Yeah ! Bebas Denggi! :)

Thursday, March 25, 2010


Salam. Awal pagi lagi aku dah dikejutkan oleh mama untuk pergi ke hospital. Huhu.

Sampai dekat-dekat pukul 8. Orang dah ramai dah. Bagi IC dan tengok nombor angka giliran 0039! Padahal masa tu baru 0014. So pergi lah breakfast dulu kat belakang hospital tue. Pergh ~ Ramai giler orang.

Pergi masuk balik kat kaunter. Baru nombor 0019. Haha. So kena tunggu lagi lah nampaknya. Sampai angka aku, pergi amik darah di bilik 12. Aku pun mengadulah kat makcik yang amik darah tue. Tangan aku dah lebam-lebam sebab masa dia amik darah aku tempoh hari ganas sangat. Sampai lebam-lebam tangan aku. Huhu T____T

Amik darah dan hantar darah tu dekat bilik 7. Pergh ~ Aku tengok darah aku tu pekat giler ~ Sepanjang darah tu ada dengan aku, tak habis-habis aku tengok sampai tak ingat nak amik gambar. Hehe

Tunggu sekejap dan dapatlah keputusan nya. Yeah ~ Im free from denggi! :)) Darah aku hari ini 192. Banyak tu. Sure lepas dari penahanan di wad nie. Hehe

Masuk bilik 1 dan cakap-cakap dengan doktor. Doktor cakap ok dah aku ini tapi kena minum air banyak-banyak lagi. Hehe. Entah bila lah aku nak laksanakan permintaan doktor tue. Hehe

Maka dengan ini aku bebas dari denggi ! :)

Oh ya ~ Esok ada satu event di rumah tok aku ini. Hehe. Tak sabar-sabar rasanya nak kumpul ramai-ramai dan makan-makan :)

Bila Geng Blogger nak pulih balik erk? Dah lama sangat nie. GB tak tahu ke yang semua blogger di Malaysia ini dah tak keruan dah hidup tanpa GB. Huhu T___T

Sebenarnya aku tak tahu nak update apa. Aku dapat rasa blog aku semakin tidak berguna. Huhu.

You Might Also Like

4 comments