Emosi Yang Tidak Stabil

By Mysara Newrie - Monday, March 01, 2010


Salam. Hari ini dah masuk bulan 3 dah. 01032010. Dan semakin lama aku rasa semakin tidak bersemangat.



1st of all. Selepas aku post entry pasal Encik Fauzi tue, aku rasa macam aku tak patut pulak bagitahu kat blog ini yang aku dah couple. Weh, orang lain dah bertahun-tahun couple, ok jer ~ Aku jer yang gabra macam apa. Baru couple sehari dah nak kecoh-kecoh. Memang tak patut. Dengan kawan-kawan aku di FB *certain je lah yang memang grr ~

Aku tak tahu nak cakap macam mana tapi yang pasti aku rasa aku dah buat satu kesilapan yang besar dengan memberitahu semua orang yang aku dah couple. Ok! Fullstop! Tak nak cerita pasal benda alah nie. Lagilah aku jadi bingung bingang ~

Dah masuk bulan 3. Itu bermakna keputusan SPM akan keluar bila-bila masa sahaja. Tahniah lah SPM! Sebab kau dah berjaya buat aku tak senang duduk! Tiap-tiap kali bangun dari tidur mesti aku terpikir pasal results results results! Tak ada benda laen. Lepas itu ditambah pulak dengan 'propaganda mengarut' dari kawan-kawan aku dari FB pasal tarikh sebenar keputusan SPM. Sekarang ini hanya tinggal dua tarikh sahaja lagi iaitu 11hb dan 16hb. So mana satu nak percaya??

Masalah di tempat kerja. Aku dan sepupu aku, Baby memang nekad nak berhenti! Kitorang tak nak dah kerja. Kerja penat-penat, angkat kotak-kotak berkilo-kilo, susun kotak lagi, kira stok transfer, tempat kerja jauh, ragam pelanggan yang entah hape-hape tapi bayaran ciput nak mampus! Mula-mula aku tak kisah tapi selepas 'terkejut dari mimpi yang lena' baru sedar pasal semua ini.

Aku memang nak berhenti kerja. Tapi supervisor cakap kena cari orang dulu. Bila aku dah dapat orang, direject pulak sebab melebihi umur yang telah ditetapkan iaitu 28 tahun. Bila nak cari orang lain, memang sah-sah lah tak ada sebab ada yang tengah belajar lagi.

Budak-budak lepasan SPM pulak semuanya tengah meringkuk dalam bilik masing-masing, memikirkan pasal results SPM macam aku ni. Aku pulak tak lama lagi akan blah dari Terengganu nie. Kalau aku nak berhenti pulak, kena bagitahu 2 minggu lebih awal. Bila dah bagitahu, supervisor tue tanya "..Nanti sapa yang ganti you??You kena cari oranglah ~.." Pulak dah?! So aku nak harapkan sapa lagi untuk ganti tempat aku nanti?

Ini cerita hari ini. Aku nak test QTI kereta tadi. Tapi tak boleh sebab aku tak tahu pulak kena bayar RM400. Aku ingat bayar semasa test dengan JPJ nanti. Cikgu yang mengajar aku driving pulak macam merajuk sebab kes mak aku call sebab nak tanya pasal QTI dan JPJ Test. Walaweh ~ Anda ni lelaki ke bapok hah? Kena soal selidik sikit pun dah nak merajuk.

Lepas tu selama ini borang driving aku yang selama ini dia pegang aku tengok tersadai elok je dalam bakul dekat GSA tadi. Memang sah-sah merajuk apatah lagi SMS dan Call aku langsung die tak layan. Hish ~ Serba tak kena aku dibuatnya.

Lepas tu pergi BSN tadi sebab nak buka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional aka SSPN. Dah siap-siap isi borang. Sampai je kat kaunter tue akak tu marah-marah kat aku sebab salah isi. Weh akak, akak yang cakap tulis nama ayah saya kat sini kan? Bila saya tulis, akak marah pulak. Yang sebenarnya akak tu yang salah cakap! Lepas tu nak marah aku pulak. Hish ~ Akak tu memang nak kena 'tembak' dengan aku jer tue ~



Pergi Giant tadi. Aku round-round dan sambar lah Kit Kat, Maggi dan Ducth Lady. Sampai kat kaunter nak bayar, aku nak amiklah purse aku. Buka je handbag, tengok purse aku tak ada. Aku cuak giler dah. Setahu aku lepas aku amik duit tadi kat CIMB aku terus letak purse aku dalam handbag. Dah mana pulak pergi purse aku ni? Dah lah dalam purse aku tu ada driving lisence *walaupun L, IC, kad bank dan segala macam kad. Kalau hilang, matilah aku.

Aku pergi kat kereta dan tengok purse aku elok-elok je duk 'berjemur' kat dashboard kereta tue. Bila masa pulak aku letak purse aku kat dashboard tue?

Pergi lunch kat RasaMas. Serta-merta niat aku nak makan terbantut bila tengok ayam die tak berapa nak masak. Last-last aku makan nasik, sup dengan sos cili die jer ~ Pergi dekat Smart CC, cuci-cuci mata. Alih-alih terlanggar pulak sorang kakak nie. Nasib baik kakak tu tak sombong dan senyum kat aku. Kalau tak, kat situ-situ jugak aku nak mengamuk.



Kesimpulannya, emosi aku memang tak stabil sekarang ini. Sila-sila tepuk tangan sebab rakan blogger anda ini dah tak siuman. Terima kasih ~



p/s : perlukan bahu seseorang untuk aku menangis dan tangan untuk menenangkan aku.

  • Share:

You Might Also Like

14 comments