TC is stand for Teluk Cempedak lah ~

by - Friday, March 19, 2010

Salam. Di entry aku yang sebelum ini, aku ada cakap nak pergi tengok 3D Alice in Wonderland kan? Tapi itu hanyalah impian semata-mata. Benci aku!

Al-ksiahnya, Azrul malas nak bawak kitorang. Padahal masa tu aku dah siap-siap dah. Last-last semuanya duduk depan TV, duk ulang balik cerita Paranormal Activity tue. Haha. Lepas tu tengok balik Adnan Sempit.

Dekat-dekat pukul 11 aku pun dah macam bosan tengok TV so aku turun bawah. Setengah jam lepas tue Aiman masuk bilik aku dan cakap "..Sara, siap-siaplah. Along nak bawak kita pergi TC.."

Dengan berat hatinya aku pun siap-siap. Act ada something happen dimana semasa nak pergi TC tu mood aku tak berapa nak baik sebab tuttttt ~ Hehe

Sampai kat TC terus aku serbu kat bahagian jualan tepi tu. Haha. Aku suke pergi kat kedai-kedai macam tu biarpun kualiti barang-barang tak boleh diyakini langsung ~ Hehe. Tapi aku dan rembat sepit rambut dan jam.


Aku ingat nak beli Crocs tapi bila aku fikir-fikir balik, biarlah dulu. Aku rasa ada banyak lagi benda yang perlu aku buat dengan duit yang aku ada masa tue. Hehe. Pergh ~ Macamlah aku ada banyak duit masa tue. Hehe


Aku sayang giler dekat semua kazen-kazen aku ini sebab diorang lah kadang-kadang yang bagi nasihat dekat aku. Hehe. Bagi aku support kat aku. Bab-bab duet ni dah tak kisah dah. Dah macam adik-beradik dah.

Kadang-kadang kalau diorang kebetulan balik Terengganu, diorang suruh aku gosok baju diorang. Haha. Tengok? Betapa kamcengnya aku dengan diorang. Hehe. Kalau diorang nak potong rambut, sanggup YM dengan aku, tanya style mana yang sesuai. Kalau pergi beli baju, si Azrul tolong pilihkan untuk aku. Hehe.

Ada sekali tu aku tengok skirt. Azrul datang kat aku dan cakap "..Kalau kau pakai skirt ni, aku tak mengaku kau sedara aku.." Dan ayat itu akan selalu keluar bila aku pergi tengok baju-baju. Sebagai peringatan lah kat aku. Hehe

From left ; Azrul, Epy, Aiman dan Hakim. Yang budak perempuan kecik tu Aishah :)



You May Also Like

12 comments