Jalang-Jalang di Kuala Terengganu :)

By Mysara Newrie - Sunday, March 28, 2010


Salam. Disebabkan kenduri yang berlangsung di entry ini, maka dengan ini, HARUS untuk semua sedara-mara terdekat untuk datang. Maka bila datang, kami akan berkumpul ramai-ramai. Dan bila kami berkumpul ramai-ramai, mula lah otak kami merencana ke mana kami harus pergi untuk menghabiskan masa bersama-sama *ayat semua tak boleh blah! Haha

Selepas kenduri, aku, Epy, Cik Mimi dan mama berlepak-lepak di Waterfront! Yeah ~ Menikmati fish and chips yang memang tak sedap langsung memanglah satu pembaziran yang sia-sia tapi mujurlah ada kentang goreng dan keropok lekor. Haha.

Sebelum tu pergi jalan-jalan di Muzium Losong dan Masjid Kristal. Tapi sayang, waktu malam so tak nampaklah ~ Huhu T___T Lepak-lepak di Waterfront sampai pukul 1 pagi. Macam-macam cerita yang keluar. Dari cerita masa depan, perangai anak-anak sehinggalah cerita hantu. Haha.

Maka, program diteruskan pada keesokkan harinya. Dalam pukul 11 lebih, pergi ke Pasar Payang sebab Cik Mimi nak beli benda-benda sikit untuk dibawa ke Kuantan. So aku, Epy, Cik Mimi dan mama je lah yang pergi.

Masuk-masuk je kat Pasar Payang, aku dah start berpeluh dah. Panasnya Ya Allah ~ Dah lah masa tu mama dan Cik Mimi sibuk-sibuk duk tengok kaften, tudung dan segala macam jenis kain.

Ini ialah kaften. Sangat-sangat best dipakai ketika tidur :) Haha

Aku dengan Epy duk berpeluh-peluh dah ni. Maka kami mengambil keputusan untuk keluar dari Pasar Payang! Haha. Aku rasa aku bertahan dalam Pasar Payang tu hanya setengah jam. Tak tahan panas sangat! T___T
Salah satu contoh rupa kedai dalam Pasar Payang. Macam mana tak panas?

Kebetulan kat Shahbandar, ada road tour THR.fm dan ada ekspo-ekspo. Alah ~ yang jual-jual kasut-kasut bundle, baju-baju, tudung-tudung dan segala macam benda lagi lah ~ So aku decide nak pergi sana. Hish ~ Panas betul Kuala Terengganu hari tu!

Masa aku dan Epy lalu dekat belakang THR.fm punya khemah, aku ada nampaklah orang-orang tempatan sibuk nak bergambar dengan sorang mamat nie. Epy tanya aku "..Kau kenal ke die tue?.." Aku jawab lah "..Tak.."

Kemudian aku baru terfikir, mungkin mamat yang diorang sibuk nak bergambar tu DJ THR kan? Haha. Nampak sangat lah tak dengar radio THR Gegar Pantai Timur ~ Haha

Pusing-pusing dekat ekspo tue. Kemudian ternampaklah bangunan Astaka yang megah berdiri. Epy ajak aku pergi sana pulak sebab nak aircond ~ Haha. Panas giler masa tue!

Masa nak masuk Astaka, guard tu tahan aku sebab handbag aku besar. Cilake kau ~ Orang lain aku tengok lagi besar dari aku tak da pulak kau nak tahan! Yang aku punya kau nak tahan pulak! Mentang-mentanglah aku ni macam budak-budak remaja yang nakal ~ Hish ~ Tak boleh blah betul.

Setelah berdebat dengan guard tu dengan idea-idea bernas aku yang keluar mencurah-curah masa tu untuk membidas die, akhirnya aku dapat masuk jugak. Ditambah dengan kelicikan aku berfikir membuatkan aku dapat 'kalahkan' guard muda tue. Haha. Nasib baik muka kau tak handsome. Kalau tak, aku dah lama kalah dengan kau. Haha

Tengok-tengok barang kat Astaka. Dari hp, baju, gelang, tali kasut :p semuanya aku bedal! Haha. Beli nya tak sebab niat utama nak sejukkan badan jer ~ Hehe. Hajat nak main boling kat Astaka tu tapi tak jumpa cari. Haha

Balik semula ke Shahbandar. Pergi Tandas Eksklusif Shahbandar. Sekali masuk RM0.50 woo ~ Aku pun tak tahu apa yang best nya tandas itu. Sebab bayar RM0.20 pun, buat benda yang sama jugak dalam tandas. :)

Kemudian mama call aku, suruh aku masuk kan duit syiling lagi dalam tiang parking tue. Bermakna lama lagi lah kena tunggu. Last-last aku dengan Epy duduk kat pangkin depan Pasar Payang tue jer sambil tunggu-tunggu mak-mak kitorang

Sibuknya die mesej-mesej dengan awek die. Sampai tersenyum-senyum :) Haha

Kamera pun jadi blurr sebab amik gambar aku banyak sangat. Haha :)

Lepas menunggu dalam sejam lebih macam tu, pergi makan tengahari dan petang di Restoran Chilada. Pergh ~ Heaven woo dapat makan. Haha. Dah lah masakan die sedap-sedap belaka. Hehe.

Yang aku nak gelaknya ialah makan 4 orang je tapi gelas ada 11 ! Haha. Bayangkan ~ 11 gelas dan yang minumnya hanya 4 orang jer. Haha. Tapi semuanya air ais kosong jer. Haha. Sebab air tu je yang dapat hilangkan dahaga kitorang nie

Lepas makan, pergi Muzium Losong pulak.

Tapi dan sekejap je jalan-jalan dalam muzium tu sebab muzium tutup pukul 5. Kitorang pergi pukul 4. Haha. Macam tak berbaloi je bayar RM5 sorang. Haha. Tapi boleh lah ~ Demi ilmu pengetahuan :)

Dah nak balik dah ~


Lepas pergi muzium, pergi ke Masjid Kristal sebab si Epy merengek-rengek nak tengok masjid tue. Yelah, tengok waktu malam mana nak nampak apa-apa kan? Hehe. So mama pun bawaklah kami semua pergi Masjid Kristal.

Kemudian pergi beli keropok lekor sebab Cik Mimi nak bawak balik Kuantan sikit. Kebetulan Azrul nak balik ke Kuantan. Ingatkan lama beli keropok tue tapi rupa-rupanya sekejap jer ~ Haha

Cik Mimi dan mama :)


Kitorang terus pergi ke Teluk Ketapang pulak! Hehe. Pergi makan ICT iaitu ikan celup tepung dan sotong celup tepung. Hehe. Makan lagi padahal makanan yang makan kat Restoran Chilada ada lagi dalam perut. Haha

Lepas makan, pergi tengok stadium runtuh. Alah ~ Stadium Terengganu yang runtuh tue ~ Stadium yang buat majlis SUKMA baru-baru nie. Hehe. Stadium tu tak dibaiki lagi. Lamanya nak tunggu stadium tu kena baiki. Huhu T____T

Lepas tu pergi Lapangan Terbang Kuala Terengganu pulak. Saja-saja je jalan-jalan kat dalam airport tue. Aku dengan Epy dah start suka-suka dah masa tu sebab dalam airport tu sejuuuuukkkk sangat-sangat! Haha. Pergi airport tapi beli majalah jer ~ Haha. Tak boleh blah betul

Kemudian jam dah menunjukkan pukul 6.30. Maka dengan itu kami pun beransur-ansur pulang. Haha. Tapi malam itu kitorang keluar lagi. Tapi pergi rumah pak sedara aku jer. Pak saudara aku ajak makan malam. Hehe.

Sebenarnya malam tu aku ada plan nak pergi main boling kat TER tapi terbantut pulak rancangan aku tue sebab tengok mak-mak masing-masing dah penat jer ~ Aku dengan Epy boleh sangat lah nak bawak kereta sebab dah ada lesen P tapi tak berani nak bawak kereta. Hehe

Kesimpulannya, hari tu sahaja kitorang dapat round-round Kuala Terengganu nie. Rasa macam pelancong asing pulak! Haha. Hari yang betul-betul memenatkan tapi menyeronokkan ! :)

Muka orang ceria sebab dapat jalang-jalang di Kuala Terengganu :)

p/s : Orang Terengganu kalau cakap suke bunyi huruf G di akhir perkataan. Sebab tu aku letak tajuk entry ini 'Jalang-jalang di Kuala Terengganu'. Paham? Hehe

  • Share:

You Might Also Like

4 comments