[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Tuesday, March 23, 2010

Surat Untuk Awak


Mula-mula kenal, kau selalu call. Tiap-tiap malam cakap tepon. Hish ~ Kadang-kadang rasa serabut giler. Nak tengok TV pun tak senang taw tak? Huhu. Tapi tak pe lah ~ Aku layan kan jugak.

Last call dari kau 9hb Mac. Masa tu kau dah mula cakap sayang cinta dan pape lagi lah ~ Tapi sikit pun aku tak caya. Kejam lah aku ~ Sebab masa tu baru kenal lagi

Tapi sape sangka dan sape tahu, itu adalah last call dari kau. Aku rasa puas. Tiada gangguan dari call. Tiada sape nak kacau aku tengok TV. Tiada sapa nak kacau aku layan FB. Tiada sape kacau idea aku bila aku nak update blog.

Tapi aku silap. Rupa-rupanya jauh di sudut hati aku, aku mengharapkan kau call aku. Tiap-tiap malam aku tunggu kau call. Tapi kau tak call-call pun. Sedih nya rasa.

Walaupun tak call, kita main mesej. Ok lah tue ~ Kadang-kadang kita chat di YM dan FB. Tapi semuanya tak best sebab makin lama kita makin tak mesra. Sedih gak rasa tapi aku sedar satu perkara.

Kau dan aku bukannya declare couple. Tapi kita berlagak macam orang couple. Ucap perkataan sayang tiap-tiap hari. Bagi aku, perkataan sayang tu mungkin kau ingin menzahirkan yang kau sayang dekat aku sebagai kawan. Ok Fine! Aku akan ingat benda tu sampai bila-bila dan akan aku terima hakikat tu sebab aku pun sayang kat kau jugak.

"..Awak jangan ingat saya nak main-mainkan awak. Awak jangan samakan saya dengan orang lain. Awak mungkin boleh samakan saya dengan orang lain tapi saya tak mungkin samakan awak dengan orang lain. Walaupun kita baru kenal tapi saya rasa rapat dengan awak.."

Oh terima kasih lah kat kau banyak-banyak sebab kau dah berjaya buat aku rebah lagi. Rebah dalam permainan alam maya kau. Memang lah bercakap itu memang senang tapi sekarang ini dah dekat sebulan kita berhubung dan kau masih juga menghubungi aku.


Walaupun kadang-kadang kau macam tak take care kat aku tapi aku tak kisah. Sebab kau dan aku tak ada apa-apa! Betul kan? Kau mana nak tanya dekat aku, aku dah makan ker? Dah baik demam ker? Tak ada kan?



*****************************************************************



Awak ehh, saya tak nak letak apa-apa harapan pun dalam perhubungan kita. Saya tak nak kecewa lagi pada masa akan datang. Biarlah orang cakap saya bodoh, saya tak kisah sebab mereka bukan diri saya. Mereka hanya tahu bercakap jer. Saya tak tahu apa harapan awak untuk kita berdua tapi saya harapkan yang terbaik dari awak. Saya tak nak awak anggap saya ni barang permainan awak. Saya tak suka

Awak ehh, saya tahu awak dah besar. Dah dewasa dah pun. Dah 22 tahun dah umur awak tapi awak kena faham saya masih merangkak-rangkak lagi dalam memasuki alam dewasa ini. Kadang-kadang saya tak paham apa yang awak cuba sampaikan. Saya tafsirkan kata-kata awak melalui kepala otak remaja saya ni. Saya tahu kadang-kadang awak bengang dengan saya sebab awak pernah cakap "..Nak berkata-kata, fikir dulu. Jangan cakap ikut mulut je.."

Awak ehh, kalau betul lah awak sayangkan saya, tolong yakin kan perasaan awak tu kat saya. Tolong buat saya rasa awak memang sayang saya. Sebab bila saya rasa yakin, saya akan sayang dekat awak. Bukan bermakna saya tak sayang awak pada masa ini cuma sayang saya tu masih tak penuh lagi. Jadi, awak tolong penuhkan perasaan sayang tu boleh? Alah, untuk awak jugak kan?

Awak ehh, awak memang baik. Saya tahu awak ni bukannya jenis yang suka show off perasaan sayang tu tapi kadang-kadang saya nak jugak awak menunjuk-nunjuk sikit perasaan awak tu supaya buat saya rasa gembira lagi. Saya nak jugak ada orang sayang dekat saya dan manjakan saya. Saya tak harapkan banyak dari awak cuma sikit jer.

Awak ehh, saya tahu awak ni kadang-kadang jenis cepat pemarah orangnya. Saya cakap salah sikit, awak dah macam nak marah saya. Janganlah macam tu. Memanglah kadang-kadang saya bengong sekejap tapi janganlah macam tue. Kadang-kadang niat saya di hati nak bergurau jer tapi awak salah tafsirkan. Cubalah awak selami dulu hati saya ni. Cubalah awak paham niat dan maksud saya yang tersirat dulu sebelum cakap apa-apa.

Awak ehh, saya masih 18 tahun lagi. Muda lagi. Jadi tolonglah bantu saya dalam menghadapi dunia luar tue. Awak bagilah saya kekuatan dan keberanian sikit. Sebab bila ia melibatkan hal awak, saya jadi semangat. Awak ini umpama dadah kat saya. Memberi semangat yang tinggi kepada saya untuk terus berjuang.

Awak ehh, boleh tak kalau kita chat ker, msj ker, jangan tulis pendek-pendek sangat? Saya rasa macam tak best. Taiplah mesej awak tu panjang-panjang sikit. Nak baca pun best. Macam baca buku sikit. Ni tak. Asyik mesej-mesej yang pendek dan ringkas jer. Saya rasa macam membazir jer. Tapi awak cakap "..Kalau ia melibatkan awak, tak ada istilah membazir.."

Awak ehh, saya nak awak tahu saya tak letak apa-apa harapan pun untuk kita berdua. Saya hanya nak biarkan masa je yang menentukan ke mana kita lepas nie. Kalau ada tempat untuk kita, adalah. Kalau tak ada, mungkin kita ditakdirkan hanya untuk berkawan :)

p/s : orang yang aku maksudkan di atas adalah orang yang sama di entry ini :)


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts