Hoyeah! Cuti MidTerm Dah Start! :D

By Mysara Newrie - Thursday, December 22, 2011


Assalamualaikum

Hoyeahhhhhhhhhhh ! Alhamdulillah ~ Aku dah selamat sampai di Kuala Terengganu, rumah nenek aka rumah arwah tok aku nie :) Sekarang ni tengah cuti midterm so sebab tu lah kena balikk


Cuma sampai sekarang aku rasa macam asal lah cepat sangat cuti eh? Aku baru nak hidupkan enjin kasi tension study tup tup tup ~ eh eh ~ dah cuti midterm ehh? Asal cuti cepat sangat nie? -.- Tak puas rasanya duduk kat UiTM Dungun tue -..-


Hari Khamis, aku ada satu kelasssssssssssss je iaitu pukul 2.30 petang. Perghh ~ Rasa macam geram kan? Nak bawak kan kelas tu kasi awal sikit tak boleh sebab kelas tu kelas lecturer yang kena gabung dengan 3 buah kelas yang lain. So hmm terpaksalah terima dengan paksa rela -.-


Masa nak start mengajar nie, Sir Adlan tengah try nak tutup suis lampu sebab nak kasi kitorang nampak lah slide tue kan? Bukak tutup, bukak tutup suis lampu, tapi slide tu tetap tak nampak. Last-last sekali, Sir Adlan cakap


"Arghh tutup je lah semua. Senang!" 


Aku dah tergelak dah. Kelas Sir Adlan lah yang paling sempoi dan kelakar sekali. Nak-nak dengan perangai sorang-sorang yang boleh masuk air dengan Sir Adlan, memang kasi gegak gempitalah satu kelas tue. Haha :D


Tak ramai pun yang datang. Cuma Sir Adlan, lecturer ETR kitorang kasi tips-tips THE DO & THE DONTS semasa presentation nanti yang aku rasa sangat-sangat berguna :) Si Hani dah siap terlentok dah atas bahu aku sebab mengantuk punya pasal. Haha :D


Habis je kelas, terus pergi Hotel UiTM Dungun sebab nak makan. Lapor nak mampusss masa ni sebab sejak bangun dari tidur, aku dengan Hani memang tak makan pape pun lagi. Kitorang makan sandwich je tapi lepas dah makan rasa macam nak meletoppp perut ni sebab kenyang sangat! HAHA :D 


Hani dengan Strawberry Cheese Cake. Sedap giler :)


Cahaya kematangan. HAHA :D Ada ker? Pftt -.-

Memandangkan parents aku dan adik aku ada kat Kota Kinabalu sekarang nie, so terpaksalah aku menghabiskan cuti midterm aku dengan menghadap lappy dan juga assignment yang memang bertimbun-timbun. Banyak betuii kerja kena buat. Itu lah ~ ini lah ~ Presentation lah ~ Report tu lah ~ Ya Allah Y__Y Rasa macam tak cuti je. HAHA :D


Aku balik Kuala Terengganu tumpang kawan sekelas aku, Ana :) Thank you Ana for the ride! Janji nak bertolak pukul 4.30 sekali amik kaaaauuuuuuuuuu ~ pukul 6.30 baru bertolak. Terkejut aku bila tengok ada orang lelaki dalam kereta dia. Eh eh rupa-rupanya, pakwe Ana, Abang Naem. Hehe :) Aku kenallah dengan Abang Naem tue. Hehe :)



Abang Naem yang duk berpot pet pasal apa entah -.- HAHA :D


Masuk-masuk je dalam kereta, terus Abang Naem cakap macam nie,


"Pergh ~ Blogger terhebat ada dalam kereta sekarang nie"


EH? HAHA :D Terus aku gelak macam orang giler. HAHA :D Kebetulan Ana pun apa lagi, cuh ceh cuh cehh lah duk berpot pet dengan Abang Naem. HAHA :D Sweet lah Abang Naem dengan Ana nie. Aku doakan jodoh yang berpanjangan antara korang berdua sehingga ke akhir hayat. Insyallah, Amin! :D


Fana Fiana :) Thank you sebab kasi aku tumpang kereta kauu :) 


Sepanjang perjalanan dari Dungun ke Kuala Terengganu, aku dengan Ana berborak panjang lah pasal budak kelas kitorang dengan study kitorang. Dah lama tak berborak panjang dengan Ana sebab sebelum ni Ana kelas aku tapi untuk sem ni, dia tukar kelas. Cuma untuk kelas ETR je dia satu kelas dengan aku. 


Sejak masing-masing dah duduk luar kampus nie, aku dah jarang nak lepak-lepak dengan kawan-kawan lama aku yang memang selalu lah aku berborak panjang dengan mereka. Kalau ada yang duduk dalam kampus, dorang duk jauh dari kolej aku. Ditambah lagi dengan assignment yang banyak, so masing-masing macam tak ada masa betul nak berhu ha hu ha Y___Y


Sekarang ni aku tak tahu aku nak buat apa dengan cuti midterm aku nie. Berholiday dengan kawan-kawan, membuang masa, berassignment atau berlappy je? -.-

 

  • Share:

You Might Also Like

2 comments