[Tutorial] Apa Itu Print Screen & Macam Mana Nak Crop Gambar?

by - Thursday, June 10, 2010



Salam. Hari ini aku rasa macam nak berhu ha hu ha ~ So come and join me ! ;D

Malam tadi, Kak Fiq ada tanya macam mana nak buat print screen. Oklah ~ Marilah sini saya kongsi-kongsi dengan kamu semua. Yang dah reti, duk diam-diam ok? :D

Apa itu print screen?


Ini adalah contoh print screen yang menunjukkan Facebook aku. Hehe :p *promote! :D

Korang perasan tak dekat keyboard komputer korang ada butang print screen? Ada kan kan kan? Hah ~


Gambar curi dari Kak Ceera sebab aku pun belajar dari die :D

Korang pergi dekat mana-mana laman web yang korang nak print screen dan tekan butang nie. Nak tekan banyak-banyak kali pun tak kisah :D

Tapi kalau aku, aku tekan 3 butang iaitu ctrl + fn + print screen :) Tekan 3 butang ni sekali gus dalam satu masa :D Faham tak?

Dah copy tu, korang pergi dekat Paint sebab kita nak paste pulak benda apa yang kita nak copy tadi


Ini lah Paint :D Aku paste apa yang aku copy tu kat sini jer sebab senang nak edit dan crop mana-mana bahagian yang aku nak :D

Tak tahu paint kat mana? Korang pergi dekat Start - Program - Accessories - Paint. Tak jumpa jugak, aku tak tahu lah ~ Hehe ;D

Tapi dorang cakap boleh guna mana-mana software image. But for me, guna paint lah senang sikit. Hehe ;D


Lepas dah siap bukak Paint, kau tekan ctrl + V. Tekan dua-dua butang ni sekaligus dalam masa yang sama

Bila dah siap copy paste kat dalam paint, korang pergi dekat File dan tekan klik Save as.


Dia akan keluar window macam ni dan korang boleh save je kat mana-mana fail yang korang nak :D Kalau nak guna print screen tadi tu, korang upload je gambar tu macam biasa dekat new post korang. Siap ! :D

Kalau sesapa yang nak edit-edit, boleh guna tools kat paint yang telah disediakan tue :D

Kalau korang nak potong-potong gambar jadi kecik macam kat gambar kat atas ini, senang jer ` :D


Katakanlah korang just nak gambar Coffee Mate je sebagai gambar yang korang nak letak kat blog. Boleh jer ~ Tak adalah susah sangat :D Kalau letak besar macam ini, takut orang tak perasan gambar apa yang kita nak sampaikan. Lagipun the smaller the better kan kan kan? Haha :D


Lepas paste gambar tu, korang pergi kat gambar yang aku tunjukkan kat dalam gambar di atas. Lepas tu korang boleh buat kotak dekat sekeliling gambar yang korang yang crop tadi. Macam kes ini, aku nak crop kan gambar Coffee Mate tu jer


Lepas tu, klik Image kat Menu bar dan tekan Crop.

Dah siap ! Lepas tu save je macam biasa dan boleh guna dah :D

Harap korang semua boleh buat ok? Jangan asyik cakap susah jer. Hehe ;D Baca dan faham betul-betul ok? Ada masalah, boleh rujuk dengan saya. Insyallah ~ Saya akan tolong setakat yang saya mampu :D

Credit untuk Kak Ceera sebab aku belajar tutorial ni dengan die :D

You May Also Like

43 comments