[Topik] Penting Ke Seorang Perempuan Pandai Memasak?

By Mysara Newrie - Tuesday, December 27, 2011


 Assalamualaikum


Hari ini akhirnyaaaaaaaaaaa ~ aku merajinkan diri aku untuk keluar! HAHA :D Ingat nak pergi Giant, celebrate birthday kawan aku pocoyo bobo (tetiba je kasi nama gelaran ni kat dia -.-) Fatin Shakirah. Hehe :) Tapi die cakap kat area Giant tu tengah hujan lebat. So aku pun "Takpelah ~ Aku pergi sorang-sorang"



Nak pergi Giant, aku ikut short cut lalu dekat Permint Jaya. Sekali ada pasar malam! HAHA :D Hoyeahh! Aku pun terus je berhenti kat pasar malam dan beli barang-barang basah untuk dapur. Aku beli udang 1/2 kilo, sayur sikit dan belilah makanan sikit untuk malam nie



Yang aku naik herannya adalah bila aku beli barang-barang basah macam udang and sayur tu, aku rasa semua duk tengok aku. Eh eh ~ Aku bukan perasan sorang-sorang ehh tapi aku memang aku perasan betul. HAHA :D Eh faham ke tak ayat aku nie? HAHA :D


Mula-mula aku sampai, dah ada dah orang duk tengok-tengok dekat aku sebab aku bawak payung. Alamak eyh ~ Salah ke bang saya bawak payung? Lagipun cuaca kat KT ni mendung jeee.  Tu pun nak pelik. Kang aku bawak naga pergi pasar kang, terbeliak biji mata baru tauu. HAHA :D


Lepas tu makcik-makcik sekalian, salah ke saya yang berumur 19 tahun 11 bulan 29 hari ini nak beli barang-barang basah? Makcik-makcik pun mestilah nak menantu yang pandai memasak, tak kekok pergi pasar, buat kerja dapur kan? So sekarang ni saya tengah berlatih lah. Makcik-makcik sekalian janganlah tengok saya macam tue, saya malu #.# HAHA :D


Aiseymannnnnn ~ dah terpanjang pulak dah mukadimah entry aku kali nie. HAHA :D Ok lah ~ cakap pasal makcik-makcik tu kan, aku terfikir lah sesuatu ; penting ke seseorang perempuan yang pandai memasak? Apa kalau perempuan tak tahu memasak tak boleh buat bini ker? -.-


Ada orang cakap, perempuan ni kena pandai memasak. Kita belajar lah setinggi mana pun, sampai ke PHD pun tapi last-last ke dapur jugak tempat kita. HAHA :D Ni ayat yang selalu aku dengar kat drama-drama Melayu lah. HAHA :D Terpengaruh sikit-sikit


Lepas tu kalau perempuan tak pandai memasak, susah. Yelah ~ Dah tu tak kan lah nak ajak suami kita pergi makan kat luar je tiap-tiap hari kan? Nayalah kalau macam tue. Huhu ~ Ada jugak yang cakap, air tangan seseorang perempuan ni dapat menawan perut suami. Sebab tu kalau kita tengok, lepas kahwin je, perut lelaki mesti ke depannnnn. HAHA :D Orang cakap! Bukan aku yang cakap. HAHA :D




 Ada jugak pulakk yang cakap, masakan isteri ni dapat mengikat suami kita. Yelah ~ Sebab masa kita memasak tue, mestilah kita ikhlas dan penuh dengan kasih sayang. Mestilah kita nak yang terbaik untuk masakan kita sebab kita nak hidangkan masakan tue kepada orang yang kita sayang. 


Sebab itu, datanglah macam-macam masakan depan mata kita, macam-macam masakan yang kita makan tapi masakan seorang ibu adalah yang paling sedap pernah kita makan. Masakan mamalah yang tak ada orang lain pun dapat lawan. Masakan mak lah yang paling kita tunggu-tunggu bila kita balik bercuti. Betul tak? :) Hehe


Bagi aku lah ~ Kalau dah jadi perempuan tu, atleast biarlah tahu nak masuk dapur dan sediakan makanan. Tak pandai takpe. Kita boleh belajar. Alangkah belakang parang diasah tajam, ni kan kita, manusia. Kita belajar lah slow-slow :) Jangan pulak tak tahu langsung. Malu tauu :)


Lagipun, bila aku buat research, aku rasa semua lelaki nak dapatkan bini dia yang pandai memasak. Yelah ~ Kau bayangkan, si lelaki dah penat-penat kerja, balik rumah mestilah perut lapar. Lepas tu mestilah nak makan masakan isteri yang terchentaaaaaaaaaaa kan? Dapat pulak nasi yang panas-panas, air sirap yang sejuk, kari ayam yang hangat dan sedap, tambah pulak dengan ikan masin yang masin. Auuww ~ Sedap tak? HAHA :D


Jujurlah aku cakap, aku tak pandai memasak. Betul nie. Aku tak pandai memasak. Tapi aku belajar. Aku cuba untuk buat semua kerja-kerja kat dapur tue. Bangun je dari tidur, aku masuk dapur. Siapkan makanan untuk diri aku, bibik dan nenek aku. Masak je lah pape yang patut pun asalkan ada jugak makanan :)


Lagipun salah satu reason kenapa aku cakap aku tak pandai memasak adalah kita tak tahu selera orang. Selera orang lain-lain. Kau fikir kau pandai masak spagetti, semua orang akan suka ke? Tak lah ~ Budak-budak baya kita ni memanglah suka tapi tak kan kau nak hidangkan spagetti dekat bakal mak mertua kan? Hehe :)


Alhamdulillah ~ Setakat aku tengah bercuti midterm nie, boleh dikatakan hari-hari aku memasak. HAHA :D Rasa semangat je nak masak. Hari-hari buat menu lain-lain. Lepas dah memasak, aku rasa macam happy sangat. HAHA :D Walaupun aku tak reti memasak tapi aku suke memasak. HAHA :D Lagipun, aku suka sangat tengok Asian Food Channel ataupun tengok rancangan memasak sebab kot-kotlah dapat idea dari situ kan? Hehe :)


Tapi yang peliknya, aku dah memasak tapi aku sendiri malas nak makan masakan aku. Aku pulak yang paksa bibik dan nenek aku makan masakan aku. HAHA :D Sebab aku rasa puas lah dapat memasak dan dapat kenyangkan perut orang lain :)


Sebelum ni aku asyik masak cupcakes, cookies dan masak masakan western je. Sekarang ni, aku nak try masak masakan Melayu pulak. HAHA :D Alhamdulillah ~ 1st time try, pass with flying colours! Err cuma tawar sikit je. Hehe :)


So korang pandai memasak? Yang lelaki pulak, penting ke tak bakal isteri korang pandai memasak? Hehe :) 


p/s : ni namanya hormon nak ke umur 20 tahun nie -________-


 

  • Share:

You Might Also Like

16 comments