Salam. Hanya nak tulis short post sahaja tapi belum tentu short pun! Hehe
FRUST!
Itu lah yang aku rasakan sekarang ini. Aku nak apply Law tapi terang-terang dah tak boleh sebab English aku B. Grr ~ Kenapa jadi B? Padahal masa buat English Paper hari tu aku cukup yakin dengan BI aku. Takpe lah ~ Tak da rezeki aku. Kalau dapat B+ pun dah kira ok lah tue. Lepas dah untuk apply Law di UiTM
Tak tahu nak cakap apa lagi. Tapi dengan results aku ini, aku lepas untuk Sains Fizikal dan Sains Hayat di UIAM. Kalau aku amik Sains Hayat dan mendapat 4 flat *insyallah ~ aku boleh amik medic terus. Boleh lah aku amik dentist *Did I mention yang I pernah bercita-cita nak amik dentist dulu? Tapi untuk yang mendapatkan 4 flat itu perlukan pengorbanan yang cukup-cukup besar!
Pening kepala. Pergi sana sini, semua sibuk tanya pasal results SPM. Kawan-kawan semua sibuk tanya nak apply apa. Aku rasa sedih. Aku rasa down. Aku rasa lemah. Setiap minit aku terkenangkan kembali masa-masa lepas. Dah tak ada guna dah nak menyesal sekarang ini! Yang penting, tuhhhh ~ Masa depan tu!
Bak kata Fyra, Beri saya sokongan!
Bak kata Nana, UPSR cemerlang, PMR cemerlang, SPM melayang!
Yeah ~ Aku betul-betul perlukan sokongan dan dorongan dari semua orang supaya aku lebih tabah untuk menghadapi hari-hari esok. Aku tahu aku dah kecewakan semua pihak, mama dan ayah aku, saudara-saudara aku, kawan-kawan aku, cikgu-cikgu aku dan juga diri aku sendiri. Tapi menyesal sekarang dah tak ada guna dah ~ Mungkin rezeki aku bukan di sini
Friends, I am desperately need you moral support. Please give me some because I felt down down and down every time I think about my future.
13 comments