emo

Luahan Hati

By Mysara Newrie - Monday, March 08, 2010


Tolonglah ~ Tolong jangan buat aku menangis lagi? Tolonglah ~ Aku merayu sangat-sangat dekat kau. Aku dah betul-betul tak tahan. Cukuplah dengan keadaan sebelum ini yang dah buat aku sedih. Bila aku dah hampir-hampir pulih, kau datang dan buat sama macam orang-orang lain.


Tolonglah ~ Jangan pernah sekali pun kau cakap kau sayang kat aku. Aku dah puas dengan perkataan tu. Jangan ucapkan kata sayang kalau kau tak maksudkan. Sebab bila aku dah mula terima kau, akhirnya kau akan pergi jugak, tinggalkan aku pada saat aku mula terima kau. Dan sekali lagi, aku akan berendam air mata.

Tolonglah ~ Jangan buat macam ini kat aku. Aku betul-betul letih dengan semua ini. Aku betul-betul buntu dengan semua ini. Aku dah cukup terluka sebelum ini.

Kalau boleh dibedah sekarang jugak, baru kau akan tahu apa perasaan aku. Hati aku betul-betul dah hancur. Sakit dada aku untuk tanggung cerita sedih ini. Sakit dada aku untuk bernafas dengan betul. Sakit mata aku sebab keluarkan air mata. Sakit mata aku kerana mata ini selalu aku pejam rapat. Sakit otak aku bila fikirkan benda ini. Sakit otak aku bila ia mula tidak berfungsi dengan baik.


Kalau niat kau ikhlas, aku terima dan aku hargainya. Namun jika tidak dan niat kau hanya untuk mempermainkan aku, tolonglah pergi ~ Aku dah tak sanggup

Kalau aku menangis, siapa nak teman aku? Siapa nak pujuk aku? Siapa nak kesatkan air mata aku? Siapa nak tenangkan aku? Siapa nak pulihkan aku?


Bulan dan bintang, aku nak menangis malam ini. Boleh teman aku tak?

  • Share:

You Might Also Like

10 comments