Salam. Yeah ! Aku tahu korang semua rindu dengan aku kan kan kan? Dah dah dah ~ Tak payah nak cakap panjang. Aku nak buat pengakuan ikhlas nie. Harap korang dapat terima ok?
Aku pun rinduuuuuuuuuuuuuuuu jugak dengan korang semua ! Haha ;D
Sebelum tu aku nak warning awal-awal yang entry ini panjang dan penuh dengan gambar dan kisah aku dengan kazen-kazen aku masa diorang di Kay Tee baru-baru ini :D
Malam itu kecoh satu rumah sebab katil patah. Haha :D Act bukan patah tapi kayu yang menampung tilam katil tu beralih dari tempat asal die dan menyebabkan tilam tu jatuh. Tapi kitorang tetap anggap katil tu patah. Haha ;D
Gambar diatas adalah semasa usaha menyelamatkan katil yang jatuh atau patah tue. Haha ;D Giler ~ Memang payah ar nak betulkan balik tilam dengan katil tue. Dah elok-elok pasang, tiba-tiba jatuh balik. Dah lah tilam tu berat giler. Aku tak larat nak buat sorang-sorang =.="
Malam tu jugak kitorang ingat nak tengok bola kat McD taw. Tapi tengok jam dah pukul 1.30 pagi. Memang sah sah dah tak sempat nak cop tempat duduk yang strategik nak tengok bola.
Last-last tengok bola kat rumah jer tapi aku sorang je yang tengok =.=" Diorang yang lain duduk dalam bilik sambil lepak-lepak atas katil. Benci. Haha ;D Tapi tu pun aku tertidur depan TV. Haha :D
Habis je bola, dorang hantar mesej kat aku, suruh siap-siap. Haha ;D Ngoklah ~ Punyalah malas nak panggil aku, hantar mesej je suruh siap-siap. Diorang cakap nak pergi McD sekarang jugak! Gagagaga ;D Pergi McD pukul 4 pagi?! Cool ! Haha :D
Kebetulan ada duit dengan kunci kereta so apa lagi. Haha ;D Tapi agak frust sikit sebab kitorang pergi pukul 4 pagi which means we are having our breakfast, not supper =.=" Kitorang nak burger! Nak kentang goreng ! Nak coke ! Not a coffee ! Not a tea !
Tapi makan jugaklah. Sausage McMuffin 5 set, cost about RM40++. Aku dengan Azrul main cutting-cutting duitlah. Die RM20, aku RM20. Then we eat. Act aku agak hairan kenapa semua orang kat McD tu asyik tengok kitorang =.="
Pukul 5 balik tapi tidur dalam pukul 8 pagi =.="
Tengahari Jumaat hari tu, Aki suruh cepat-cepat siap sebab nak pergi Sembahyang Jumaat dan pergi kenduri kahwin anak Abah Hashim kitorang. Abah Hashim ini anak saudara nenek aku. Aku panggil dia Abah je lah ~
Aku pergi dengan mak saudara aku. Sampai-sampai je terus makan dan lepak-lepak. Haih ~ Masa ni lah paling best sebab dapat kumpul ramai-ramai sambil tukar-tukar cerita. Walaupun tak cukup ahli tapi kemeriahan tu tetapi dirasai. Haha :D Macam raya pun ada jugak :D
My adik (front) dan my kazen, Alang (back). Alang ini kalau amik gambar memang lawa sangat-sangat :D Alang ini kelakar jugak. Aku tanya die, "Alang, macam mana amik gambar?" Die pun jawab tapi lepas tu semua orang gelak-gelak. Dia jawab "Mu tekan je lah butang amik gambar tue" =.="
Salah aku jugak sebab tak tanya betul-betul dengan die. Sepatutnya aku tanya "Alang, macam mana nak amik gambar dengan hasil yang lawa dan menarik?" Heh? Skeeeemaaaaaanyaaaa ! Haha :D
Habis je kenduri, balik rumah dan masing-masing tidur. Yelah ~ Dah lah tak cukup tidur, perut pulak kenyang. Memang heavenlah kalau tidur. Hehe ;D Bangun dari tidur, mandi-mandi. Lepas tu masing-masing cakap lapar. Apa lagi, pergi makan lah ! :D
Haih =.=" Nak cari kedai makan sekian hal pulak. Cari kedai tu, kedai ini. Last-last pergi kat Batu Burok, makan kat Tenang Seafood. Wah ~ Makanan dalam masa 5 minit lebih dah siap. Tapi air pulak lambat sampai. Haha ;D Ajaib betul lah ~
Makanan sedap jugak lah. Macam-macam kitoang order. Nasi Goreng Kampung, Mee Goreng Basah, Nasi Goreng Paprik, Mee Hong Kong. Aku order Mee Goreng Basah. Pergh ~ Sedap giler ~ ;D
Balik rumah dan mengonlinekan diri. Masing-masing sibuk main game. Aku pulak main game PSP. Game apa entah tapi game yang macam bunuh-bunuh orang lah ~ Pergh ~ Bestnya game tu weh ! Berjam-jam aku duk main game tue. Haha ;D Kejam betul lah game tu tapi best giler :D
Dalam pukul 3 pagi, aku dengan Aiman tengok filem Kick Ass. Haha :D Hari tu dah tengok dah kat wayang tapi tak dan habis, terus keluar dari panggung. Pukul 6 tu aku baru tidur.
Pagi Sabtu, Cik Mimi kejutkan aku bangun dari tidur. Then die ajak aku pergi keluar. Apa lagi, jom lah ! Haha ;D Lunch kat Mat Binjai (kedai masakan kampung) dan terus ke Pasar Payang. Ramai jugak lah orang ~ Alah biasalah ~ Cuti sekolah kan? Lepas tu maybe orang ramai nak travel balik dah sebab Isnin ni kan dah buka sekolah balik
Balik rumah dalam pukul 3 petang lebih. Lepas tu Mak Long call aku, suruh siap-siap, pergi rumah die pulak. Haha :D Act Mak Long aku ada buat makan-makan sikit tapi buat secara kecil-kecilan jer. Makan laksa kuah merah dan putih, nasi kuning dengan rendang ayam dan puding koktel. Best ! :D
Lepas makan, duk depan TV ramai-ramai sambil borak-borak. Aiman dengan Aishah tu asyik kena usik je dengan Pak Saudara aku, Papa. Aku panggil pak saudara aku papa lah ~ :D Lepas tu ada amik gambar lagi dekat laman rumah. Tapi gambar-gambar tu tak ada lagi dengan aku sebab nak tunggu Alang transferkan ke pendrive aku dulu :D
Hah ~ Yang ini baru betul kazen aku. Yang Azrul, Aiman dan Aishah tu sebenarnya duapupu aku tapi aku dah anggap macam kazen betul dah :D Yang duduk atas kerusi Aishah dan Fatin dan kat bawah tu aku dengan Baby :D
Kazen-kazen aku yang lain kebanyakkannya lelaki taw. Makanya, kalau waktu raya ker, waktu family kumpul ramai-ramai ker, aku, Fatin dengan Baby je lah yang stick together sebab kitoang je perempuan ! Haha ;D Tapi best taw ~ ;D
Then, Cik Mimi semua balik ke Kuantan petang tu jugak. Tak lama lepas tu, mak aku baru sampai dari KL. Makan untuk 2nd round pulak. Masa ini memang best lah sebab cakap pasal awek dengan pakwe masing-masing. Haha ;D Kelakar betul lah ~
Sabtu ini dah nak masuk UiTM dah. Bila lagi erk nak kumpul ramai-ramai lagi macam ini? Haih =.=" Lepas ini masing-masing dah tercampak ke merata-rata tempat sebab nak sambung belajar. Penang, Arau, Dungun, Machang, Gambang. Jauh-jauhnya belaka ~ =.="
2 comments