[Info] Apa Itu Insomnia? Apakah Yang Harus Aku Lakukan?
By Mysara Newrie - Monday, June 14, 2010
Salam. Mari kita kembangkan fikiran kita dengan membaca info menarik di bawah ini ! :D
Insomnia. Apakah itu?
Insomnia ialah penyakit yang tak boleh tidur. Err ~ Kiranya macam ketidakupayaan untuk tidur dalam tempoh yang munasabah. Alahai ~ Sama dengan tak boleh tidur lah tu kan? Hehe :D
Penghidap insomnia selalunya akan merungut sebab tak dapat nak lelapkan mata dan merehatkan minda mereka. Yelah ~ Seperti yang kita tahu, tidur ialah cara untuk merehatkan minda dan badan kita setelah seharian penat bekerja.
Antara punca berlaku insomnia ialah ketakutan yang melampau, kerunsingan yang berlebihan, tekanan, ubat, kandungan kafein yang berlebihan dalam badan, kemurungan dan kadang-kadang ada sesetengah kes, penyakit insomania ini berlaku kepada seseorang itu tanpa sebab. Heh?
Minda dan aktiviti fizikal yang terlalu aktif juga menyebabkan penyakit insomnia berlaku kepada sesetengah orang.
Dah faham? Bagus ! :D
Kenapa aku cakap pasal insomnia? Hehe T____TSebab aku menghidapi Insomnia T____T Patutkah aku bersedih dan berdukacita dengan berita ini? Tidaakkkkkkkkkk !
Betul weh ~ Aku tak perasan taw pasal benda ini. Tapi sejak aku balik Terengganu ini, aku baru perasan pasal penyakit ini.
Contohnya macam malam tadi. Aku boleh tercongok depan TV, tengok Germany VS Australia gelak-gelak dengan adik aku. Lepas habis game tu, adik aku dah terbongkang tidur tapi aku tetap tak boleh tidur dan aku masih menghadap laptop sampai pukul 7 pagi tadi !
Aku cuba tidur. Bergolek-golek atas katil. Dapat tidur tapi sekejap jer ~ Rasa tak lena betul aku tidur. Bila bangun-bangun je dari tidur, aku tengok tingkap kat luar sana. Agak-agak dah pukul 1 lah kan? Sekali tengok jam. Hah? Pukul 10 pagi baru ! Maknanya 3 jam je aku tidur !
Ada banyak lagi yang buat aku tak boleh tidur. Bila aku masuk tidur awal, aku rasa aku memang tak boleh tidur. Rasa nak bangun dari katil dan buat perkara lain. Haih =.="
Apa yang aku nak buat weh? Aku dah ada penyakit insomnia dah nie. Tak tahu nak cakap apa. Buat masa ini aku tak rasa apa-apa tapi aku takut penyakit ini akan beri effect yang berpanjangan dan bakal merosakkan aku pada masa depan nanti. Huhu
Tapi bagus jugak ada penyakit ini time-time macam ini. Boleh tengok semua game FIFA World Cup ! Haha :D
Korang, macam mana aku nak buat erk?
Tak kan nak minum ubat batuk kot?
Tak kan nak minum ubat batuk kot?
21 comments