[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Saturday, December 10, 2011

About Me ; Susah Ke?


Assalamualaikum


I'm selfish, impatient and a little insecure. I make mistakes. I am out of control and at times hard to handle. But if you can't handle me at my worst, then you sure as hell don't deserve me at my best


Senang je kan prinsip hidup aku? Kalau kau tak dapat nak kawal aku ketika aku dalam keadaan yang teruk dan sudah tentu kau pun tak kan dapat mengenali aku dengan lebih baik ketika waktu-waktu aku sedang dalam keadaan baik


Tak payah aku nak terangkan dengan lebih mendalam lagi. Masing-masing dah besar, dah boleh fikir. Aku tak ada masa yang nak perlu dikhaskan untuk kau. Aku masih ada banyak lagi benda yang perlu dibuat


Aku tak pernah marah kau, jauh sekali nak berdendam dengan kau cuma kadang-kadang apa yang kau buat menjengkelkan aku. Tingkah laku dan kata-kata kau kadang-kadang mengguris hati dan perasaan aku. Sakit nya aku simpan seorang


Cukuplah ~ Aku dah letih sebenarnya. Tapi aku tak nak kita bergaduh. Cuma mungkin kita perlu make up kan hubungan kita ni. Mereka pun sudah mula bertanya kenapa. Aku sendiri yang masih tergaru-garu kepala mencari jawapannya


Susah kan? Andai lah ada mesin yang boleh mengxraykan hati ni, senang je kita dapat jawapan. Andai lah semua manusia mampu berkata jujur, senang je kita melakukan apa yang perlu kita buat.


But this is life. Nak tak nak, kita kena hadapinya. Susah senang, buat je lah ~ Sakit gembira, tanggung sendiri je lah ~


p/s : tak tuju kepada sesiapa pun cuma bagitahu apa yang terpendam dalam hati je :)


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts