BerKFC Dengan Kawan Sekolah Menengah! :D

By Mysara Newrie - Friday, December 16, 2011


Assalamualaikum


Petang tadi aku tidur lepas bergolek-golek atas katil sambil duk baca buku Remember Me by Sophie Kinsella. Baru masuk Chapter 3 sebab kawan aku baru bagi Khamis ari tue -.-


Lepas tu faham-faham je lah ~ kalau dah bergolek atas katil dengan cuaca yang hujan renyai-renyai, memang konfem tertidur. Ditambah dengan keadaan aku yang lagi yang panas dalam dan ala-ala nak demam nie, konfem lah tertidur


Sekali kawan sekolah lama aku call, kawan masa aku Darjah 5 tauu! Sekarang ni satu UiTM dengan aku cuma kos lain-lain


Maka dengan mamainya, aku pun bangun dari katil dan angkat HP aku yagn berdering-dering dari tadi lagi -.-


"Mai, jum keluar malam nie! Amer ajak mu"
"Hah? Pergi mana pulak nie?"
"Entah aku ~ Die oyak nak keluar, saje kuor dengan saing-saing"
"Oloh weyh~ Aku tak sihat nie, demam ekpunn"
"Marilah Maii ~ Aku, mu, Eijo, Nabil, Baya"
"Hmm holashh"
"Bereh ~ Aku amik mu ekgi pukul 8"



TRANSLATION!
Oyak = bagitahu
Saing-saing = kawan-kawan


So Sheila amik aku, Baya dan Nabil. Sebenarnya kitorang ni semuanya kawan sejak dari sekolah menengah dan rendah lagi. Disebabkan Besut, Terengganu tu kecik je daerah dia, so kiranya kalau kau pusing lah ke arah mana pun, jumpa jugak kawan-kawan lama kau :)


Aku sebenarnya tak kenal pun Nabil sebab dia masuk Sekolah Menengah Tengku Mahmud tu masa aku dah chowwwwwww dari sekolah tu sebab nak masuk Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu aka SESTER. Sebab tu aku tak kenal


Tapi bila dah kenal, masuk air jugak lah budak Nabil nie ;) HAHA :D


So kitorang pun makan kat KFC je. Makan-makan dan borak-borak. Aku nak makan pun tak senanglah sebab Amer dan Eijo ada je lawak bodoh dorang yang buat. Lepas ni kalau aku sedih-sedih, aku rasa nak jumpa dorang je lah. HAHA :D


"Eh Amer, cepatlah bagitahu aku budak mana yang sombong dengan korang masa main futsal tue?"
"Hok rambut cacok cacok tue"
"Ouh ~ yang pakai spek mata besorrr tue ker?"
"Eh dok eyhh ~ hok pakai googles tu"


PERGHHH! Tersembur roti yang aku makan tadi sebab aku gelak. HAHA :D Kau bayangkan, aku tengah serius nak tahu tapi dia boleh pulak buat lawak dengan muka slumber gilerrrrrrr.


"Eh orang belanja nie, bakpe tak habis makan ayam tue?"
"Aku nak simpan ayam ni, bawak balik rumah, nak goreng semula, buat Ayam Masak Merah"


Adoilahh ~ Sakit perut aku duk gelak dengan dorang. Baik kejap demam aku yang macam tak demam nie. Dan yang paling aku tak boleh blahnya sekali, masa tu aku baru nak makan dan aku tanyalah dorang,


"Korang makan apa malam tadi?"
"Aku makan nasi putih dengan tikus cincang goreng kunyit. Sedap Mai. Mu patut try"


-___________________-


"Eh Amer, set mu lah belanja akunyaaa. Set mu kang hok ajok kitorang makan KFC"
"Eh sape ye oyak? Aku bawak nasi bujang dah dalam raga motor aku tue. Nak makan di KFC, bukan makan makanan KFC"


Sumpah aku dah tergelak besar masa nie. HAHA :D Haishh ~ Kelakar lah dorang-dorang nie. Dan aku pulak, asyik nak gelak je. Haha :D

From left: Amir, Nabil dan Eijo


From left: Aku dan Baya
*Sheila gambar kau tadi tak jadi sebab ape entah -.- Tak ingat nak amik gambar dengan kauu. HAHA :D


Lepas makan, aku ajak dorang pergi karaoke. Haha :D Nasiblah dorang onnnnnnnnn je dan kali ni Amer yang belanja karaoke. Memandangkan dah pukul 10 malam so kitorang nyanyi 6 buah lagu je.


Yang tak bestnya, mic ada satu je. Aku dengan Amer nak berduet pun tak syok sebab kena tukar-tukar. Tak feeling betull nak tarik suara. HAHA :D


Lepas tu balikk. Masa balik, Sheila mintak Amer and Eijo teman dia balik sebab Sheila tak berani nak balik rumah dia sorang-sorang. So lepas hantar Nabil, Baya dan aku balik, dorang pun follow Sheila


Masa nak balik tu, Amer dan Eijo main lampu besar. Dah lah follow dekat giler dengan kereta lepas tu bukak lampu besar. Memang mengamuk lah Sheila dalam kereta masa tue. Haha :D


Overall, best keluar makan dengan korang. Yelah ~ Dah lama tak jumpa, so sekali sekala jumpa tue, mesti ada benda nak diborakkan kan? Lepas nie, turn Amer dan Eijo pulak belanja kitorang makan Pizaaaaaaaa! :D


p/s : Badan jadi panas balik bila dah balik bilik -.-

  • Share:

You Might Also Like

5 comments