 2012

Results Final Exam for Final Semester


Assalamualaikum


Malam tadi, teman parents aku pergi Ampang Point, makan-makan dan jumpa ayah aku kejap. Masa tu dah dekat pukul 10 lebih dah. Aku syak mesti aku cek results exam aku dekat lobby hotel tue -__- Nasib baik ada wifi, kalau tak? :/


Tup tup pukul 11 dah balik dan aku pun terusssssssssssssssss masuk bilik dan online. Sengaja aku offline chat sebab aku tak nak kasi perasaan aku gundah gulana dengan soalan-soalan dari kawan-kawan aku. Huhu ~


Pukul 12.00 tengah malam. Aku cek email, okay tak ada. Aku dah syak dah tak ada sebab maybe line tengah stuck. So takpe. Aku main games dulu. Aku tengok-tengok FB kawan-kawan aku yang update status berdebar tunggu results, cek tweet tapi malas nak reply dan cek blog tanpa ada niat nak update


Weyh ~ what do you expect bila kau tengah berdebar-debar nak cek results, tetiba kau boleh update blog? Memang tak lah ~ haha :D


Pukul 1 lebih aku dah tak tentu arah sebab kawan-kawan aku dah start update status dah boleh cek results lah, lepas tu ada yang call dan texting aku lah ~ Aku dah cuak dah so aku rilkes dulu kejap. Korang tahu aku buat apa? Haaaaaaaa ~ aku Google dan cari 'belajar bahasa negeri sembilan' HAHA :D


Aku pun tak tahulah kenapa aku boleh terfikir nak belajar bahasa nogori tue. Tetiba je okay? Sedang khusyuk-khusyuk tue, pukul 1.45 aku bukak email sekali lagi dan refresh banyak-banyak kali dan here it is! My exam results are waiting for me to open it :)



So aku offline kejap. Macam yang pernah aku buat semasa sem 3 dan sem 4, aku sembahyang hajat dulu ; kasi tenangkan hati dan redha dengan segala ketentuanNya. Lepas tu baca Yassin dulu ; kasi tenangkan lagi hati ni. Entahlah ~ kali ni berdebar dia lain macam sebab mungkin ni adalah results untuk final sem kot ~

Bismillahirahmanirrahim ~

My Results :'D
Results Interssion :)


Rasa bersyukur sangat-sangat sebab impian aku nak dapat dekan sem ni dah tercapai. Lepas tu impian aku nak tengok CGPA aku dekan pun tercapai walaupun hanya cukup-cukup makan. Syukur sangat-sangat


Yang intersession adalah semasa cuti sem dua bulan tue. Amik dua subjek terus dan results interssion akan dicampurkan dengan results yang 4 subjek dekat atas tue :) Syukur Alhamdulillah ~ Its a joyful feeling, seeing your results full with A's. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah ~


Tak sampai dua minit lepsa tengok results, terus aku menangis macam hape sorang-sorang dalam bilik atas katil T___T Sedih sangat-sangat sebab Allah swt bagi aku dugaan dekat tempat lain tapi bagi rezeki aku di sini, semasa results aku. Syukur sangat-sangat ~


Masa tu nak menjerit-jerit pun ada sebab happy campur sedih dan menangis kegembiraan. Tapi tak boleh menjerit sebab mama ayah dah tidur. Kalaulah dorang tak tidur lagi, aku dah lama dah menjerit dengan diorang macam aku pernah buat masa aku mula-mula dapat tahu aku dapat study Pentadbiran Awam dulu :')


Ya Allah ~ sedar tak sedar, dah dua tahun setengah aku belajar DPA dekat UiTM Dungun nie :')


Kini, aku dah boleh isytiharkan yang aku dah berjaya tamatkan Diploma Pentadbiran Awam di UiTM Dungun dengan rasmi. Dengan dah tahu results nie, kini aku menanti pulak ke mana aku akan pergi untuk Degree nanti. Doakan yang terbaik untuk aku 


Ya Allah, syukur alhamdulillah aku ucapkan kepadaMu kerana memakbulkan doaku selama ni. Terima kasih untuk hadiah ini. Terima kasih untuk segala-galanya yang Kau berikan kepada aku dan orang-orang di sekelilingku. Syukur Alhamdulillah kepada Mu Ya Allah ~


Kepada kawan-kawan aku yang tak bernasib baik, jangan sedih-sedih. Anggap ni adalah rezeki masing-masing. Mungkin kau tak ada rezeki di sini tapi kita mana tahu, kau ada rezeki ditempat lain. Bawak bersabar yer? Yang lepas, jangan dikenangkan kembali. Yang penting, masa depan kita sebab masa depan  kita ditentukan dengan apa yang kita buat sekarang ini :)


Kepada yang berjaya, aku ucapkan tahniah dekat korang! :D Alhamdulillah, kita dah berjaya! Aku tumpang gembira dan bangga dengan semua kawan-kawan aku yang berjaya! Tahniah aku ucapkan! Tapi ingat ; jangan disebabkan kegembiraan ini, kita jadi lalai :) Sepatutnya kita akan jadi lebih gigih berusaha untuk kekalkan results kita nie :) #peringatanuntukdirisendirijugak


Kepada semua pensyarah-pensyarah aku, Sir/Madam/Miss ; terima kasih sangat-sangat sebab tak pernah kedekut berikan kami semua ilmu, tak kira di mana dan pukul berapa. Even dalam FB pun masih sempat lagi bagi nasihat dan panduan kepada kami. Terima kasih sangat-sangat! Maafkan kami jikalau ada keterlanjuran kata-kata yang mengguris perasaan. Mintak halal segala ilmu yang dicurahkan. Terima kasih! :D Semoga Allah swt murahkan rezeki kalian, aminn ~


Mama Ayah, ini untuk mama dengan ayah. Sara dah usaha dengan gigih untuk bangun semula selepas kegagalan Sara yang lepas. THIS. Yang ni memang untuk mama dengan ayah. 


Masa Sara belajar, Sara teringat dekat mama dengan ayah. Kalau Sara tengah stress, malas nak study, Sara call mama dengan ayah, mintak nasihat. Kain pashmena mama ; mama selalu bising sebab Sara amik yang mama punya senyap-senyap tanpa bagitau mama tapi sebenarnya Sara guna pashmena tu semasa Sara jawab exam supaya berkat mama ada dengan Sara setiap kali Sara jawab exam :') 


Terima kasih mama ayah sebab berikan Sara semangat, nasihat, kata-kata semangat. Sara akui ; bebelan mama dan nasihat ayah berjaya meresap dalam hati Sara :') Tanpa berkat mama ayah, doa ; Sara tak tahu apa akan jadi pada Sara sekarang nie. Thank you for everything! Mama ayah support apa sahaja yang Sara buat, kasi semangat, kasi nasihat. Ya Allah ~ ampunkanlah dosa mereka dan berkatilah mereka sehingga ke akhir hayat, Aminn ~ 


Kepada kawan-kawan aku, terima kasih banyak-banyak sebab di saat aku jatuh, korang ada untuk angkat aku perlahan-lahan, untuk naikkan aku dari terus terjatuh lebih dalam. Terima kasih sebab banyak menceriakan hari-hari aku semasa pengajian Diploma ini. Terima kasih untuk segala masa, duit, tenaga, mata, telinga dan mulut yang korang pinjamkan untuk aku. Terima kasih untuk segala cerita lawak yang ada untuk buat aku gelak. Terima kasih untuk perangai korang yang sentiasa buat aku tak kering gusi. Thank you so much! Semoga Allah swt memberkati kita dan memudahkan jalan untuk kita pada masa hadapan :')




SEE YOU GUYS LATER DURING 
OUR CONVOCATION DAY!
:'D





TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Wednesday, November 07, 2012

Apa Relevannya "Past is Past" Tu?


Assalamualaikum


Dulu masa aku kecik-kecik dulu, orang selalu cakap "Past is past" So pada tanggapan aku, pengalaman yang lepas tu kita kena tinggal, buang jauh jauh dan tak usah nak ingat balik


Tapi lepas aku dah besar dan bakal sambut hari lahir aku yang ke 21 tahun dua bulan lagi, aku tak faham kenapa orang cakap "past is past". Tu hanyalah semata-mata tiga patah perkataan yang bermaksud suruh kita move tapi somehow, macamana ungkapan tu akan mengubah kita? Bawak kita ke arah satu perjalanan yang baru? How? Tell me

Sebab dulu dulu, aku pernah memberi kepercayaan aku kepada orang lain. Aku anggap mereka sangat bertuah sebab berjaya bukak hati aku nie. Eh bukan mereka. DIA. Dia berjaya bukak hati slowly di saat aku tengah macam keraskan hati, tak nak dah fikir pasal benda bodoh ni


Tapi tu lah ~ hati perempuan ni lembut sangat macam marshmallow. End up, aku terjatuh cinta dengan dia. Aku slowly sayang dia dan yang paling bangang, aku pernah bagi hati aku dekat dia. Sesuatu yang aku memang tak nak buat sebab aku nak fokus pada study aku, masa depan aku


Memanglah mula-mulanya memang best dalam apungan cinta, rindu bagai. Tapi ada suatu ketika di mana Allah swt uji kau dan masa tu baru kau tahu, betapa bodohnya kau bagi hati dekat dia sedangkan dia tak pernah nak hargainya. Dia gunakan kepercayaan yang kau beri dekat dia dengan sewenang-wenangnya. Dan yang paling sakit sekali, benda tu berlaku depan mata kau


Apa kau nak buat? Meraung? Menangis? Menjerit sampai hilang suara? Dah terlambat sebab hati kau ada pada dia. Dia ada hati kau sebagai kunci yang menyebabkan kau hanya mampu berdiam diri, tengok sahaja apa yang berlaku tanpa buat apa-apa. Kenapa kau begitu bodoh sangat buat macam nie?! Just a simple word I can say ; SAYANG




Sebab hati kau dah sayang dekat dia, hati kau dah ada dengan dia, dia dah bertakhta dalam hati kau. Tu je. Simple je tapi kesannya Masyaallah ~ kau boleh nangis tiap-tiap malam sampai bengkak mata, kau boleh hilang selera makan, kau boleh hilang fokus dalam kelas, kau boleh monyok sepanjang hari, kau boleh hilang mood, kau just terperuk sorang-sorang dalam bilik dan the worst ; kau boleh pulak tahan nafas duduk dalam selimut sambil nangis sampai berhingus-hingus hidung kau


Disebabkan sayang, kau berlagak macam tak tahu apa-apa. Kau cuba tersenyum di bibir walhal dalam hati kau tue, macam nak meletop, dah tercarik-carik oleh pisau tajam. Sakit sangat-sangat yang hanya kau sahaja yang dapat rasa sebab tu adalah hati kau. Bukan hati orang lain


The top of the story ; orang yang kau sayang, orang yang kau rasa mampu lindungi kau, orang yang kau rasa nak sehidup semati, orang yang kau rasa paling perfect, orang yang kau rasa lain dari yang lain ; dumb kau. Sumpah rasa macam orang bodoh yang tengah anggukkan kepala bila ada orang tanya kau "Kau nak aku bunuh kau?" Macam tue. Sumpah bodoh


Orang tu tinggalkan kau macam tu je, macam tak ada apa-apa yang berlaku. Kau? Heh. Menangis, meraung, merayu sampai keluar air mata sekali pun, haram dia nak patah balik. Dia pergi dari hidup kau macam semudah ABC. Dan yang paling sakit, tak lama lepas tu, dia ada orang lain sedangkan kau dekat sini macam dah nak giler duk sakit, teringatkan dia.


Kenapa jadi macam nie?


Semua situasi dekat atas adalah aku. Aku adalah watak dalam cerita dekat atas nie. Aku. Akulah yang menangis tue, meraung tue, merayu tue. Aku lah yang bodoh sangat-sangat. Aku. Dan kadang-kadang bila aku teringat balik, aku rasa nak ulang balik masa tue dan aku tak kan bagi hati aku. Aku akan simpan je baik-baik dalam jagaan aku sendiri.


Aku kutip balik hati aku yang dah berkecai tu. Susah sangat-sangat nak kutip balik, lepas tu cantum kan balik dan dalam masa yang sama, kau act macam kau tengah happy dengan dunia kau. Pergh ~ sumpah sakit nak tanggung sorang-sorang. Kau ada kawan-kawan pun, kawan-kawan tak kan pernah faham apa yang kau lalui. Parents, lagilah malu nak cerita pasal nie. Hanya kepada Allah swt, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Berkuasa


Sekarang. Dah dekat bertahun dah kisah-kisah dekat atas ni berlalu. Tapi sampai sekarang, benda ni still main jugak dalam kotak fikiran kau. Benda ni tetap kau ingat jugak. Benda ni buat kau sakit jugak. Dah tu, tang mana yang "past is past" tue? Aku tak faham




Ajaibnya. Dengan hanya kata-kata ini, mampu buat aku sedar yang sebenarnya hidup ini pelbagai dugaan yang Allah swt nak bagi dekat kita. Terpulang kepada kita nak hadapinya macam mana. Nak handle dia macam mana


Astaghfirullahalazim. Apa yang aku dah buat nie? Kenapa aku jadi lemah dengan diri aku sendiri? Ni semua mainan syaitan yang nak sesatkan anak-anak Adam. Subhanallah ~


Pengalaman itu mendewasakan kita. Semua kisah-kisah lepas adalah pengalaman kita yang tak mungkin di tukar ganti dengan orang lain. Setiap orang ada dugaan, cabaran dan pengalaman masing-masing. Semua orang begitu. Tak ada orang yang sakit dan sedih sepanjang hidupnya dan tak ada orang yang gembira sahaja sepanjang hayatnya. Tak ada. Allah swt dah bagi semua sama adil




Aku akui, ada beberapa kawan yang cuba untuk kawan dengan aku, kawan yang cuba untuk lebih mendekati. Cuma aku je yang tak nak. Sebab sebenarnya aku takut kalau-kalau kepercayaan yang aku bagi, dikhianati macam tu. Susah aku nak bukak balik hati aku ni sebab aku takut. Aku lebih senang dengan sayang orang yang aku suka dalam diam tapi tu lah ~ sakit pulak duk simpan sorang-sorang


Susah nak cakap tapi aku susah dah nak percaya dekat orang luar sekarang nie yang cuba nak masuk dalam hati aku. Susah sangat-sangat. Aku cuba tengok kesungguhan mereka tapi entahlah ~ macam main-main je lalu aku pun mula menjarakkan diri aku sebab aku tak nak nanti aku yang sakit. Cukuplah yang dah lepas.


Takpe Sara. Hari ni hari kau, kau sedih hari nie, kau menangis hari nie. Tapi kita mana tahu kan, esok lusa mungkin ada cahaya kegembiraan untuk kau, yang mampu usir semua kesedihan kau selama nie, yang mampu berikan kau senyuman kau yang paling manis sampai menampakkan lesung pipit kau. Mana tahu, esok lusa kau akan dapat apa yang kau nak :)


Sara, sabarkan diri kau eyh? Sikit je lagi. Selama ni kau hidup bertahun-tahun, kau boleh kan bertahan? So bertahan lah lagi sikit. Ingat ~ Allah Maha Adil, Dia tak kan turunkan dugaan kepada hambaNya kalau Dia tahu kita tak mampu nak hadapinya. Ingat tu Sara. Allah akan bagi kita dugaan sebab Dia rindukan kita untuk menghadap Dia. Sabar yer Sara?


Senyum sikit Sara :)


p/s ; sorry for the harsh words. I have been keep this for the long time


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts