Kenapa Dia Cakap Macam Itu?

Wednesday, March 03, 2010


Salam. Semalam, on9 lah FB. Benda wajib yang aku kena buat tiap-tiap hari. Hehe. Tiap kali aku buke FB mesti ada 'new friend request'. Kadang-kadang aku rasa "..Ok semua manusia! Berhenti-hentilah add aku..!" Tapi bila fikir balik, best jugak ada ramai kawan nie. Hehe. So aku approve je lah ~ Dah ada orang nak kawan dengan kita so kita terima je lah kan? Hehe.

Aku perasan semenjak dua menjak nie ada dalam kalangan rakan blogger aku di sini add aku di FB. Hehe. Thanx a lot yer you guys! Love you all! Hehe. Kalau ada terserempak dekat FB, rajin-rajinlah tegur yer. Hehe


Dan masa aku tengah kutuk-kutuk kawan-kawan aku di FB *Oklah ~ I admit yang I memang nakal dan sangat-sangat jahat ketika berada di FB sebab I selalu kutuk kawan-kawan I adalah seorang mamat nie hantar chat kat aku. Alah, benda alah yang kat bawah tu, yang ajak kita chat. So aku layanlah ~

Budak lelaki nie kan *act bukan budak dah! die dah genap 22 tahun hari ini macam ok lah ~ Gurau-gurau dengan aku. Aku layan je lah ~ Dah nama kawan kan. Yang paling best aku dengan die bergaduh pasal satu topik taw. Lama giler duk bergaduh dalam chat kat FB tue sampai aku tak ingat nak update blog.

Sampai satu ketika, aku rasa macam "..Mamat ni nak jugak menang. Hish ~ .." Aku malaslah nak bergaduh-gaduh panjang dengan dia. Act bukannya bergaduh tapi macam berdebat pasal satu perkara. Aku tak ingat pulak pasal apa. Haha.

So aku cakap dengan "Yelah ~ Awak menang. Puas hati??.." Then die balas balik,


tau tak pe

ni lah yang saya suka

bukan suka sebab menang

tapi sifat mengalah

setiap kata-kata awak melambangkan

keperibadian

itulah yang saya perhatikan

sifat mengalah tandanya hati awak lembut..



Pulak dah? Kalau aku tahulah, aku takkan mengalah! Argh!! Paham tak perasan aku masa tue? Rasa nak mengamuk je ~

Tapi lepas habis dah chat dengan dia, aku baca semula chat tu dan sangat menakjubkan apabila aku copy balik semua benda yang kitorang chat dan aku save! Haha. Apasal nie weh? Tapi biar aku cakap terus teranglah ~ Aku macam terkesima bila die cakap macam tue. Puas hati?



Kenapa dia cakap macam tue??

You Might Also Like

23 comments