Permainan Zaman Kecik-Kecik Dahulu! :D

By Mysara Newrie - Monday, December 26, 2011


 Assalamualaikum


Hari ini memang aku bosan. Nak keluar tapiiiiiiiiiiiii macam malas je. Nak siap-siap bagai, dah lah rumah tok aku ni jauhhhhhhhhhh dari bandar Kuala Terengganu -.- Aku nak buat assignment Statistik pun tak syok sebab buku nota aku tak bawak. Bagus bagussss -.-


BTW hari ini aku nak bawak korang mengimbau kenangan masa kecik-kecik dahulu. Dah nama budak kecik, mestilah korang akan pernah main beberapa permainan yang akan aku bagitau kat bawah nie. Malangnya budak-budak sekarang ni sebab tak pernah nak main permainan macam kita main kan kan kan kannn? HAHA :D


Lawan Pemadam
HAHA :D Weyhhhhh ~ Game ni tak silap aku masa era 98 atau 99 an. Masa tu aku baru lepas tadika, Darjah 1 atau 2 atau 3 macam tu lah ~ Masa tu pemadam macam ni ada banyak jenis gambar. Gambar Sailormoon, Power Rangers, Ultraman, Superman. Macam-macam lagilah ~ Lepas tu harga pulak 20 sen. Aku rasa mau dekat hari-hari aku beli pemadam nie. HAHA :D

Lawan pemadam

Nak beli pemadam pulak, kena pilih gambar dulu sebab kalau gambar kartun, lembik, nanti kalah masa lawan pemadam. Kalau gambar Power Rangers, bajet macam menanglah. HAHA :D Mostly yang main game ni lelaki lah tapi aku pedulikk hapeeeeeee ~ Aku main je. HAHA :D Kalau cikgu tak ada je, mesti main nie. Pakat kumpul semua orang satu meja lepas tu main nie. HAHA :D


Lepas tu bila cikgu datang, cikgu rampas semua pemadam tue. HAHA :D Sampaikan masa aku sekolah rendah dulu, cikgu disiplin buat operasi nak rampas semua pemadam dan dibenarkan sorang murid ada satu pemadam je. HAHA :D Alaaa ~ Tapi nak heran apa, cikgu rampas, kita beli lagik! HAHA :D


Skipping Getah
Game ni aku selaluuuuuuuuu main pagi masa Darjah 4, tiap-tiap pagi sebelum loceng berbunyi. HAHA :D Kiranya macam exercise lah kan? HAHA :D Sebelum balik, masing-masing janji datang awal untuk ke sekolah esoknya. HAHA :D Getah tu pulak, simpan dalam bawah meja. So orang yang datang awal, boleh lah main



Masa kitorang main, habis semua orang duk berkumpul tengok kitorang main. HAHA :D Yang paling tak boleh blahhhhhhhhhnya adalah orang-orang yang main skipping getah ni adalah budak-budak pengawas je. HAHA :D Oklah ~ Aku jadi pengawas masa Darjah 3 lagi. So masa tu memang aku pun join jugaklah main skipping getah nie. Masa tu, budak-budak biasa je just tengok je kitorang, budak-budak pengawas main. HAHA :D


Lepas tu, bila loceng dah berbunyi, kitorang kena pergi jaga kelas masing-masing. Pakat basah berpeluh belaka sebab duk melompat-lompat main skipping getah nie. HAHA :D Aduayai ~ Best sangat-sangat masa tue :)


Lumba kereta
Game ni masa awal-awal aku Darjah 5 lah. Eh ni bukan game lawan kereta yang jenis kena control tu tauu. Ni jenis game yang kau seret kereta tu kat belakang lepas tu lepas. HAHA :D Kita tengok kereta sape yang paling jauh pergi. Masa ni memang giler-giler lah duk main dalam kelas


Aku pun ada jugak kereta ni masa aku Darjah 5. Asal cikgu tak ada je, mesti mainn. Hebat betul masa tu sebab masa tu aku dah lah pengawas, lepas tu join pulak main macam nie. Aku selalunya main dengan geng-geng aku. Hehe :)

From left behind ; Raimy Haidire, Fazrin, Afif and Arafat
From left front ; Helmy and Zul Azlan Hurey

Okay ~ Ni geng-geng aku yang lelaki. Tapi yang paling sekepala dengan aku Arafat dengan Helmy lah. Masa ni Darjah 5 Alamanda dekat Sekolah Kebangsaan Port Dickson tahun 2003. Ya Allah ~ rindunya kat dorang. Sesape yang kenal salah seorang dari mereka, pleaseeeeeeeee bagitahu aku! Sejak aku pindah ke Besut, terus aku lost contact dengan semua kawan-kawan aku kat PD tue Y___Y BTW tengok atas meja tue, sebelah Arafat. Berderet-deret kereta kitorang. HAHA :D


Back to our topic. Geng lelaki ni lah yang aku selalu jadi giler sikit bila dah bersama dengan dorang. Dorang pulak jenis papehal je mesti nak suruh aku join sekali. HAHA :D Pernah lah masa aku Darjah 2 ke Darjah 3 ehh ~ nama aku masuk dalam buku disiplin sebab hal-hal macam nie. Dah lah aku ni perempuan, pengawas pulak ~ Uish ~ nakal sungguh aku masa kecik-kecik dulu -.- Tapi mak ayah aku tak tahu pun nama aku masuk dalam buku disiplin. HAHA :D


Askar terbang
HAHA :D Game ni aku tak tahulah korang pernah main ke tak tapi aku pernah main. HAHA :D Ikat elok-elok payung terjun askar tue lepas tu pergi kat tempat tinggi dan lepaskan askar tue. HAHA :D Aku selalu main dengan arwah tok aku. HAHA :D Aku suruh arwah tok aku lepaskan dari tingkat atas rumah tok aku dan aku duduk kat bawah dan shuhhhhhhhhh ~ askar tu pun terbang

Askar terbang


Tak tahu lah kenapa tapi bila tengok askar tu terbang, rasa macam bahagia sangat-sangat. HAHA :D Alahaii ~ budak-budak kecik kan? Manalah tahu pape kan? HAHA :D Aduyaii ~


Patung kertas
Pernah tak main? Yang ni budak-budak perempuanlah yang selalu main. Aku ni boleh dikatakan agak balance jugak lah ~ Permainan laki perempuan, semua aku kebas. HAHA :D Beli satu kotak yang ada game nie, dalam RM 1.50 lepas tu ada patung yang besar dan cantik dengan koleksi baju-baju, kasut dan semuanya. Cantik-cantik pulak tue. HAHA :D


Aku main gak menda nie. Aku siap simpan tauu semua baju-baju kertas tue dalam sampul surat dan simpan elok-elok. Lepas tu main lah sorang-sorang. Tukar baju tu, tukar baju ni. Ahh ~ Forever Alonee! HAHA :D


Yang kelakarnya, kadang-kadang patung tu pendek tauu. Bila dah pakai baju, baju tu yang lebih panjang dari kaki patung kertas tue. HAHA :D Bila tengok depan, cantik je patung tu pakai baju tapi bila tengok belakang, kaki duk tergantung. HAHAHAHAHA :D


Pistol
Game ni tengah hot masa aku Darjah 6. Masa ni memang sumpah aku giler-giler dengan member-member aku kat Besut. Tak silap aku pistol yang diisi dengan manik-manik kecik tu dipakai sebab nak tembak cicak. Tapi kitorang dah salah guna, buat main tembak orang. HAHA :D


Masa Darjah 6, habis je kelas tambahan pukul 4 petang, semuanya stay dulu kat sekolah. Kebetulan masa Darjah 6 kitorang kat Sekolah Tengku Mahmud Besut baru pindah bangunan sekolah yang baru yang ada 4 tingkat. Hmm ~ Apa lagi! HAHA :D Satu blok tu kitorang conquer duk main benda nie


Aku pernah main tau ~ Dengan kawan-kawan lelaki aku masa Darjah 6. Kitorang buat team lepas tu main macam polis, serang hendap. Team baik dengan team jahat. HAHA :D Dah lah masa tu bangunan kosong je so apa lagi ~ kitorang main je lah ~ Menjerit puas-puas hati bila dah jumpa musuh. HAHA :D


Tapi bahaya tauu game nie. Sebab sekali kau dah terkena tembak, perghhhhh ~ boleh berdarah kau punya kulit sebab daya manik tu memang kuat giler. Aku pernah kena tembak and terkena dekat lengan. HAHA :D Sakit giler! Kawan aku pernah kena dekat pipi. Lagiiiiiiiiiii lah ! Berdarah-darah tauu? Tapi tu lah ~ Lagi banyak kita cedera masa main, lagi masyuk game tu kan? HAHA :D


Tapiiiiiiiiiiii cikgu-cikgu sekolah kitorang larang kitorang main game ni sebab bahaya. So semua pistol kena rampas. HAHA :D Tapi tu lah ~ Budak-budak kecik kan? Dah rampas, beli lagi. Aku pulak, bila aku punya dah kena rampas, aku pinjam member aku punya. Tak pun, aku amik yang adik aku punya. HAHA :D



Dah lah ~ Aku malas dah nak tulis panjang-panjang. Kalau ikutkan, ada banyak kan permainan dulu-dulu? Baling selipar, police and thief, rounders, main guli, main pistol, biji saga, batu seremban, kahwin-kahwin, main masak-masak, main tengteng dan banyak lagi permainan yang selalu kita main waktu petang-petang dulu


Dulu-dulu, kalau balik rumah tapi tak keluar peluh dan baju tak kotor, memang tak sah. Mesti nak kotor and mesti berpeluh-peluh dan bila balik, mak kita pun mesti akan bising. HAHA :D Alahaii ~ rindunya masa dulu-dulu. Kalau balik lewat, kenalah kurung dekat luar rumah kejap. Hehe :) Alahaii ~ tak kan korang tak pernah kena kan? HAHA :D


Bagi aku, kanak-kanak zaman dahulu lagi extreme, kreatif, lasak dan lagi ganas. Datanglah apa je permainan, kita redah je. Kalau tak caya, tengok lah badan korang sekarang, mesti ada parut-parut kan? HAHA :D Parut apa tue? Parut semasa bermainn :) Lepas tu kita sanggup buat apa sahaja asalkan kita bergembira dengan permainan yang kita main tue


Tapi kanak-kanak sekarang, fulamakkkkkkkkkkk ~ Dah tahu apa itu iPad, dah ada HP, duk main PSP. Perghh ~ Hebatnyaaa -.-


Adik, dulu zaman akak, tak main pun PSP tauu? Kitorang main congkak je. Eh tahu tak congkak tue? Tak tahu? 


Sungguh menyedihkan tapi tu lah realitinya -.-


 

  • Share:

You Might Also Like

4 comments