[Tips Berblogging] Mulakan Sesuatu Dari Bawah Dengan Perlahan-lahan
By Mysara Newrie - Tuesday, June 15, 2010
Salam. Ini entry khas untuk para blogger yang baru buat blog ok? :D
Aku bukannya apa. Semenjak dua menjak ini, aku baru perasan satu fenomena. Hehe. Fenomena ini selalunya berlaku dalam kalangan blogger yg newbie. Eh bukan semua taw! Hanya sesetengah jer ~ :)
Aku tak ada niat nak kutuk-kutuk sape-sape cuma nak bagi kesedaran dan ajak korang berfikir sama dengan aku. Dan bila aku tulis entry ini ianya seolah-olah bagi peringatan dekat aku jugak :)
Kepada blogger newbie, mulakan sesuatu dari bawah. Maksud aku macam ini. Korang tengok blogger-blogger otai buat blog. Lepas tu korang jadi macam teruja sangat-sangat tengok blog-blog diorang nie. Korang pun buat jugak. Tambah mengerujakan korang lagi, bila dapat tahu blog ini dapat buat side in come money pulak
Korang seharusnya faham. Untuk memulakan sesuatu itu perlu mulakan dari awal atau dari bawah. Mana boleh kau baru daftar blog jer, terus nak dapatkan followers sampai beribu-ribu orang. Baru join Nuffnag, nak duit bepuluh-puluh ribu. Heh? Tak patut =.="
Blogger-blogger otai yang selalu korang tengok ini mereka bermula dari bawah. Mereka buat blog pada awal kemunculannya. Masa tu tak ramai yang ada blog dan tak tahu apa itu blog. Mereka inilah yang godek situ sana sini untuk tahu pasal blog. Mereka ada pengalaman pahit manis dalam dunia blogging ini
Hasil dari diorang buat itu ini, diorang dapat perhatian dari orang ramai. Maka, orang ramai pun sibuk nak jadi blogger jugak dengan harapan dapat jadi macam blogger otai nie
Tapi aku nak korang sedar satu perkara. Apa tujuan korang buat blog? Nak kongsi cerita? Boleh jer ~ Tak ada sapa nak marah dan tak ada sape nak halang kau buat macam tue. Tapi yang penting keikhlasan hati dan nawaitu korang tue :)
Kalau korang buat blog semata-mata nak kumpul duit, meh join aku pergi goreng pisang kat pondok lah ye? Untung tu ~ Tiap-tiap petang dapat duit banyak. Haha :D
Pada mulanya aku berblogging untuk luahkan perasaan aku yang emo. Boleh klik sini untuk baca entry emo aku yang tak tentu pasal. Tak boleh blah betul bila aku baca balik entry tue. Haha :D
Masa tu, aku tak ada dah fikir pasal blogwalking, followers, comment, nuffnag. Dan bila dah lama-lama, baru aku sedar, kita berblog ini umpama duduk di satu taman perumahan. Mana boleh sombong-sombong. Kena jalan-jalan dan tanya khabar jiran-jiran kita :D
Lepas tu baru aku mula jalan-jalan, tanya itu dan ini kepada orang yang lebih arif pasal blog ini. Kalau aku nak buat apa-apa, aku cuba belajar dan selidik dulu. Lepas tu baru aku buat. Kalau tak faham, aku tanya dekat mana-mana otai blogger :D
Dan alhamdulillah ~ Inilah hasilnya selepas setahun lebih aku berblogging :D
Lagi satu, kita kena belajar satu persatu. Mulakan dari bawah dan berjalan dengan slow-slow. Baru rasa masyukkk ! :D Kau tak boleh nak belajar semua perkara dalam satu-satu masa. Dalam satu hari kau nak buat semua benda yang macam otai blogger buat. Heh? Tak boleh macam tu yer ~
Kita kena belajar satu-satu. Otai blogger boleh lah buat itu ini sebab dorang dah memang pro dah tentang dunia blogging ini. Kena ingat. Masih banyak lagi yang kita tak faham :)
Apa yang aku nak sampaikan ini adalah mulakan dari bawah secara perlahan-lahan. Jangan ingat kau baru buat blog, kau boleh berada sama level dengan otai-otai blogger yang lain. Jangan ~ Kita budak baru belajar. Mulakan dari bawah. Kalau tak tahu, tanya :) Insyallah ~ Blogger-blogger Malaysia ni semuanya ramah tamah belaka :D
20 comments