Assalamualaikum
Alhamdulillah ~ Sebenarnya aku rasa macam happy jugak sebab tak sangka, blog aku ni macam dah orang kenal dah. HAHA :D Perasaaann sudaaaa -.-
Alkisahnya macam nie. Masa tu aku baru balik dari kelas petang. Masa tu memang hujan lebat giler nak mampusss. Biasalah ~ Terengganu kan memang dilanda waktu tengkujuh sekarang ni cuma sejak minggu lepas sampai sekarang, Alhamdulillah ~ cuaca panas je. HAHAHA :D Cepat kering baju aku -.-
Ok back to the topic. Kebetulan, aku bawak payung ak yang serba merah menyala tue. HAHA :D So aku pun dengan bangganya bukaklah payung aku sambil aku perasan mata-mata mereka yang memandang sebab kena tunggu hujan reda sebab dorang tak bawak payung. HAHA :D Tu lah ~ sediakan payung sebelum hujan. Kalau hujan, tekan butang BUKAK PAYUNG, zappp terus boleh balik! Tak payah nak tunggu-tunggu. HAHA :D
Okay dah boleh lempang aku sekarang ni sebab dah melalut ke laut dah nie -..-
Lepas tu masa aku on the way nak balik ke kolej keseorangan, YEAH I REPEAT KESEORANGAN! dengan hujan yang maha lebat, tetiba ada lah seorang budak perempuan baya aku, tetiba datang ke arah aku dan cakap "Awak tumpang payung boleh tak?" sambil cuba mengelakkan diri dari terkena hujan padahal aku rasa kitorang dah sama-sama basah kuyup dah pun! HAHA :D
Actually sebelum tu aku dah tengok dah dia dengan dua orang kawan dia kongsi satu payung sambil bising-bising sebab kesukaan main air hujan. Hehe :) So bila budak perempuan tu datang kat aku dan mintak tumpangkan satu payung dengan aku, aku just cakap "Oh boleh je" Lalu bermula lah conversation antara aku dengan gadisss tu :) Hehe
"Awak terima kasih tauu sebab tumpangkan payung"
"Ouh takpe. Tak kisah pun. Biasalah ~ hujan-hujan macam nie"
"Aah lebat kan?"
TEETTTTT !
Kena potong sebab agak bosan jugak sebenarnya kalau aku nak tulis *padahal aku dah lupa benda apa yang kitorang borakkan masa dia tumpang payung aku tue. HAHA :D
"Awak kos apa? Part berapa?" *aku ni memang peramah :) HAHA :D
"Saya budak AC, part 4"
"Ouh ~ saya pun part 4 jugak tapi saya budak DPA"
"DPA? So awak mesti kenal Mysara kan?"
HAMIKKKKKK!
Tersentap jiwa raga aku bila budak tu tanya aku kenal ke tak Mysara padahal aku lah orangnya. HAHA :D
"Eh eh ~ saya lah Mysara!"
"Lah ye ker? Saya selalu baca blog awak! Suka baca. Akhirnya dapat jugak jumpa dengan awak"
PENGSANNNNNNNN! @_@
Ya Allah ~ rasa gembira sangat-sangat sebab atleast aku tahu ada orang yang baca blog aku dan cerita mengarut-ngarut aku nie. HAHA :D Sumpah rasa macam terharu, gembira, happy, terharu, gembira, happy ! HAHA :D Sebab aku tahu, blog aku bukan sahaja kawan-kawan aku baca tapi ada jugak orang yang aku tak kenal, punnnnnnn baca jugak! :D
Terima kasih gadis itu, Nor Aishah :)
Dah settle yang tue. Sekarang aku nak cerita pasal tadi pulak. Yesssssss ~ baru tadii! Dalam 10 minit yang lepas
Aku tengah bukak FB dengan aku biarkan wall FB aku terbukak macam tue. Aku tahu roomate-roomate aku baik so peratus untuk FB aku dihack tu macam tipisss je. HAHA :D Sekali adalah hamba Allah swt ni call aku sebab nak menggedixx dengan aku -.- Kebetulann, ada akak senior debat, datang bilik aku
Aku dah perasan dah yang akak ni asyik duk tengok-tengok FB aku sambil macam dahi berkerut-kerut. Aku nak tanya pun tak boleh sebab masa tu aku duk layan orang yang call aku tue. Sekali lepas aku tamatkan call tu, akak senior debat tu pun tanya aku
"Lahh awak ke Mysara Newrie?"
"Aah ~ kenapa kak?"
"Hari tu masa dalam lab computer, akak bukak Google dan baru je tulis huruf M, nama awak yang first keluar sekali, Mysara Newrie Blog. So akak tekan lah sebab nak jugak tahu asal macam well known je blog budak nie. Kalau tak, tak kanlah blog awak first yang keluar kat Google kan?"
"Eh ye ker?" *Excited nak mapus aku masa nie -.- HAHA :D
"Yelah ~ Akak pun bukak lah. Bila tengok-tengok, budak UiTM Dungun rupanya. So macam baguslah ~ Dah lah followers beribu-ribu, ramai pulak yang baca. So mestilah bagus blog nie"
TERLUPA TARIK NAFAS -....-
Ya Allah ~ Alhamdulillah ~ Happy tauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu bila ada orang cakap macam tue. Tak sangka aku. HAHA :D Tak sangka sebab yelah ~ Haishh ~ susah nak pindahkan perasaan itu kepada kata-kata sebab kita je yang tahu. Yupp ~ kita je yang tahu
Kita menulis, bercerita itu ini, luahkan perasan itu ini dengan harapan untuk meluahkan perasaan tapi tak sangka, masih ada yang sudi membaca nurkilan aku nie :)
Kepada Kak Farah, thank you so much for your support! :D
Tadi tadi tadi ~ masa meeting. Borak-borak dengan beberapa kawan lelaki aku. Tetiba mereka bercakap pasal blog aku. Mereka ada jugak bagi cadangan untuk meningkatkan lagi blog aku. Terharu aku sebab aku tahu, mereka masih juga sudi memberi blog aku agar kualiti blog aku meningkat.
Chewahhhhhhhhh! Ayat budget macam orang besar -.-
Thank you Faris Nor Azam, Farid Muhammad, Amin dan Khalis Manan! :D
Tak sangka, blog ini yang aku buat kira-kira 3 tahun lepas hanya untuk suka-suka dan tempat meluahkan perasaan menjadi tempat dalam hati korang. Terima kasih atas sokongan yang korang bagi. Terharu sangat-sangat! :D
Macam ni lah muka aku tauu bila excited! HAHA :D
4 comments