Inilah Realiti Kehidupan Yang Kita Harus Terima

Tuesday, December 20, 2011

 

 Assalamualaikum


Kita semua manusia, yang sudah semestinya tak kan pernah sempurna dan kita pasti akan melakukan kesalahan. Kesalahan itu lah yang akan mematangkan kita dalam diam sebenarnya walaupun pada hakikatnya kita sendiri tak tahan dengan kesan dari kesalahan yang kita buat


Begitu juga aku. Sejak tahun 2008 aku sering disediakan dengan elemen-elemen dalam hidup yang pasti akan mengendurkan otot-otot untuk aku tersenyum. Aku pasti akan buat kesalahan dan kesalahan itu pasti akan mudah sahaja dikesan oleh orang lain.


Hidup aku pada ketika ini hanya untuk orang lain. Berdirinya aku adalah untuk orang lain. Kalau tak untuk kawan, untuk keluarga dan kalau bukan untuk keluarga, pasti untuk kawan. Sebab keluarga dan kawan ini lah elemen penting dalam hidup aku yang banyak memberikan aku semangat dalam hidup


Kesalahan yang aku buat sebenarnya bukanlah aku yang nak. Tapi bila kesalahan itu berlaku, aku tak pernah menyesal dan tak pernah merungut. Sebab aku tahu, aku pasti akan dapat sesuatu dari apa yang aku buat itu. Samada ianya buat aku lebih berhati-hati, buat aku lebih teliti atau mungkin buat aku lebih bersemangat




Tapi sekuat-kuat aku yang berdiri untuk orang lain, pasti ada masa aku akan terjatuh. Jatuhnya sangat-sangatlah sakit dan pedih. Hati aku yang terluka, dada aku yang menahan sebak, mata yang kabur yang penuh dengan air mata, tak ada siapa yang tahu. Hanya Allah swt dan mereka yang terpilih sahaja yang tahu apa yang bermain dalam gelodak jiwa aku. Beruntunglah anda sekiranya tahu apa yang melanda dalam jiwa aku nie


Susah aku nak gambarkan melalui kata-kata semua perasaan aku nie. Sakit, pedih, terluka dan dalam masa yang sama kenapa aku masih mampu tersenyum dan bergelak ketawa? Hiprokit kah aku? Yeah ~ Aku memang hiprokit sebab aku tak pernah nak tunjukkan apa yang aku rasa. Bagi aku, baik aku simpan sahaja


Aku dah puas dan penat menjadi kuat untuk orang lain. Orang lain yang tak pernah nak melihat aku atau lebih teruk lagi, tak pernah nak menghargai aku. Orang lain yang tahu mencari aku ketika susah dan begitu mudah melupakan aku ketika senang. Itu lah aku tapi aku? Hanya "takpe ~ biarlah dia macam tue"


Aku tak tahu apa yang bermain dalam hati aku. Aku sedar aku tak sempurna tapi aku percaya aku ada sesuatu yang tak ada pada orang lain. Aku percaya yang itu. Sebab setiap manusia ada kelebihan mereka dan aku pun salah seorang dari mereka juga, Insyallah :)



Jujur aku cakap, aku senang dengan kau. Kehadiran kau sebenarnya tak pernah aku impikan tapi lama-kelamaan aku pulak yang sakit sendiri. Aku tak suka dengan apa yang berlaku ini. Aku berdoa kepada Allah swt agar diberikan petunjuk dan Alhamdulillah ~ petunjuk itu seolah-olah ada tapi masih samar tapi tak mengapa. Aku tunggu


Buat masa ini, aku akan letakkan border antara kita. Kau dan aku sama-sama tak kan lepas dari border itu tapi sekiranya kau melepasi border itu, aku dengan automatiknya akan runtuhkan border itu dan akan terima kau seadanya. Kehadiran kau walaupun sebentar tapi mampu buat aku tergelak dan tersenyum


Harapan aku adalah agar kau berada di sisi aku untuk menghadapi hari-hari aku yang bakal mendatang dan sudah semestinya aku akan berbuat demikian juga untuk kau :)



p/s : baru habis berborak-borak dengan kawan dari hati ke hati. Tetiba jadi sebak dan sedih

 

You Might Also Like

0 comments