Gigi Punya Pasal, Badan Aku Yang Menggigil

Thursday, June 03, 2010



Salam. Semalam kan aku pergi buat medical check up kan? Hari ini aku pergi ke RSAT balik sebab nak pergi tampal dan scalling gigi aku terus ! :D

Heh? Takut? Ada sikit-sikitlah ~ Tapi aku rasa aku tak takut langsung sebab dulu-dulu masa kat sekolah aku dah biasa dah buat benda alah ni. Hehe :D Nampak sangat gigi aku ada masalah =.="

Aku dah lama tak tampal gigi aku nie. Semalam die cek, doktor tu cakap, kena tampal. So aku ok jer lah ~ Alah ~ Tampal gigi je weh ! Benda apa lah sangat ! *Wah cakap besar nie! Haha ;D

Eh eh eh ~ Tak ada lah sakit sangat sebenarnya. Haha :D Sakit sebab kena bukak mulut luas-luas jer. Aku dah lah lenguh tak bukak mulut masa tue. Haha :D Nak tunggu die cek gigi aku sebelum tampal punyalah lama mak enon !


Akhirnya aku pun tengoklah dia inject logam untuk tampal tu dalam gigi aku. Yeah ~ Dah siap tampal dah. Dalam hati aku "..Alah ~ Lepas ni scaliing. Apalah sangat kan? Hehe.." Kau tengok tue? Betapa berlagaknya budak nie nak buat scalling =.="

Sekali amik kau ! Dia buat scalling sungguh-sungguh betul dengan mulut aku nie. Ya Allah ~ Masa dia buat scalling kat bahagian atas gigi aku nie. Wua ! Rasa ngilu sangat-sangat weh ! Sakit sangat-sangat masa tue T___T

Dia bertukar arah ke'scalling'an die tue kat bahagian bawah gigi aku pulak. Masa ini memang aku dah ketar-ketar lutut dah sebab memang sakit weh. Menggigil satu badan aku masa tue. Haih ~ Buat malu je kalau doktor tu tengok aku duk menggigil. Haha ;DDD

Ada sekali tu masa die tengah scalling, aku tersedak dan terbatuk. Haha ;D Makanya aku TERtelan sikit air scalling dengan darah-darah aku tue. Uwek ! Terus die suruh aku berkumur kejap dengan air ubat die tue. Ya Allah ~ Bilalah nak tamat penderitaan aku ni? -.-

Eh eh eh ~ Kalau aku dah tertelan darah tu kan, adakah itu dah mencukupi syarat-syarat untuk menjadi vampire? Wah wah wah ~ Boleh dah aku lawan dengan Bella sebab rampas Edward Cullen aku kan? Haha ;D


Lepas tu, sambung lagi scalling. Kali ini kat bahagian depan gigi aku. Tak usah lah aku cakap kan kat sini yer sebab kesakitan tu memang teramat-amat sakit taw tak? Rasa nak nangis jer masa tue. Aku rasa masa aku buat scalling kat sekolah tak adalah sakit macam tu sekali. Huhu

Masa dia habiskan scalling gigi aku tue kan, badan aku dah mengigil dah. Aku dapat rasakan betapa lembiknya kaki aku masa tu bila aku nak melangkah keluar dari bilik rawatan tue. Ya Allah ~ Lepas ni aku rasa nak berus gigi aku dengan berus jamban betul-betul pulak lah ~ Kalau tak bersih jugak, tak taw lah aku.


Balik rumah je, aku terus tidur. Penat weh menanggung kesakitan kena scalling tadi. Huhu. Lemah gemalai satu badan aku ni tahu tak? :/

You Might Also Like

17 comments