Apa Yang Aku Dah Buat Sepanjang Tahun 2011?

By Mysara Newrie - Saturday, December 31, 2011


 Assalamualaikum


Tahun 2011 sudah hampir ke penghujungnya. Tahun ni mungkin ada kenangan manis dan kenangan pahit bagi setiap orang kan? Lain orang, lain ceritanya. Macam tu jugak dengan aku.


Tahun ni, bila aku imbas kembali banyak bendaaa yang aku belajar. Aku sakit, menangis, aku merana dan dari itu semua aku cuba melupakan perkara yang lepas dan cuba bangkit dan bangun dengan bantuan keluarga dan kawan-kawan. Hidup aku di U pulak begitu mencabar dari sehari ke sehari.


So entry kali ini aku just nak soroti balik apa yang aku dah buat dengan tahun 2011 nie :) Korang kena lalukan mouse korang tu kat setiap ayat tau dalam entry aku kali ini sebab setiap perkataan dan ayat, ada link yang merujuk kepada cerita yang aku maksudkan tue :) Link tu pulak ada yang warna pink dan ada yang warna kelabu :)


Maaflah kalau panjang sangat. Hehe :) Entry tak ada gambar sebab semua gambar boleh di lihat kat link yang aku dah bagi tue :)



**************************************



Januari 2011
Permulaan tahun ni aku mulakan seiring dengan permulaan semester kedua aku di UiTM Dungun dalam Diploma Pentadbiran Awam. Semester kedua aku letakkan aras yang tinggi untuk diri aku sehingga aku tak mampu nak mencapainya. Huhu ~

Sebab apa? Sebab orang lain sibuk belajar, aku sibukkkk duk beronggeng dengan kawan-kawan aku. HAHA :D Walaupun sekejap jer tapi itu sudah mencukupi untuk aku jadikan sebagai salah satu kenangan manis buat aku :)


Februari 2011
Akibat berfikir punya pasal, aku jatuh sakit penghujung bulan nie. HAHA :D Jatuh sakit mendanya? Tak adalah sakit teruk sangat cumaa suara aku jadi macam Mak Jemah punya abang lah kiranya. HAHA :D


March 2011
Jatuh sakit aku tu sebenarnya ada reasonnya. HAHA :D Sebab Family Day ASCAPS punya pasal lah. HAHA :D Aku dan batch aku bertungkus-lumus untuk buat Family Day dan Alhamdulillah ~ Semuanya berjalan dengan lancar dan perfecto! :D

Tapi sekejap je kegembiraan tu sebab masa ni Jepun dilanda Tsunami dan aku agak bimbangkan dengan keselamatan diri aku sebab UiTM Dungun kan berhampiran dengan pantai. Huhu ~ Alhamdulillah ~ Nasib baik tak ada apa-apa yang buruk berlaku :)


April 2011
1st April aku telah diprankkan oleh mak ayah sendiri sebab dorang buat April Fool. Sungguh comel betul mak ayah aku ni sebab buat April Fool untuk anak dia sendiri. HAHA :D Hampir menangis-nangis aku dibuatnya masa tue -.-

Bulan ni jugak ada Dinner ASCAPS tapi aku baru perasan aku tak update langsung cerita pasal Dinner tue. HAHA :D Just short entry dan gambar sekeping je. Sebab apa? Sebab masa ni final nak dekat dah! Huhu ~

Bulan ni jugak adalah bulan yang paling menduga hati aku sebab aku ada masalah dengan pencuri hati aku masa tue. Huhu ~ Aku fikirkan aku lah gadis yang paling beruntung tapi hakikatnya tidak bila akhirnya semuanya berakhir dalam satu malam yang sunyi. 

Selepas itu aku baru sedar, yang tak semua manusia ingin mendengar luahan hati kita kan? Cuba cakap dengan aku, siapa lah yang nak dengar apa yang kita cakap kan selain dari Allah swt yang Maha Mendengar rintihan-rintihan hambaNya

Dan yang paling menambahkan berat lagi aku pada ketika ini ialah saat itu aku sedang menghadapi final exam untuk semester kedua aku. Berat dan pedih sangat untuk aku lalui ketika itu. Terasa kekosongan dalam hati dan jiwa aku. Dan disinilah titik tolaknya di mana aku nekad untuk terlibat dengan pengurusan Dinner untuk diadakan pada semester ketiga


May 2011
Orang cakap shopping adalah terapi terbaik untuk perempuankan? Itulah yang aku buat masa aku tengah cuti sem semester kedua. Puas-puas hati aku shopping masa tu dengan duit PT yang aku simpan. Atleast dapatlah jugak aku gembirakan hati aku :)

Cuti sem masa ni jugak lah aku baru buat Tumblr :) Best gak Tumblr ni tapi aku dah lama tak update Tumblr aku sebab line aku tengah slow sekarang nie. HAHA :D

Cuti ni jugak aku bawak diri pergi ke Kuantan dan menghiburkan hati dengan kazen-kazen aku yang memang sejiwa dengan aku. Syukur aku masih ada mereka untuk terus bergelak ketawa :)

Tapi sapa yang mampu ubati rindu aku pada dia masa tue? Malam-malam aku menangis sebab teringat dekat dia. Tapi aku tak tahu nak buat apa dan semuanya aku telan sorang-sorang bertemankan bantal. Sakitnya aku masa tue menanggung kepedihan

Sampaikan pernah satu ketika, aku terfikir nak tutup blog aku dan berhenti berblogging untuk selama-lamanya sebab di blog aku ni lah, aku bertemu dan berkenalan dengan si dia. Aku tak sanggup nak baca semua entry-entry aku sebab semua tu mengingatkan aku pada dia dan macamana kami mula berkenalan -.-

Tapi Alhamdulillah ~ Aku tak jadi tutup sebab aku sayang blog aku nie. Di sinilah tempat aku mencurahkan isi hati aku. Dan aku percaya, Allah sedang menguji aku dengan cara nie dan aku tahu mungkin ada hikmahnya di sebalik semua nie

Di saat aku sedang berduka, aku pergi membawa diri ke Kedah bagi menghadiri Persidangan Mahasiswa FSPPP kali ke 3 di UiTM Merbok, Kedah. Aku rasa ini lah kenangan yang paling manis sebab aku berjumpa dengan semua abang-abang dan kakak-kakak aku dari seluruh Malaysia.

Dan kata-kata Abang Awang aku sematkan dalam hati sampai sekarang. Katanya "Dont give a damn on what people say about you"


June 2011
Permulaan semester ketiga aku. Hati aku masih teringatkan kepada si dia dan aku terfikir, kalaulah aku mati esok, adalah dia akan meratapi kepergiaan aku? Ahh ~ Jauh sekali aku berfikir ketika itu

Aku cuba untuk bangkit dari kesedihan dengan kawan-kawan. Semester ini aku nekad untuk perbaiki apa yang aku lemah sebelum ini. Berada di padang sambil menyaksikan perlawanan live Piala FA di UiTM Dungun bersama kawan-kawan menyebabkan aku semakin yakin untuk melangkah ke depan :)

Tapi di saat aku gembira dengan kawan-kawan aku, salah seorang sahabat yang paling rapat dengan aku, pergi meninggalkan kami semua. Ternyata, kehilangan itu sangat-sangat perit dan aku menangis meratapi pemergiaan dia. Dialah yang berjaya buat aku gelak ketawa selama ini

Namun, sampai bila aku harus ratapi dan menangis? Aku cuba melihat ke depan sebab masa ni banyak kerja yang perlu aku bereskan sehinggakan aku rasa aku perlukan seseorang untuk menolong aku dengan kehidupan aku. Bermula dengan proposal Dinner, aku begitu sibuk dengan semua urusan berkaitan dengan Dinner. Penat tapi aku puas :)


July 2011
Tak cukup dengan kehilangan kawan aku, aku pulak kehilangan kucing aku, Comel, pagi 16 July. Sedih betul aku masa tue. Menangis teresak-esak aku masa aku tutup badan dia dengan pasir. Dan sekali lagi, aku rasa kekosongan dalam hati aku bila Comel dah mati

Taip sedihnya tak lama pun. Masa ni pulak aku sibuk berayam merah dengan kawan-kawan aku sebab ada Family Day ASCAPS. HAHA :D Meriah betul masa nie dan yang paling best, main perang tepung. Haha :D

Dan disebabkan rasa cinta aku pada blog, tajuk untuk term paper aku, aku pilih The Advantages & Disadvantages of Blogging. Alhamdulillah ~ Term paper aku berjaya dengan lulusnya! HAHA :D Biasalah ~ Dah ada pengalaman kan? So just tulis je lah apa yang terlintas dalam hati dan jiwa :)

Dalam masa yang sama jugak, dalam duk sibuk-sibuk aku dan kawan-kawan aku menguruskan Dinner, ada sesetengah pihak yang melontarkan kata-kata yang agak tidak enak di pendengaran aku. Masa ni aku rasa macam nak quit dan lepaskan apa yang aku dah buat tapi seorang hamba Allah menyakinkan aku. "Kau berhenti Mai, kitorang semua berhenti" Terus aku tak jadi nak quit. HAHA :D Alhamdulillah ~ Hati aku masih kuat lagi untuk bertahan :)

Dan penghujung bulan ni jugak, akhirnya aku mengambil keputusan untuk lepaskan dia dan move on dengan hidup nie. Mula-mula memang sakit tapi akhirnya, aku berjaya lalui semua tue. Alhamdulillah ~ Terima kasih Ya Allah :')


August 2011
Bulan kita berpuasa :) Disebabkan Dinner yang ada beberapa hari lagi dan ditambah lagi dengan assignment yang superbanyak, menyebabkan aku betul-betul tak dapat tidur dengan lena kerana banyak berfikir itu ini.

Sebelum menyambut bulan puasa, tak ramai yang tahu, aku dan kawan-kawan aku pulak sibuk berperang tepung dan mayonis di Teluk Bidara. HAHA :D The best moment antara aku dengan kawan-kawan aku. Jujurlah aku cakap, merekalah yang membahagiakan aku dan menyokong aku

Bila nak dekat raya, aku perasan ramai betul yang buat kesalahan atas jalan raya dan bikin aku panas hati je dengan sesetengah orang. Haishh ~ Sabor je lah. Tahulah nak raya tak lama lagi, tapi tolonglah hormat sikit pemandu lain bang! HAHA :D

Kebetulan, raya tahun ni kita sambut sekali dengan Merdeka. Aku terfikir satu perkara, apa jasa dan pengorbanan aku untuk negara kita? Aku  tahu soalan ni macam susah nak jawab tapi tu lah realitinya. Kita sebenarnya lupa dengan betapa susahnya nak dapatkan merdeka pada zaman dahulu. Huhu


September 2011
Satu benda baru yang aku lakukan untuk blog aku bila akhirnya aku buat satu FanPage blog aku. Hehe :) Alhamdulillah ~ Bilangan likes pun dah makin bertambah. Hehe :)

Dalam keseronokkan itu, aku percaya dugaan dan cabaran yang datang dalam hidup aku, sebenarnya ada hikmahnya. Allah sengaja buat semua tu sebab ada reasonnya tersendiri dan kita sebagai hambaNya hendaklah menerima dengan redha :)

Balik UiTM, tengah syok syok nak tidur, sekali aku diganggu dengan suara yang nyaring, suruh aku siap-siap sebab nak pergi beraya. HAHA :D So pergilah sebab mood raya masih ada lagi. Aku mengaku, this is the best outing ever antara aku dan kawan-kawan aku di Kuala Terengganu. Dah lah tak plan langsung tauu! :D

Tapi lepas tu malangnyaaaaaaaaaaaaaa ~ aku tak boleh nak update cerita pasal outing tu sebab bagi aku entry cerita aku pasal outing tu tak menarik kalau tak ada gambar Y___Y Sedih betul masa tue

Masih dalam mood raya. Walaupun kitorang belajar di UiTM Dungun, tapi kitorang tetap rasa yang kitorang ni anak perantauan. HAHA :D Yelah ~ Family semuanya duduk jauh kan? Kitorang je yang masih di Dungun untuk menuntut ilmu :) Biarlah duduk dalam Malaysia pun, nak jugak rasa beraya macam perantauan :) Hehe

Dalam masa yang sama, ada sesetengah pihak yang bercakap belakang tentang keupayaan aku dan kawan-kawan aku dalam menguruskan Dinner kami. Ya Allah ~ Rasa macam nak menangis bila kata-kata yang tak baik itu sampai ke telinga aku. Tapi aku kuatkan semangat sebab aku tak nak mereka pandang rendah kepada kami semua. Aku percaya kawan-kawan aku mampu buat semua tu

Dan ternyata, semuanya terbukti pada satu malam sahaja. Malam yang penuh dengan kenangan manis kepada aku dan paling berjaya pernah aku handle :) Dan aku lah orang yang pertama sampai di dewan pada hari itu dan orang yang terakhir meninggalkan dewan itu. Dinner ASCAPS Corporate Colors Night 2011 the most wonderful thing happened in my life :')

Lepas Dinner, semua tak sihat dan demam! HAHA :D Tapi tak boleh nak ikutkan badan sangat sebab tak lama lepas tu, final exam sem tiga menantiii! Syukur Alhamdulillah ~ Teknik study aku menjadi walaupun aku tertukar dan blurr dan tak ingat! HAHA :D Tapi tension tension punn, aku sempat lagi merayap dengan orang baru. HAHA :D Sape orang baru tu? Jeng jeng jengg ~

Bulan ni jugaklah satu benda yang aku tak jangka berlaku. Followers aku dah ada angka 2 di depan. Alhamdulillah ~ Tak sangka ada jugak orang yang merelakan cerita aku masuk dalam hidup mereka. To all my followers, thank you so much :')

Tak lama lepas tu gempar satu UiTM Dungun bila kawan aku tak pasal-pasal menjadikan lagu mexico sebagai lagu tema kolej kitorang. Tapi sayangnya, benda tu hanya femes dalam kalangan kitorang je. Usaha lagi yer wahai sahabatku? HAHA :D


October 2011
Orang lain sibuk study Law, aku dengan kawan-kawan aku sempat lagi beronggeng malam-malam hari. HAHA :D Biasalah ~ release tension :) Tapi lagi 4 hari nak exam, baru sedar, kitorang sebenarnya dah boleh start study dari duk main-main je -.-

Lepas tu kitorang sibuk dengan post mortem dinner yang meriah giler. Walaupun umur dah nak 20 tahun tapi perangai masih tak berubah-ubah. But who cares? Aku sayang kawan-kawan aku dengan cara mereka :)

However, third semester comes to the end. Sedih giler. Tarikh 091011 adalah tarikh yang bermakna bagi aku :') Aku rasa semester tiga adalah yang terbaik pernah aku alami sepanjang aku kat U

Cuti sem bermula. Di kesempatan ini aku gunakan dengan sebaik-baiknya dengan menjelaskan kenapa aku susah sangat nak approve kawan-kawan aku di FB. Even blogger, tumblrs, tweeters dan ers ers ers ers yang lain add aku, tapi aku tetap tak approve. Sebab apa? Kliklah link yang akan membesar dalam perenggan nie :)

Bila dah cuti sem, waktu tidur aku pun dah tunggang terbalik -.- Tak tahu mana pagi, petang, siang dan malam. Dah terbalik dari semua orang. HAHA :D Disebabkan itulah aku jelaskan kenapa aku sangat pentingkan masa dan kenapa aku suka pakai tudung bawal. HAHA :D Mengarut sebenarnya aku nie -.-


November 2011
Bulan baru. Aku jelaskan lagi kenapa aku tak suka sangat pakai make up. Yelah ~ Orang lain suka pakai tapi aku macam kurenggggggg sikit. Hehe :) Aku jugak dah aktif dengan Twitter aku yang dah berabad lamanyaaaaaaaaaaaaa aku tak cara. HAHA :D Teruk aku kena usik dengan kawan-kawan aku -.-

Tapi tak lama lepas tu, ada orang yang nak kahwin tapi aku yang kena berkorban. Sedih aku tapi tu lah ~ Aku terpaksa buat sebab itu untuk kebaikkan aku jugak Y__Y Dalam duk sedih-sedih tu, aku dikejutkan dengan berita tentang results exam aku untuk semester tiga :) Hehe ;p

Dah dapat results baik, aku dapat tawaran untuk buat fast trex. Arghh sudaaa ~ dalam dilemma aku duk fikir pasal benda nie -.- Dalam duk dalam dilemma tu, sempat lagi aku pergi beli hadiah untuk diri aku sebagai balasan aku dapat results exam aku tue :) Hehe

Bulan ni pun aku hairan dengan sesetengah orang sebab disebabkan tarikah 11.11.11 ada orang nak bergaduh dalam FB. Ape ke hey nya tue?! Buat malu orang je -.- Tapi aku malas nak layan sangat lah -.- Baik aku pergi edit blog dan jeng jeng jengggggg ~ blog aku bertukar wajah lagi! :D

Dalam masa yang sama jugak, Along aku bertunang tapi sayangnya adik aku tak dapat nak ikut sebab die tengah sibuk nak amik SPM. Huhu ~

Dah puas bercuti sem, tibalah masa nya untuk check in UiTM Dungun untuk semester yang ke empat! Pergh ~ Kejap je masa kan? Aku rasa tahun lepas aku baru masuk UiTM tu untuk part 1 -.- Sem ni aku decide aku nak buat MUET tapiiiiiiiii aku tak study pape pun pasal MUET tue -.-

Permulaan sem aku yang ni bermula dengan agak susahlah bagi aku sebab aku rasa macam aku ni lemah dan ringan umpama jelly dan kapas Y___Y Hari hari aku menangis weyh! Tak pernah aku rasa macam tue. Huhu. Tapi lama-lama Alhamdulillah ~ aku dah okay dah :)

Di penghujung bulan ni jugak, aku baru sedar yang hati aku sebenarnya dicuri oleh dua watak utama yang ada dalam skrip kehidupan aku. Tapiiiiiiiiiiiiiiii...... *mengeluhh ~


Disember 2011
"Kept the past" itulah yang aku pegang dan Alhamdulillah ~ hati aku kuat untuk menghadapi semuanya sekali lagi :) Sem ini jugak aku ada banyak subjek yang melibatkan presentation dan bila dah ada presentation, macam-macamlah ragam kawan-kawan aku yang keluar -.- Nasib baik lecturer kitorang sporting! HAHA :D

Ombak Rindu punya pasal, pergilah tengok tapi tu adalah outing yang penuh dengan dugaan -.- Tapi masa tu, sebenarnya aku dapat tahu tentang sesuatu. Kebenaran yang buat aku sakit sendiri Y__Y Huhu ~

BTW aku berblog ni hanya untuk suka-suka tapiii tak sangka pulak yang orang lain kenal jugak dengan aku :) I mean, orang luar, yang bukan kawan aku :) Hehe :) Tapi tak boleh nak suka sangat sebab aku ada banyak sangat kerja nak kena buat tapi tak boleh nak buat sebabbbbbb sakit! Tapi apakan daya, nak tak nak, kenalah buat jugak -.- Sebab ini adalah realiti kehidupan yang aku perlu lalui :)

Dalam duk sibuk tu, sempatlah jugak aku dengan kawan-kawan aku duk berphotoshoot sesama sendiri di saat orang lain sibuk berCollege Attack. HAHA :D Mungkin disebabkan jadual kelas kitorang yang pack sangat-sangat kot? Tu yang jadi macam tue. HAHA :D

Dalam duk sibuk-sibuk tue, kitorang digemparkan dengan jalan runtuh dekat Dungun tue -.- Memang dahsyat lah sebab aku dah tengok dah dengan mata aku sendiri bila aku meronda-ronda di Dungun tue. Hehe :)



******************************************



Hari ini dah 31 Disember 2011. Bila aku soroti semua kisah-kisah aku untuk tahun ini sahaja, aku rasa banyak sangat yang aku belajar dari keadaan sekeliling aku. Buat aku sedar, buat aku fikir, buat aku termenung. Semua ada. Alhamdulillah ~ semua tu makin mematangkan fikiran aku dan aku semakin tabah menghadapi dugaan dan cabaran dalam hidup nie :)


Apa-apa hal pun, aku harap tahun 2012 akan berlaku perkara-perkara yang baik kepada aku, Insyallah :) Azam tahun baru? Tak ada sebab buat apa nak berazam setiap kali tahun baru sedangkan kita boleh je berazam setiap kali bangun dari tidur kan? :)



ALHAMDULILLAH untuk tahun 2011
BISMILLAH & ASSALAMUALAIKUM untuk tahun 2012!


 

  • Share:

You Might Also Like

6 comments