Jalan Runtuh Di Dungun ; Peringatan Dari Allah SWT Kepada Kita?

By Mysara Newrie - Monday, December 26, 2011

 


 Assalamualaikum


Gempar! Gempar! Selalu macam nie. Sekarang dekat FB semuanya duk heboh duk cakap pasal benda nie. 


Benda apa? Ni hahhhhhhhh ~ Nak kabor se menda eyhh ~ Jalan kat pantai Teluk Lipat dah runtuh dah. 


Aku tak tahu lah bila terjadinya tapi aku dapat tahu dari FB dari semalam lagi tak silap aku. Budak-budak ni cakap, jalan dekat simpang yang masa van kunyit nak masuk ke bandar dan tembus dekat tepi 7 Eleven tue. Kat tepi Imtiaz Dungun tueeeeeeee ~ Budak-budak UiTM Dungun tahu lah kat area mana


Ya Allah ~ Memang diakui UiTM Dungun tu betul-betul tepi pantai. Nak-nak kalau cuaca mendung, angin kuat, hujan lebat, ribut petir, kitorang memang agak terdedah sangat-sangat dengan bahaya. Yelah ~ Sebab kitorang punya kolej memang betulbetul depan pantai. 


Sekarang ni dah kecoh pasal hal nie. Dorang cakap pasal hakisan ombak. Bukan Ombak Rindu yer? HAHA :D Tapi ni ombak pantai. Ombak pantai Dungun memang kuat dan besar tauu ~ Especially kalau time-time musim tengkujuh macam nie. Memang kuat


Kadang-kadang kalau bawak kereta tue, terasa tau kereta macam bergerak sebab angin pantai kuat sangat. Takut gak aku. Sekarang ni dekat Kuala Terengganu pun cuaca agak mendung je. Kawan aku cakap, chalet depan rumah atok aku kat Chendering ni pun dah terhakis dah. Ya Allah ~

Lagi gambar hakisan ombak di Dungun

Actually ada orang cakap ni sebenarnya peringatan Allah swt. Aku tak nak cakap atau komen panjang tentang hal nie. Macam-macam dah aku dengar sebenarnya dari kawan-kawan aku dan dari lecturer aku sendiri tentang hal-hal yang berkaitan yang dapat buat Allah swt murka dengan kami semua. 


Hal apa? Fikir-fikirlah sendiri. Aku mampu mengucap panjang je bila aku baca dalam Sinar Harian Online minggu lepas dan dapat tahu sendiri dari lecturer aku sendiri. Ya Allah ~ Kau lindungilah aku, keluargaku dan kawan-kawan aku dari perkara-perkara yang tidak diingini. Aminn 


Sekarang ni petanda kecil kiamat kita dah nampak dah. Aku tak tahulah nak cakap macam mana tapi bila memikirkan tentang hidup kita hanyalah singkat sahaja, buat aku insaf. Aku bukannya nak cakap aku ni alim ke, kuat agama ke tapi aku hanya mampu memperingatkan sesama sendiri. Dah menjadi tanggungjawab aku untuk memperingatkan kawan-kawan aku dan korang semua. Lagipun, apa gunanya kalau aku ada blog tapi aku tak pernah pun nak ajak kawan-kawan dan readers aku untuk beramal?


Kita hidup ni tak lama. Sekejap je. Apa yang kita buat di atas muka bumi ini akan dihitung di akhirat sana, dunia yang kekal abadi. Actually aku ada satu cerita yang selalu aku jadikan peringatan kepada diri aku sendiri


Pada satu hari, ada sebuah kapal yang besar sangat-sangat yang mempunyai anak kapal yang begitu ramai. Mereka semua telah berlayar hampir bertahun-tahun lamanya dan tak pernah mendarat. Sehinggalah mereka kehabisan stok makanan dan sebagainya dan memaksa mereka untuk mendarat di sebuah pulau yang mewah. Lalu, kapten kapal tu cakaplah dengan semua anak kapal mereka, bawak lah bekal apa-apa sahaja untuk mereka menempuh pelayaran yang bakal mereka layari pada masa yang akan datang



Tapi nasihat tu hanya dipandang ringan oleh anak-anak kapal mereka. Oleh sebab mereka semua ni dah lama tak mendarat, mereka jadi khusyuk dan asyik dengan pulau yang mewah tue. Mereka berfoya-foya dan bersuka-ria sesama mereka. Mereka langsung tak ingat tentang perlayaran yang bakal mereka lalui selepas itu


Sampailah saatnya, kapten kapal tu menyuruh semua anak-anak kapal dia untuk naik kembali ke atas kapal. Terkejut dengan arahan kapten kapal tue, semua anak-anak kapal tadi mengadu yang mereka tak sempat untuk bawak bekalan mereka untuk perlayaran yang akan datang tue dan akhirnya semasa perlayaran tue, mereka mati kelaparan


Moral of the story is kita hidup di dunia ni adalah untuk mencari bekalan yang sepatutnya kita bawak untuk pergi ke perlayaran yang kekal abadi di dunia sana. So ayuh kawan-kawan! Kita patuh arahan Allah swt dan kita tinggalkan laranganNya! :D *peringatan untuk diri aku jugak nie :)


Nampak tak betapa dekatnya kitorang, budak-budak UiTM Dungun dengan pantai? Gambar ini diambil dari koridor bilik aku sendiri. Aah ~ Bilik aku sendiri weyh! So maknanya dekat je kolej kitorang dengan pantai tue. Huhu


Kadang-kadang otak aku ni selalu duk fikir benda yang bukan-bukan dan kalaulah terjadi, macamana aku nak selamatkan diri aku. Ya Allah ~ Aku sendiri tak tahu macamana kalau semua benda yang aku bayangkan akan terjadi. Ya Allah ~ Sisih 44 malaikat Y___Y


Ya Allah ~ Lindungilah tempat kami menuntut ilmu. Sesungguhnya kami sayang UiTM Dungun


UiTM di hatikuuuu ~ 


 *Tetiba -.-


             

  • Share:

You Might Also Like

6 comments