Hang Out Dengan Mereka Memang Best! :)

Tuesday, March 09, 2010


Salam. Semalam kami berempat ; Aku, Lala, Alia dan Baby pergi keluar! Haha. Memang best lah dapat keluar malam-malam macam ini. Kebetulan si Lala tu baru dapat lesen P. Haha. Die pinjam kereta pak saudara dia dan apa lagi?! Berjalan-jalanlah kami. Haha

Cik Lala kita. Our driver ~ Haha

Act kedai yang kitorang nak pergi tu tak buka lagi. Hish ~ Geram jugak. Haha. Tapi sebelum pergi cari kedai makan, HARUS untuk isi minyak kereta dulu. Haha. Walaupun dapat isi RM5 jer tapi berbaloi taw tak! Haha


Punyalah penat nak cari tempat untuk keluar, last-last kitorang pergi kat Batu Burok jer ~ Makan-makan kat situ sambil gelak-gelak. Hish ~ Abang yang amik order kitorang pun sengih jer sebab tengok kitorang gelak gelak dan gelak. Haha :)

air air air penghilang dahaga :)

Cik Lala dengan Nasi Goreng Paprik

Cik Alia dengan Nasi Goreng Cendawan

Cik Baby dengan Nasi Goreng Daging Merah

Aku dengan Nasi Goreng Thai. Apa pasal lah gambar aku blurr?

Semua orang makan nasi goreng sebab masing-masing lapar giler. Aku pulak hanya maggi pada waktu tengahari dan sengaja kosongkan perut. Hehe. Cik Alia dan Cik Baby tu makan waktu pagi jer. Cik Lala? Tak tahu lah pulak aku. Haha


Dah habis makan tu, kitorang gerak pergi playground kat Batu Burok tue. Haha. Macam budak-budak je duk main buaian dan segala jenis permainan kat situ. Punyalah syok dapat main buaian, ada sorang budak perempuan ini tengok kitorang sampai die bercekak pinggang, sebagai amaran yang dia pun nak main jugak. Haha. So dengan muka slumbernya, kitorang pun blah dari situ sambil gelak-gelak kat budak perempuan tue. Haha


Dalam dekat-dekat pukul 10 tu kitorang balik lah ~ Masa tu agak sedih jugak lah sebab ni maybe last dah kitorang dapat keluar sama-sama. Lepas ni dah jarang-jarang je boleh jumpa. Yelah ~ Memandangkan kitorang berempat dah tak kerja kat Viss dah. Huhu. Masing-masing bawak haluan.


Act kalau kami berempat tak kerja di Viss Kuala Terengganu tue, aku rasa aku tak kan kenal diorang dan diorang pun tak kan kenal aku. Memang betul lah cakap cakap pak saudara aku, "..Baguslah kerja. Dapat pengalaman dan ramai kawan.." Yup! Memang betul. Di tempat kerja aku lah aku dapat kenal dengan mereka-mereka ini. Hehe


ABLS stand for Alia Baby Lala Sara :) Sayang kat korang !


You Might Also Like

8 comments