Salam. Aku dah try dah nak cakap macam ala-ala orang puteh gitu di entry ini tapi Cik Hel cakap tak suke. Haha. Sejujurnya aku pun tak suke jugak sebab rasa berbelit-belit tangan aku nak menaip. Haha. Aku teruskan seperti biasa ok? ;DDD
Ok. Baru-baru ini masa Epy datang Kuala Terengganu, dia cakap "..Kenapa kau tak cerita pasal lesen P kau kat blog hah? Kau selalu cakap bilalah nak dapat P jadi aku ingatkan bila kau dah ada P kau akan cerita lah kat blog tapi aku tengok tak ada pulak.."
Ololololo ~ Kesian nya kat Cik Epy kita ni. Haha. Ternanti-nanti cerita pasal lesen P aku rupa-rupanya. Hehe. Ok lah ~ Sebenarnya aku dah ada lesen P dah. Cuma aku tak cerita pasal lesen P aku tu kat blog.
Bukannya apa. Masa aku test dengan JPJ untuk dapatkan lesen P aku tengah demam. Hah ~ Terror tak aku? Bawak kereta dengan JPJ sedangkan masa tu aku demam taw ~ Haha. Bawak kereta pun macam tak betul. Aku dah agak dah aku tak kan lulus sebab signal tak ingat nak bagi, kereta termengundur sikit masa dekat simpang 3 tapi sapa tahu? Aku lulus ! ;DDD
Tapi sebenarnya aku dah bagitahu awal-awal kat Encik JPJ tu. "..Encik, sebenarnya saya demam hari ini. Saya harap encik faham dengan keadaan saya. Tak nak datang test JPJ tak boleh dah. Sebab tu saya paksa jugak saya datang hari ini walaupun saya demam.." Hehe
Owh hooo ~ Tinggalkan dulu pasal Encik JPJ dulu. Buat apa aku cerita pasal die. Die bukannya nak bagi aku duit kalau aku cerita pasal die. Hehe.
Mula-mula dapat lesen P suka lah ~ Rasa nak bawak kereta jer. Tapi bila dah bawak kereta di tengah-tengah bandar, baru aku tahu perasaannya.
Ok. Aku admit yang aku takut nak bawak kereta sekarang ini. Aku takut dengan keretanya yang banyak, motor-motor, penjalan kaki, lori-lori. Hish ~ Kalau nak cerita apa yang terjadi dekat aku sepanjang aku bawak kereta, sampai esok pun belum tentu sudah habis ke belum cerita aku ini.
Setakat ini dah 4 kali aku bawak kereta. Tu pun dengan bertemankan mama di sebelah. Hish ~ Takutlah bawak kereta T____T
Menakutkan !
Mendebarkan !
Mengerunkan !

Kawan-kawan, ada tak jual pil keberanian bawak kereta? Aku nak beli 10 peket :)
8 comments