Salam. Semalam lepas pergi rumah Aunt Maznah, kitorang gerak lah ke ECM. Jalan-jalan then nafsu nak tengok wayang tu macam membuak-buak. Haih ~ Tak leh tahan dah so aku pun ajak lah budak-budak nie teman aku.
Tapi malangnya diorang tak nak. Habis tu??!! Tak kan aku nak pergi tengok sorang-sorang kan? Memandangkan aku sorang je perempuan masa tue *budak perempuan remaja ok? Mak-mak kami masih ada lagi ~ diorang pulak ajak aku tengok wayang. Hehe. Nak pujuk aku.
Pikir punya pikir, kitorang pun decide nak tengok V3 : Samseng Jalanan
Tapi malangnya diorang tak nak. Habis tu??!! Tak kan aku nak pergi tengok sorang-sorang kan? Memandangkan aku sorang je perempuan masa tue *budak perempuan remaja ok? Mak-mak kami masih ada lagi ~ diorang pulak ajak aku tengok wayang. Hehe. Nak pujuk aku.
Pikir punya pikir, kitorang pun decide nak tengok V3 : Samseng Jalanan
Filem ini hanya untuk 18 tahun ke atas sahaja. So aku dengan Azrul je lah yang pergi beli tiket.
Tapi last-last kantoi jugak dengan pihak perngurusan GSC ECM sebab wallet adik aku tercicir dekat Hall 1. Masa nak pergi amik wallet, tauke tu tanyalah nama. Bila die tengok IC adik aku, terus die cakap "..Ini apa pasal u lepas kat Hall 1 hah??.." Kantoi !
Overall, ok jugak lah cerita V3 ini. Padanlah cerita ini hanya untuk yang dah cukup umur dah sebab banyak adegan ganas dan 18SX. Haha. Masa adegan yang tutt tue, satu panggung senyap jer. Haha
Selain tu ada jugak adegan yang kelakar yang melibatkan Radhi OAG. Haha. Sumpah lah weh ~ Masa tu memang kelakar. Sakit perut aku duk gelak. Haha
Tiba masa untuk balik! Tapi sebelum itu kitorang pergi kedai DVD sebab nak rembat cerita Adnan Sempit. Tapi biasalah ~ Masing-masing dah terpesong dari tujuan sebenar bila tengok banyak DVD yang best-best. So akhirnya kitorang rembat cerita Adnan Sempit, Paranormal Activity dan Prison Break The Complete 4 Season. Semuanya hampir RM55 jer. Aku sponsor RM5 jer. Hehe
Balik rumah, terus buat 'wayang' sendiri kat depan TV nie. Haha. Angkut semua tilam, bantal dan selimut depan TV. Tengok Paranormal Activity dulu.
Pergh ! Memang seram jugak lah cerita ini. Tapi mula-mula cerita ini memang bosan dan mengantuk. Tapi bila dah sampai kat part ending, pergh ~ Aku berani jamin memang meremang ar bulu roma. Nak-nak yang masa perempuan tu kena rasuk dan ditarik oleh 'benda' tue.
Ending dia lagi terbeekkk! Cerita ini berdasarkan kisah benar di San Diego. Apa yang ditayangkan, adalah 100% kisah benar tanpa edit. Hish ~ Aku hairan jugak macam mana lah diorang boleh tahan nak duduk dekat rumah tu. Kalau aku, awal-awal lagi aku dah blah dah !
Adnan Sempit! Ok. Cerita ini aku tak tengok lagi sebab semasa aku sedang mengupdate entry ini, cerita ini ditayangkan di TV kat rumah Epy ini. Haha. So aku nak pergi tengok cerita Adnan Sempit dulu ok? Hehe. Toodles!
p/s : nak pergi tengok 3D Alice in Wonderland pulak ! Hehe. Berapa RM hah untuk seorang dewasa??
14 comments