[Film Review] Lagenda Budak Setan

By Mysara Newrie - Saturday, June 05, 2010



Salam. Yeah ~ Akhirnya aku dah berjaya tengok cerita ini ! ;D


Aku tengok lambat sikit lah ~ 4 Jun, pukul 5.35 petang sebab 3 Jun tu ada kenduri doa selamat sikit kat sini sempena aku masuk ke universiti :)

Aku ada baca beberapa review pasal filem ini bagi orang yang dah tengok. Ada yang kutuk-kutuk. Ada yang kata ok je. Ada yang kata tak best. Itu pendapat masing-masing kan?

Memang betul apa yang dikatakan oleh mereka-mereka di luar sana. Aku tak boleh blah betul masa Kasyah jumpa dengan anak die dan cakap "..Helo.." Cakap Helo?! Hailoh =.=" Orang Islam sepatutnya iqamatkan dulu anak tue. Tak pun bagi salam ker ~ Haih ~ Ni dah macam orang putih pulak

Lepas tu pulak, masa scene Kasyah dengan Ayu kat taman bunga masa Kasyah nak bagi cincin. Aku dengan parents aku kat belakaaannggg sekali sakit perut duk gelak-gelak. Sebab apa? Sebab mula-mula die tunjuk Kasyah tu tak pakai subang. Sekali bila die screenshot masa Ayu cakap "..Saya janji bla bla bla.." Kasyah pakai subang pulak. Aik? Ajaibnya ! Haha ;D


Masa Kasyah dah habis pumping 300 kali, kenapa Ayu sorang je yang masuk dalam court tue? Padahal aku rasa ramai lagi kawan-kawan die yang kat luar court tu, bagi support kat Kasyah. Lepas tu diorang tak kira pun berapa kali dah Kasyah pumping. Hailoh =.=" Tetiba je dorang dah bersorak-bagai.

Tajuk 'Lagenda Budak Setan' kan? Tapi aku rasa macam perangai setan Kasyah tu betul-betul tak cukup. Just ada 2 scene je iaitu masa die kenakan Siti dengan Cikgu Yoga dan letak cicak dalam air coke. Itu jer. Aku tak berapa nak ingat dah novel die tapi aku rasa tak cukup dengan hanya ada 2 scene je untuk gambarkan die tu 'budak setan'


Aku hairan kenapa Kasyah macam tak sedih je bila Ayu bagitahu die pernah terlanjur dengan Azmi. Sepatutnya seorang lelaki akan rasa sedih sangat-sangat bila gadis yang dipuja telah 'rosak'. Masa Ayu cakap benda ini, aku tak rasa apa-apa pun. Tak rasa sedih ker ~ Hurm ~ Airmata aku dah habis kot? Kuikuikui ~

Part persahabatan antara Kasyah dengan geng-geng die pun macam tak ada langsung ! Heh? Tak syoklah ~ Sebab aku rasa yang tu memang best. Paling aku ingat sampai sekarang ialah masa salah sorang dari kawan die (tak ingat nama) kena berhenti sekolah. Part tu aku memang dapat rasa kekosongan Kasyah bila kawan baik dia dah tak ada.


Actually ada banyaakkkkkkk lagi taw kekurangan dalam filem ini. Aku yang tengok pun dah sedar dari awal-awal lagi. Tapi aku biarkan dulu sebab aku nak tengok sampai habis. Korang boleh baca kat sini tentang kekurangan filem ini dan baca komen-komennya jugak :) Apa yang dikatakan oleh mereka kat situ, aku setuju jugak

Apa-apa pun, Mr Director dah berjaya buat filem ini tapi malangnya, kami sebagai penonton dan pembaca novel-novel Ahadiat Akashah terasa kekurangan filem ini. Banyak benda yang perlu dibaiki lagi. Aku yang dah baca novel tu, terpaksa pulak cerita balik satu-satu mana-mana part yang mak aku tak faham =.="

Sayang seribu kali sayang. Novel yang begitu agung, cerita yang sangat-sangat best tapi bila difilemkan, agak kurang pulak jadinya. Harap-harap untuk Katerina dan Kasyah-Lagenda Berakhir tak jadi macam ini :)

Sebenarnya aku tak adalah rasa ralat sangat bila tengok filem ini sebab aku dah biasa tengok filem yang diadaptasi dari novel. Masa mula-mula aku tengok Harry Potter, aku rasa macam "..Wooiii ! Mana scene nie?!.." atau pendek kata TAK PUAS. Hehe :) Sebab itu untuk filem ini, aku tak harapkan sesuatu yang menakjubkan sebab aku tak nak aku yang kecewa

Apa yang best :
  • Vew yang sangat-sangat cantik :) Superb !
  • Que Haidar yang memang 'the real' Azmi


Apa yang aku harapkan untuk next movie :
  • Kekalkan pelakon-pelakon dia. Sapa yang tak setuju, bagitahu aku cepat ! Lepas tu bagitahu sapa yang sesuai lakonkan watak-watak tue. Hehe
  • Pierre Andre atau Khabir Bhatia yang jadi director filem tersebut
  • Kalau tak boleh buat filem, buat telenovela pun ok apa! Sebab plot cerita dia panjang sangat !

Psst ~ Apa pendapat korang tentang filem ini? Ok atau tak? Komen anda? :)

  • Share:

You Might Also Like

17 comments