[Tutorial] Macam Mana Nak Buat Signature Di Setiap Entry?
By Mysara Newrie - Friday, June 18, 2010
Salam. Baru-baru ini ada orang tanya "Macam mana awak buat signature tu di setiap entry awak?" Ok ok ok ~ Bertenang sekarang. Aku nak bagitahu lah nie ! :D
- Pergi ke My Live Signature dan klik 'Click Here To Start' yang tulisan kuning dan besar gedabak tue
- Ada 3 pilihan untuk buat signature tue. Kalau nak yang macam aku buat, klik dekat 'Using the signature creation widget'
- Step 1 : Masukkan nama korang yang nak di tandatangan tue
- Step 2 : Pilih font untuk tandatangan korang tue
- Step 3 : Pilih saiz tandatangan korang tue sama ada nak kecik atau besar
- Step 4 : Pilih background tandatangan korang tue *Aku rasa baik korang tak payah ubah apa-apa. Terus je tekan Next Step
- Step 5 : Pilih kecondongan tandatangan korang tue
Lepas tu dah siap pun korang punya tandatangan ! :D Sekarang kita nak cari coding die pulak sebab aku rasa ramai yang tak tahu nak cari coding die kat mana. Aku pun macam tu jugak masa mula-mula buat =.="
- Klik dekat 'Want to use this signature' dan akan keluar satu window yang baru
- Korang klik dekat 'Generate HTML Code'
- Ada 2 pilihan untuk generate kan HTML Code die. Korang klik dekat 'Generate a code for my handwritten signature'
- Copy code tu dan siap ! :D
- Pergi ke Dashboard > Settings
- Pergi di bahagian Formatting
- Pastekan code signature tu di Post Template iaitu di bawah sekali di bahagian Formatting
Sekarang, signature korang tu akan ada di setiap entry korang. Kan comel tue? :D Haha :D
*Baca dan fahami betul-betul dan jangan mudah berputus asa ! :D
51 comments