Fikiran Yang Matang Boleh Merosakkan Perhubungan Sesama Manusia? Ajaib!
By Mysara Newrie - Friday, December 02, 2011
Assalamualaikum
Aku yang terlebih matang dalam pemikiran atau orang di sekeliling aku yang tak boleh nak terima cara pemikiran aku?
Ya Allah ~ Entah lah ~ Lepas satu-satu benda yang terjadi dekat FB aku tue. Bermula dengan Dia dan tadi Dia, semuanya buat aku macam "what are those people actually want from me?" -.-
Aku cuba untuk menyenangkan mereka, cuba untuk menjadi yang mereka suka dan senang. Aku dah cuba tapi kadang-kadang aku ada jugak limitnya. Aku cuba segala-galanya. Aku berkorban itu ini demi sepatah soalan yang mereka tanya. Biarlahh ~ bisik hati aku sebab lagipun aku rasa ini tanggungjawab aku
Tapi sampai satu tahap, kenapa mereka tak pernah nak faham dengan situasi aku? Di saat aku tengah berada dalam masa dan keadaan yang sukar begini, kenapa aku rasa seolah-olah mereka tak pernah untuk menghulurkan tangan dalam membantu mereka? Atau aku sahaja yang berperasaan begitu?
Betul lah orang cakap kan? FB ni kadang-kadang pemusnah hubungan sesama kita. Macam tu jugak yang aku rasa. Walaupun tak adalah secara direct way dan secara sah-sah tapi aku dapat rasa tu dalam jauh hati aku. Mainan syaitan ke? Aku tak tahu
Aku cuma nak kau tahu, ada masa aku akan off dan ada masa aku akan on. Kau tak boleh nak expect aku akan selalu sahaja on dengan kau. Entah lah ~ Aku tak tahu kenapa tapi aku tak boleh nak terima dengan kau sekarang ini sebab aku kenal kau dulu, kau tak begini orangnya. Kauu ~ mungkin berubah dek masa, mungkinnn ~
Tapi sedar tak? Kau dan kau bertuah sebenarnya sebab korang berdua masih ada seseorang yang sanggup untuk melayan karenah korang tue. Sangat-sangat bertuah. Tapi aku? Aku mengharapkan orang untuk terima aku, untuk ajak aku bergurau senda, untuk ajak aku pergi berjalan-jalan sebab kalau aku yang mengajak, pasti akan mengecewakan hati aku kerana "Sorry Mai ~ Aku dah ada date dengan pakwe aku"
Korang berdua bertuah. Sedarlah tu. Tu je. Tolonglah jangan ingat korang berdua ni manusia yang paling malangggggggggg dalam dunia ni sebab antara kita bertiga, aku masih ada banyak kekurangan. Korang berdua di mata aku sangat bertuah, tu je yang aku mampu cakap
Jadi, apa yang aku nak sampaikan nie, cuba faham dengan keadaan orang lain. Matangkan pemikiran itu dan jangan bertindak macam budak-budak. Sedarlahh ~ Kita dah nak masuk 20 tahun dah. Please? Aku tak marah cuma kadang-kadang aku kurang senang dan selesa
Dan kau yang seorang lagi, please? Bersyukurlah dengan apa yang ada. Kau dah hidup cukup selesa, family kau yang sangat-sangat penuh dengan kasih sayang, pakwe yang sangat-sangat baik bagi pandangan aku. So please? Bersyukur dengan apa yang ada
Aku sayang korang berdua sangat-sangat sebab korang berdua lah yang menjadi penyeri hidup aku. Aku tak pernah nak buang korang berdua. Bukan korang berdua sahaja, malah merekaaaaaaaaaaaa yang berada di sekeliling aku. Tak pernah langsung aku nak buang korang. Aku sayang korang sangat-sangat. Aku dah anggap korang macam adik dan kakak aku sendiri
Tapi kalau dah sampai satu tahap, aku sendiri dapat rasa perpisahan dan hubungan yang kita bina ini akan putus, aku redha. Aku tak ada kuasa nak buat semuanya kembali macam dulu lagi. Sebab bagi aku, kalau orang dah buang aku, buat apa aku nak terhegeh-hegeh dengan orang tue? Dah jelas menunjukkan orang tu dah buang kita. Kalau orang tu masih sayang dekat kita, masih sayangkan perhubungan ini, mereka tak kan tergamak untuk buat macam nie kan?
Sedih, sangat sedih. Aku tak tahu nak describe macam mana perasaan aku sekarang nie. Sedih sebab aku bakal kehilangan lagi. Banyak sungguh kehilangan yang aku dapat rasa sekarang nie
Kalau begini lah pengakhirannya, aku redha untuk lepaskan korang berdua pergi. Takpelah ~ kalau korang tak tahan sangat dengan aku, takpe. Pergilah ~ Mungkin aku bukan kawan yang baik untuk korangg. Pergilah mencari kawan yang lebih baik dari aku untuk temani kau selepas ini
Dan aku tak tahu kenapa aku mengharapkan Double R untuk ada dengan aku sekarang nie T__T Just aku nak bercerita dengan dia dan aku tahu dia akan pasti cuba buat aku gelak dan senyum macam dulu-dulu
I really do miss you :'(
0 comments