Hari Ini Bermula Dengan Baik Tapi Berakhir Sebaliknya

By Mysara Newrie - Sunday, December 04, 2011


Assalamualaikum


Hari ini bermula dengan sangat baik bagi aku. Seawal pukul 6.45 pagi aku dah bangun dengan mata yang tak boleh nak bukak sebab mengantuk yang teramat sangat. Lalu aku buat Nescafe pekat segelas lalu aku minum, dengan harapan "Ya Allah ~ Jangan lah bagi aku mengantuk dalam kelas sepanjang hari ini. Aminn"


Aku ada 4 kelas berturut-turut untuk kelas hari Ahad aku -.-


Dan Alhamdulillah ~ First three class aku memang fokus pada kelas tersebut walaupun ada yang mengadu dengan aku mengantuk lah ~ tak sempat nak salin lahh ~ tak fahamlah ~ Tapi Alhamdulillah ~ aku berjaya lalui semua itu. Aku faham, nota untuk semua kelas itu aku dapat salin dan faham dengan baik


Tapi kelas yang terakhir untuk hari ini buat aku rasa macam sedih dan malu sangat-sangat. Bermula dengan satu perkataan yang buat aku tergelak dan terusss ~ semuanya berubah. Sepatutnya hari ini aku sudahkan dengan kelas yang terakhir dengan perasaan senang dan happy tapi semuanya berakhir


Aku rasa malu sangat-sangat sebab aku tak ada niat langsung nak buat semua tue. Prinsip aku ketika nak belajar ; jaga hubungan dengan tenaga pengajar dan Insyallah semuanya akan okayy. Dan disebabkan hal tadi, aku dah mula gundah gulana sampai sekarang -.-


Jujur aku cakap, kelas yang terakhir tadi memang aku dapat kekalkan momentum aku untuk stay focus dengan apa yang lecturer cakap dan terangkan. Semua deria yang diberi percuma oleh Allah aku gunakan dengan sebaik-baiknya. Otak aku berfikir, tangan aku rancak menulis, telinga aku mendengar dengan berhati-hati, mulut aku terkunci rapat


Tapi tu lah ~ Hati aku ni. Nak jugak gelak dengan satu perkataan sebab ianya membuatkan aku teringat tentang sesuatu yang tak adalah kelakar mana pun tapi aku rasa macam nak gelak. Tapi tak sangka akan jadi begini akhirnya


I need to do something. Yess ~ I need to do something. Aku akui aku bukan manusia yang sempurna tapi kalau aku ada buat salah, aku akan memohon maaf


Yess ~ I need to do something


Dugaan datang bertimpa-timpa kepada aku sejak kebelakangan ini. Ya Allah ~ Tabahkan hati aku. Sesungguhnya aku percaya aku mampu hadapi dugaan yang Kau berikan ini kerana Kau tak kan memberi dugaan ini kepada aku sekiranya aku tak mampu menghadapinya. Ya Allah ~ Aku mohon kepadaMu, tabah dan kuatkanlah hatiku ini. Aminnn ~


Kepada yang menjadi saksi peristiwa tadi, aku mintak maaf kerana menggangu pembelajaran kelas kita petang tadi. Aku tak ada niat pun nak buat semua tu.


I think I need a counselor right now to build up my spirit anddddddddd to change my attitude


  • Share:

You Might Also Like

2 comments